klik sekali~

Tuesday, July 23, 2013

Semangat Balik Kampung Datang Berkampung!

Assalammualaikum..




Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa. Kejap aje kan? Dua minggu yang akan datang ni pasti sibuk dengan persiapan hari raya pulak. Dan aku pulak sibuk menghitung hari untuk balik ke kampung. Yeyy! 


Boleh dikatakan setiap hari aku tengok kalendar. Rasa macam lambat pulak nak sampai 1/8. Ye. Aku balik Kuching 1/8. Semangatkan? Hahaha. Sampai bila? Tak sure lagi. Kerja macam kita orang ni senang cuti. Cuma makin banyak kau cuti makin sikitlah kau punya gaji. Yelah, keja biasa - biasa aje kan? Sobs~


Tapi takpe. Yang penting dapat balik kampung! Hohoho~ Dah terbayang wajah puan emak dan encik bapak. Tak termasuk anak - anak buah pulak. Yang bestlah tahun ni semua adik - beradik berkumpul.
Memandangkan kita orang adik - beradik agak rapat, jadi bila kumpul ramai - ramai pasti lebih meriahkan? Dengan karenah anak - anak buah lagi. Haaaiiii~~ makin tak sabar dah ni. 


Bagi aku, saat - saat balik kampung ni antara saat yang paling indah bila nak raya. Cuma perlu diingat, dalam seronok nak balik kampung tu jangan sampai kita abaikan keselamatan kita. Tapi itulah, kadang - kadang kita dah berhati - hati, orang lain pulak yang cuai. Jadi, sama - samalah kita berwaspada ye?


Korang, balik kampung tak? :)



*gambar dari Google


Thursday, July 18, 2013

Resepi Ikan Siakap Kukus Berlimau

Assalammualaikum..



Bulan puasa ni ramai yang cari resepi untuk sahur dan berbuka. Aku pun tak terkecuali. Bila dah Google, buka pulak buku resepi. Nanti ending(nya) aku main masak campak - campak jugak. Tapi idea asal memanglah daripada resepi yang kita nak buat tu. Macam resepi ikan siakap kukus ni. Macam - macam versi resepi ada. Cuma aku lebih suka kalau ikan siakap ni kukus dengan limau :)



Resepinya mudah aje. 


1 ekor ikan siakap sederhana besar (siang dan bersihkan dengan asam jawa sikit)
3 bijik limau kasturi (ambik jus dia je)
Setengah bawang merah (aku guna setengah sebab bawang merah tu besar sangat)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili padi (cili besar pun boleh. asalkan cili hidup)
*bawang merah, putih, halia dan cili padi tu semua dipotong - potong, okey?*
garam dan perasa secukup rasa.

bahan - bahan sampingan pulak boleh letak tomato, cendawan, carrot. apa - apa je sayur yang kau rasa nak letak kau letak je.


Ikan Siakap Kukus Berlimau kat atas ni aku guna cendawan shitake & tomato. 



Cara membuatnya.

Ikan siakap yang dah disiang, dilumur sedikit dengan garam. Biarkan seketika.

Ambik kuali, (jangan nyalakan api dulu) masukkan ikan siakap tadi. Letak sedikit air. Air tu jangan kau letak banyak sangat. Agak - agak setengah daripada ikan tu tenggelam cukuplah. Kalau dah sampai tenggelam ikan tu, bukan kukus lagi dah tu tapi dah jadi sup ikan~

Lepas tu masukkan bawang semua tu. Sayur yang lambat masak macam carrot. Senang cerita kau tabur aje bahan - bahan dipotong tadi. Dan baru nyalakan api. TUTUP kuali tu dengan penutup pengukus. Aku malas nak kukus guna pengukus, jadi aku guna kuali je. Tapi yang penting kuali tu memang kena tutup.


Bila ikan dah nak masak, masukkan jus limau tadi. Pastu masukkan sayur yang cepat masak macam cendawan ataupun tomato.


Masukkan terus garam dan perasa. Kacau air ikan tu perlahan - lahan. Untuk bagi sebati. Tutup semua kuali. Biarkan seketika.

DAN siap!

Paling sedap makan ikan siakap kukus ni dengan sambal kicap. Serius sedap!  =p~




Yang atas ni pulak, aku campak carrot & cendawan tiram. 


Senang je kan? Campak - campak je dah siap. Ikan kat atas sekali tu aku buat masa sebelum puasa hari tu. Yang atas ni pulak untuk sahur pagi tadi. Dah ada carrot dengan cendawan tu, tak perlulah nak masak sayur lagi. Senang kerja aku Kehkehkeh~



p/s - Aku perasan yang views di blog aku agak konsisten time bulan puasa ni. Walaupun aku tak updated sangat. Bila aku tengok keyword, rupa - rupanya ramai yang masuk sini sebab resepi masakan. So, apa lagi, lepas ni kita pulun naik kan entri berkisar dengan resepi masakan pulak. Lepas tu diri sendiri stress tengok gambar makanan. Ceh!


Friday, July 12, 2013

Juadah Pilihan Di Awal Ramadhan.

Assalammualaikum..


