Posts

Showing posts from July, 2012

Tiramisu Simple.

Image
Assalammualaikum..    Bila puasa ni nafsu makan menjadi - jadi. Nak makan tu lah, nak makan ni lah. Sebelum puasa takde pulak anak tekak mengada nak makan tu ini. heh! Jadi nak dijadikan cerita, aku pun teringin nak makan kek tiramisu. Sebelum ni penah buat kat SINI . Tapi tu aku guna kek. Tapi yang ni aku guna roti marie je pun. tiramisu yang dibuat semalam :D siyes, sedap yang amat (okey, naik lift tekan sendiri nampak? kehkehkeh) Memandangkan aku rajin sikit hari ni. Maka aku pun turunkan resepi yang ada. Eceh.  Bahan - bahan : 100gm cream cheese Philadelphia 100gm whipping cream (brand Emborg)   50gm gula 10 keping biskut marie. Air Mochacinno 3 in 1. (air ni untuk celup biskut tu nanti) Sedikit serbuk Mochacinno. (kau guna nescafe ke, vanilla latte ke, ikut suka ye. lebih tepat ikut tekak kau sendiri) Cara Membuatnya : Masukkan cream cheese, whipping cream dan gula dalam blender (rumah sewa aku ni takde

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Image
Assalammualaikum.. Pagi tadi, sedang sibuk buat keje, ada SMS masuk. Bila cek, my sis yang anta SMS tu tapi bila baca taulah aku yang anak buah aku sebenarnya yang mesej. Tapi guna phone ibu dia. SMS tu berbunyi macam ni, usu, ada pantun untuk kitak (awak) ~ SUDAH 5 HARI KITA BERPUASA, BERMAIN MERCUN SANGAT BAHAYA, MALAM RAYA MEMBUAT LAKSA, TAMAT PUASA JANGAN LUPA DUIT RAYA :) Walaupun pembayang pantun ni ada tiga (sepatutnya pantun 4 kerat, pembayangnya hanya 2) tapi kira okeylah kan sebab maksud dia jelas iaitu 'jangan lupa bagi duit raya'..  Jadi, anak buah aku ni konon - konon berkias nak duit rayalah tu ;p  Tapi aku reply jugak SMS dia. Kalau dia yang baru darjah 4 tu boleh berpantun, takkan seorang novelist (novelist lah sangat..kehkehkeh) seperti aku ni tak boleh nak berpantun kan? Maka beginilah balasan pantun aku,  MAIN MERCUN MEMANG BERBAHAYA, TAPI MAIN BUNGA API TAK APA, KALAU ABANG NAK DUIT RAYA, TAMATKAN DULU PU

Puasa Dan Bazaar Ramadan.

Image
Assalammualaikum.. Esok dah puasakan? Kejap je masa berlalu.Tapi bila masuk bulan puasa ni, siapa yang duduk diperantauan memang terasa sangatlah. Macam aku tahun lepas walaupun berpuasa di Miri dengan family abang aku, takdelah terasa sangat macam tahun ni. Sebab tahun ni aku berpuasa kat Perak (sambil lap air mata). Ye. Aku tau. Walaupun aku ni masih dalam Malaysia tapi agak - agaklah kan kalau nak balik kampung setiap minggu untuk berbuka berpuasa. Perak ke Kuching tu. Tapi takpe, pengalaman berpuasa masa study kat Melaka dulu dah ada. Jadi small matterlah kan? Eceh. Sedapkan hati sendiri ni.  Sebut pasal Melaka, aku suka pergi bazar ramadan yang ada dekat Taman Cempaka tu. Yang depan Melaka Central. Orang Melaka taukan? Kalau bulan puasa memang happening kat situ. Tapi dululah. Sekitar tahun 2006-2008. Mana tau sekarang dah takde ke. Sape orang Melaka kat sini? Ada lagi tak bazar tu? Kalau kat Kuching ada jugak bazar dia. Tapi mungkin dah biasa dengan masak

DIAM.

Image
Assalammualaikum.. Sekarang lebih berhati - hati dalam berkata - kata. Salah sikit boleh jadi isu segala. Jadi, lebih baik diam je. Tengok dan perhatikan saja. Kalau pelu cakap baru cakap. Bukan nak sombong, jauh sekali nak menjauhkan diri. Tapi adakalanya kita perlu bagi ruang untuk diri sendiri. Sampai bila? Sampai bila - bila yang kita perlukan. Lagipun MENYESAL BERBICARA LEBIH BAIK DARIPADA MENYESAL BERBICARA :') Aku sendiri dah terlalu banyak terlepas kata. Menyingung hati sebilangan manusia (sigh). Tapi nak menyesal pun tak gunalah kan? Bak kata pepatah, TERLAJAK PERAHU DAPAT DIUNDUR TAPI KALAU TERLAJAK KATA? Fikir - fikirkanlah je..  p/s - harap korang yang penah ke blog aku ni takde terkecik ati dengan entri-entri aku ye..kalau ada, maaf tau.. ~sumber gambar dari gugel~

Kek Cawan Coklat.

