Puasa Dan Bazaar Ramadan.

Assalammualaikum..


Esok dah puasakan? Kejap je masa berlalu.Tapi bila masuk bulan puasa ni, siapa yang duduk diperantauan memang terasa sangatlah. Macam aku tahun lepas walaupun berpuasa di Miri dengan family abang aku, takdelah terasa sangat macam tahun ni. Sebab tahun ni aku berpuasa kat Perak (sambil lap air mata). Ye. Aku tau. Walaupun aku ni masih dalam Malaysia tapi agak - agaklah kan kalau nak balik kampung setiap minggu untuk berbuka berpuasa. Perak ke Kuching tu.



Tapi takpe, pengalaman berpuasa masa study kat Melaka dulu dah ada. Jadi small matterlah kan? Eceh. Sedapkan hati sendiri ni.  Sebut pasal Melaka, aku suka pergi bazar ramadan yang ada dekat Taman Cempaka tu. Yang depan Melaka Central. Orang Melaka taukan? Kalau bulan puasa memang happening kat situ. Tapi dululah. Sekitar tahun 2006-2008. Mana tau sekarang dah takde ke. Sape orang Melaka kat sini? Ada lagi tak bazar tu?



Kalau kat Kuching ada jugak bazar dia. Tapi mungkin dah biasa dengan masakan orang Sarawak membuatkan aku jarang beli makanan kat bazar di Kuching. Selalu beli air je. Tu pun dah berapa pahala aku hilang sebab masa berbuka aku dah kutuk air orang tu tak sedap. Ops! Sebab tu kalau dah ada kedai yang jual air sedap tu, memang kedai tu jelah aku pegi. Peace :D



Cuma tulah, kalau dah ada kat sini (Perak) sibuk pulak anak tekak ni nak makan makanan WAJIB family aku time bulan puasa iaitu BUBUR PEDAS! Tapi kalau kat sana takdelah pun nak makan sangat. Sebab kalau kat sana aku asyik terkenang je makanan kat sini (semenanjung).. Mengada - ngada betul! 



bubur pedas dari Google ;p


Apa - apa pun Selamat Berpuasa ye sume geng blogger yang dikasihi sekalian. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberakatan pada kita. Amin.. 



p/s - sape yang berniaga tu berniaga elok - elok. siapa yang membeli tu, jangan sampai membazir, okey?




Comments

nazayiena said…
Selamat berpuasa utk ktk Kathy.

Mun bulan puasa mesti ada bubur pedas,kmk ada pastenya diberik kakak kmk dulok,nak molah tp byk bahan2 sik ada situk,sayur midin ngan pucuk sengkih sik ada kmk nanga situk.
SoLy SoLicious said…
salam ramadhan..selamat berpuasa ^^
Unknown said…
ktk.. selamat berpuasa! :) Hehehe.. nyaman ada jak bubur pedas yaaa...
Annisa said…
assalamualaikum, salam Ramadhan..
sik sabar mok balit Kuching. First Ramadhan di tempat orang, berbuka sorang-sorang.. sedih.
Suhana Shuib said…
amboi ko mmg ngada2 ek Kathy Tuah..klu ko teringin gak mai la rumah kak su..kita masak sama2 bubur pedas tu..;p
ejulz said…
selamat berposa juak ktk.. betengok ngga bubo ya.. hehe
Namee Roslan said…
kita dah lebih seminggu puasaaa...cepat betullah :) selamat bersahur untuk kathy esok :)
Zyla said…
owh kakak ku!!!! kmk pun rya bercarik an bubur pedas tk.. tp malangnya bangi xda jual bubur tok.. lak mun mintak bubur pedas dgn org kat ctok cdak berik kmk bbur dgn cili.. haha..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???