Rasanya belum terlambat kut nak ucapkan salam ramadhan buat semua. Terutama buat pengunjung blog ini~ Semoga di bulan yang mulia ini, kita lebih dekat kepada-NYA. Insya - Allah :')


Seperti biasa. Asal muncul bulan ramadhan, pasti muncul jugak bazaar ramadhan. Macam - macam makanan ada. Cuma perlu pilih dan bayar. Kesedapan makanan tu ikut nasib masing - masinglah kan. Ada makanan yang kita beli tu sedap. Ada tak sedap. Hurm.. Yang aku beli di hari pertama puasa rabu lepas, adalah Ikan Pekasam Goreng & Ubi Rebus. Tengok gambar kat bawah ni.





Masa tengok ikan pekasam dengan ubi rebus ni, aku terus tak berfikir panjang untuk beli. Dua - dua makanan ni, makanan feveret aku. Tambah pulak ada cili dengan limau dekat situ. Huh! Meleleh air liur! Harganya adalah RM5. Aku rasa mahal lah. Tapi kalau dah nak makan sangat tu baik beli jekan? Takut nanti kempunan pulak. Huhuhu~ 


Bila dah berbuka, baru ku tahu yang ikan pekasam ni dia goreng terlampau garing sangat. Jadi dah tak berapa nak sedap. Ubi dia pun keras sikit. Takpe. Pengajaran supaya tak pergi kedai tu lagi. #bulan puasa kene jujur tauuuuuu :p





Semalam pulak aku carik Kuih Seri Muka. Asal bulan puasa aku memang suka makan kuih ni. Yang hijau atas, putih bawah tu. Yang putih atas dan hijau bawah tu pulak aku lupa nama dia. Kuih talam kut? Entah. Lupa. Tapi dua - dua kuih ni sedap! Cukup lemak cukup manis! Selalunya aku memilih sikit nak makan kuih - muih yang orang jual ni sebab nanti aku akan cakap yang mak aku buat lagi sedap. Hohoho~ Harga? RM1.50 untuk 4 bijik kuih ni. Oklah kan sebab kuih seri muka tu guna pulut. Pulut kan mahal sikit. Alah, kalau sedap takpelah bayar lebihkan?






Dan Pisang Goreng Cheese ni aku buat sendiri. Susah tahu nak carik pisang goreng kat bazaar ramadhan. Jadi aku beli pisang siap - siap. Pastu goreng sendiri. Tabur cheese! Ya ampunnnn sedapnya Tuhan saja yang tahu, okey! Makin letak banyak cheese makin sedap. Sebelum aku meroyan dengan entri macam ni, baik aku offline dulu. Stress dengan entri sendiri. Sapa suruh letak gambar makanan time puasa macam nikan? Padan muka! Kbai~ 



p/s - petang ni tak tau lagi nak carik kuih apa.


Thursday, July 4, 2013

NASI GANJA IPOH (Dulu Tak Ketagih Tapi Sekarang KETAGIH GILA!)

Assalammualaikum..


#nasik ganja, #nasik kandar, #nasik vanggey adalah spesis nasik yang lebih kurang sama. harap maklum :p
 

Suatu ketika dahulu, di ENTRI INI (NASI GANJA) aku memang konfiden nak mati cakap..eh..tak.. taip yang aku tak ketagih pun dengan nasik ganja dekat Jalan Yang Kalsom, Ipoh ni. Dahlah ayam dia keras campak ke dinding, dinding pun boleh menangis kesakitan. Pastu kuah pulak pedas sampai boleh tumpahkan air mata 7 tempayan! Selera tumbuh bagai cendawan lepas hujan pun terus layu dan mati. Buat bazir duit aku aje! Huh! 


TAPI..


Itu dulu. Tahun lepas punya cerita. Manusia kan boleh berubah. Apatah lagi seleranya :') Aku pun try lagi datang ke sini. Manalah tahu masa aku datang dulu tukang masak dia tengah bad mood. Masak pun main ikut mood dia aje kan? Masak ni ada kaitan dengan mood jugak tau. Kalau kita masak dengan penuh kasih - sayang, hati riang gumbira & ikhlas..insya-Allah masakan kita sedap. Walaupun sekadar menggoreng telur mata -.-' Tapi kalau kita masak nak tak nak je, kemungkinan besar masakan kita akan terjejas sama. Tak semualah orang macam tu, tapi tetap ada seketul dua yang begitu. Mungkin tukang masak nasik ganja ni pun macam tu. Mungkin. #kalau part buat andaian, aku ni memang terer Kehkehkeh~




Nasi Ganja Kambing..(sambal kelapa dia tu sedap!)


Dan bila aku datang buat kali kedua. 


"Eh, kenapa rasa dia sedap nak mati ni? Kenapa ayam dia sedang - sedang elok aje di goreng? Kari dia macam mana boleh tak pedas sangat? Boleh diterima lidah dan disokong oleh tekak??  Why, kambing dia tak rasa hanyir pun? Sotong dia ni kenapa sedap sangat? Kenapa? Why?!"