Image
Assalammualaikum... Masa kat kampung hari tu aku ada buat Kek Cawan Coklat. Atau nama glamer dia Chocolate Cupcake.  Memang sedaplah kek cawan ni. Nak buat pun senang. Apa dia? Nak resepi? Hurm. Memandangkan aku malas nak kopipes, jadi aku bagi link je dekat korang ye. Aku pun ambik dari blog DOKTOR BLOGGER kita, di entry dia yang INI.  Aku totally ikut resepi dia. Cuma aku buat versi kukus je. Malas nak campakkan dia dia dalam oven. Hehe.  Apa - apa pun selamat mencuba!  p/s - thanks FL sebab share resepi yang maha simple lagi sedap ni (^^,)

Wordless Wednesday # 17 (Sumber FB)

Image

SENYUM.

Image
Assalammualaikum..  Say Cheese~! (Terus senyum sampai telinga) Itulah antara contoh yang digunakan untuk seseorang itu senyum ketika bergambar. Tapi sape yang suka bergambar tu tak payah kau suruh cakap 'keju' pun dia tetap akan senyum. Siap buat molot muncung, pipi kurus, kening Ziana Zain dan apa - apa je cara nak buatkan muka nampak comel time bergambar. TAPI.. Kenapa sewaktu dalam gambar je kita nak senyum bagai nak rak? Kenapa tak dipraktikan ketika berdepan dengan orang lain? Tahukan yang senyum itu satu sedekah ?   "Tahu! Tapi kalau asyik memanjang senyum nanti orang cakap kita ni tak 'betul' pulak!" Ye jawapan itu betul tapi sape suruh kau senyum memanjang? Senyum tu biarlah bertempat. Kalau boleh selagi kau boleh hulurkan senyuman, kau hulurlah. Bukannya bayar pun (^^,) sumber gambar dari Google :) p/s - kadang - kadang kecewa bila berurusan dengan orang yang mukanya masam macam cuka!

Kompleks Bebas Cukai, Pengkalan Hulu, Perak.

Image
Assalammualaikum.. Lepas terpengaruh dengan rancangan Jom Terokai Perak setiap hari Khamis tu, aku pun terus eksited kemain lagi nak berjalan ke area Pengkalan Hulu. Sebenarnya aku nak pegi dekat Kompleks Bebas Cukai yang ada kat situ je. Tapi alang - alang dah berjalan kan, haruslah ke tempat lain jugak :D Gerak dari Ipoh dalam pukul 10 pagi macam tu. Sampai kat Pengkalan Hulu dalam kul 12 lebih. Aku ikut highway Jelapang dan keluar kat Kuala Kangsar. Lepas tu terus ke Pengkalan Hulu. Sampai ke pekan Pengkalan Hulu singgah makan dulu.   Tengah hari makan tomyam kau! Haha. Tapi memang gila sedap tomyam kat sini. Mungkin dah dekat - dekat dengan Thailand kan? Jadi rasa dia tu..huh! sedap kemain! Rasa sayang pulak nak makan sebab sedap sangat. Over sungguh. Kehkehkeh~ Aku rasa  seluruh pelosok kedai tomyam kat Ipoh ni tak dapat nak lawan (sebab aku tak penah lagi jumpa tomyam sedap kat Ipoh ni..ke korang tau mana - mana kedai tomyam yang sedap kat

Filem 8 JAM.

Image
Assalammualaikum.. ..yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU dan yang paling dekat dengan kita adalah MATI .. (Imam Ghazali) Seperti yang terpampang, aku telah pun sempat tengok citer 8 JAM ni semalam. Terus - terang, aku lebih suka citer ni berbanding Adnan Sempit, Bini - Biniku Gangster atau 3 Temu Janji. Citer ni bukan cinta semata - mata tapi lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling kita cuma kita perasan atau tidak. Aku bukan nak review sangat filem ni ye. Tapi aku nak share apa yang aku dapat dalam filem ni. Dari mula sampai akhir citer ni aku rasa tersentuh sangat. Macam yang aku taip kat atas sekali tu, MASA LALU amat jauh dari kita tapi dalam masa yang sama MATI adalah paling hampir dengan kita. Okey, watak utama dia adalah Shaheizy Sam sebagai Alang. Dia membesar di lorong. Mak dia jual buah (kalau tak silap). Kalau lapar dia mencuri. Dan paling dia suka ayam goreng. Dan ayam goreng dan bubur nasi merupakan menu terakh

Wordless Wednesday # 16 (Sumber FB)

Image

Buah Teen Segar Dari Belakang Rumah.

Image
Assalammualaikum.. Masa balik kampung hari tu mak terus cakap yang 'buah arak' kat belakang rumah dah masak. Sebenarnya 'buah arak' yang mak maksudkan tu adalah BUAH TEEN. Pokok buah teen ni mak or abang aku yang tanam (x ingat pulak sape yang tanam. adeh!) Tapi mak cakap kawan abang aku yang bagi. Dari Mekah katanya. Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini. Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Se