Buah Teen Segar Dari Belakang Rumah.

Assalammualaikum..


Masa balik kampung hari tu mak terus cakap yang 'buah arak' kat belakang rumah dah masak. Sebenarnya 'buah arak' yang mak maksudkan tu adalah BUAH TEEN. Pokok buah teen ni mak or abang aku yang tanam (x ingat pulak sape yang tanam. adeh!) Tapi mak cakap kawan abang aku yang bagi. Dari Mekah katanya.


Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda:

”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

 (sumber dari SINI)


Terus - terang ye yang aku baru je search pasal buah teen ni. Memandangkan buah teen dah ada kat belakang rumah jadi kene tau apa kebaikan dia kan. Tapi sekali baca..Subhannallah..Tak sangka buah teen ni tinggi martabatnya berbanding dengan buah - buah lain. 


Jadi, jom kita berkenalan dengan buah special ni :') 






Sebelum tu korang kene berkenalan dengan versi yang dah di paket. Macam gambar kat atas ni. Mana tau kut - kut pernah makan. Ni aku beli kat Boulevard Shopping Mall.





Kalau dah bukak plastik dia, dia akan jadi macam kat atas ni. Kiranya ni buah teen yang dah dikeringkan. Banyak khasiat buah teen ni tau. Jadi, sekali sekala tu try makan buah teen pulak ye ^^


 Dan.. 



Inilah buah teen yang dipetik dari belakang rumah! Oh ya. Ni versi tak masak lagi. Kalau masa kaler merah gelap. Masa aku ambik gambar ni aku dah nak balik sini. Jadi yang masak dah habis. Tapi masa aku mula - mula sampai Kuching sempat jugak makan yang masak. Rasanya MANIS! Makan lagi dengan tepung asamboi tu..haii..sedap sesangat!






Mak dengan abang aku cakap buah teen yang muda/belum masak ni sedap buat ulam. Aku tengok getah dia pun dah kemain banyak, jadi tak pernah lagi try nak buat ulam -.-'









Haa..macam dua gambar kat atas nilah keadaan buah teen yang sebenar. Yang belum dipetik. Yang masih muda. Masih belum masak ;D






Tengok. Lebat tak lebat buah dia. Tapi dia lebat kat bahagian bawah tu jelah. Betul - betul atas tanah. Senanglah nak petik sebab kalau tinggi sangat kan payah nak petik..




 
Ni pulak bahagian atas. Pokok ni memang tinggi okey! Aku tak tau nak cakap berapa meter ketinggian dia. Tapi memang tinggilah. 
Tak sangka umur aku dah 26 tahun baru penah makan buah teen yang fresh. Alhamdulillah. Eh, lupa nak cakap yang pokoknya sebatang ni je. Mak baru nak tanam lagi pokok ni. Untuk anak cucu katanya ^^,



Korang penah makan tak buah ni? Kut - kut ada jugak yang ada tanam kat belakang rumah ke?


p/s - ye aku tau entri ni panjang T_T



Comments

iZ said…
aritu parent g umrah bawak balikla buah tin ni..
sedap gak.. bolehla..
~Sweet Honesty~ said…
tak penah nmpak buah teen..oh ini la dia rupanya..mkn pn xpenah lgik ne..
Ezy Chiaki said…
mak aih.. lebatnye..
man said…
pernah makan buah teen yang dah dikeringkan aje..
Nieda said…
akak suka makan buah ni tapi yg kering lah. org bawa balik dr mekah.

tak sangka pokok ni boleh hidup kat sini juga ya.
Azwa Azee said…
pernah makan. tapi yang kering saje
Yumida said…
aih ria kmk polah sambal buah tok..nyaman....
buah butung sllu mkn tok nak..dolok ada pokok tok umah kmk di kpg nun..tok dh di tebang
tinie said…
salam perkenalan....

selalu makan yg kering aje.....kali nie dpt tengok yg "real"
ejulz said…
cam x penah jak ngga.. hehe
Namee Roslan said…
tak pernah tengok dan tak pernah makan pun! hehe. tiap kali masuk blog kathy, mesti sy tahu benda baru! terima kasih sgt :))

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.