Begitu bicara hatiku tatkala datang buat kali kedua. Semenjak itu, kalau ada dekat Ipoh terus mengada depan boss ajak makan nasik ganja. Nasib baik boss aku peminat nak mati jugak nasik ganja ni. Siap bertambah nasik tau T_T Oh ye, 'dia' pun suka makan nasik ganja (^_~)



Nasi Ganja Ayam. Dalam piring tu sotong. Sedap, okey!


Memandangkan aku dah ketagih gila dengan nasik ni, aku nak beri beberapa tips untuk sape - sape nak makan dekat sini. Kemain ye, siap ada tips segala! Hahaha. Tapi serius okey, tips ini insya - Allah akan membantu korang suma. Apatah lagi yang baru pertama kali datang tu~ 


Tips Makan Nasi Ganja, Ipoh. 


~ Kalau boleh datang awal. Sekitar 11 ke 12 tengah hari. Masa ni orang tak berapa ramai sangat. Atas pukul 12 tu selalunya dah ramaiiiiiii sangat orang. Kalau datang petang sikit dalam pukul 3 - 4 petang, yang ada hanya nasik, kari campor dan ayam goreng. Tapi kadang - kadang tak sempat nak tunggu pukul 4 dorang dah tutup sebab lauk semua dah habis. 

~ Kalau nak tapau, kene berbaris. Yang nak tapau aje tau.

~ Kalau nak makan, tak payah berbaris, okey? Masuk je terus dalam kedai dan carik tempat duduk. Setiap kali aku pergi situ, mesti ada yang berbaris ambik nasik, lauk suma then baru nak terhegeh - hegeh cari tempat duduk. Memang silap percaturanlah bro! Kau usung jelah nasik kau ke sana ke sini sambil carik tempat duduk. Ada yang kene berdiri sambil bawak nasik dulu sementara tunggu meja kosong..

~Makanya, carik tempat duduk dulu. Nanti dorang akan ambik order. Jangan risau ya :)

~Kedai ni kecik je. Jadi kalau datang beramai - ramai tu memang susah sikit nak sambung meja kata orang. Aku kalau datang dengan dia je, duduk je mana - mana meja yang muat 2 orang Haha. Tak kira yang duduk semeja tu orang cina mahupun india. Alah, kata 1 Malaysiakan? #kelip-kelip mata~

~ Oh ye. Air kat kedai ni memang cina yang buat tau. Tapi boleh aje mintak air tin. Air mineral. 

~Bila dah nak ambik order tanpa menu memang agak sukar kan? Jadi, yang popular kat sini yang selalu orang request adalah menu ini "nasik, ayam goreng, telur masin. KARI CAMPO!" bagi aku, makan nasik ganja ni tak bermakna kalau tak mintak kari campo. Kalau tak letak kari campo, baik aku masak sendiri kari dekat rumah. Kari campo dia tulah yang buat aku ketagih. Hukhukhuk~ Ayam goreng tu boleh tukar kambing ke. Sotong ke..ikut selera. Telur masin pun macam tu. Kalau tak nak, tak yah mintak. 

~Kedudukan kedai ni, tengah pekan ipoh. Sape yang guna gps ke. Papago ke. Korang carik jelah Jalan Yang Kalsom. Kedai dia nama KEDAI KOPI YONG SUAN. Tepi sekali.


Rasanya itu jelah kut. Nanti kalau ada nak tambah, aku tampah lagi. Okey? Pada yang tak pernah try tu try lah ye? Dah femes ames kedai ni tau. Masuk tv dah berapa kali dah. Masuk paper lagi. Belum kira masuk blog pulak. Kiranya memang terbaek punya nasik ganjalah! So, apa lagi? Jemputlah datang ke Ipoh untuk pekena nasik ganja (^_^)V



p/s - harap - harap owner nasik ganja ni baca blog aku ni. mana tau dia bagi pakej makan nasik ganja free! Hahaha~

Tuesday, July 2, 2013

Gerbang Malam Ipoh, Perak.

Assalammualaikum..


Minggu lepas sempat bawak family angkat dari Kuching jalan - jalan dekat Gerbang Malam, Ipoh. Gerbang Malam ni macam uptown. Jual macam - macam barang. Aku suka pergi sini selain pergi Memory Lane. Nantilah citer pasal Memory Lane tu ye :)  Entri ni berkisar dengan Gerbang Malam je. 


Gerbang Malam ni dekat Jalan Tahwil Azhar. Tengah bandar Ipoh. Insya-Allah senang aje nak carik kalau ada yang teringin nak pergi sini. Aku kadang - kadang saje je jalan kat sini. Cuci mata. Tapi kadang - kadang TERBELI satu dua barang jugak -.-'














 ~peace~




Gambar last ni beria aku suruh dia ambik. Haha. Macam - macam je slogan dekat baju Cap Ayam ni. Aku ni suka tengok aje. Kalau nak beli baju yang ada ayat - ayat macam ni, memang taklah. Huhu~ 

Apa - apa pun singgah le kat Gerbang Malam ni (^^,)



p/s - lutut sakit. pergelangan tangan pun sakit. nasib hati tak sakit :')