klik sekali~

Friday, July 12, 2013

Juadah Pilihan Di Awal Ramadhan.

Assalammualaikum..


Rasanya belum terlambat kut nak ucapkan salam ramadhan buat semua. Terutama buat pengunjung blog ini~ Semoga di bulan yang mulia ini, kita lebih dekat kepada-NYA. Insya - Allah :')


Seperti biasa. Asal muncul bulan ramadhan, pasti muncul jugak bazaar ramadhan. Macam - macam makanan ada. Cuma perlu pilih dan bayar. Kesedapan makanan tu ikut nasib masing - masinglah kan. Ada makanan yang kita beli tu sedap. Ada tak sedap. Hurm.. Yang aku beli di hari pertama puasa rabu lepas, adalah Ikan Pekasam Goreng & Ubi Rebus. Tengok gambar kat bawah ni.





Masa tengok ikan pekasam dengan ubi rebus ni, aku terus tak berfikir panjang untuk beli. Dua - dua makanan ni, makanan feveret aku. Tambah pulak ada cili dengan limau dekat situ. Huh! Meleleh air liur! Harganya adalah RM5. Aku rasa mahal lah. Tapi kalau dah nak makan sangat tu baik beli jekan? Takut nanti kempunan pulak. Huhuhu~ 


Bila dah berbuka, baru ku tahu yang ikan pekasam ni dia goreng terlampau garing sangat. Jadi dah tak berapa nak sedap. Ubi dia pun keras sikit. Takpe. Pengajaran supaya tak pergi kedai tu lagi. #bulan puasa kene jujur tauuuuuu :p





Semalam pulak aku carik Kuih Seri Muka. Asal bulan puasa aku memang suka makan kuih ni. Yang hijau atas, putih bawah tu. Yang putih atas dan hijau bawah tu pulak aku lupa nama dia. Kuih talam kut? Entah. Lupa. Tapi dua - dua kuih ni sedap! Cukup lemak cukup manis! Selalunya aku memilih sikit nak makan kuih - muih yang orang jual ni sebab nanti aku akan cakap yang mak aku buat lagi sedap. Hohoho~ Harga? RM1.50 untuk 4 bijik kuih ni. Oklah kan sebab kuih seri muka tu guna pulut. Pulut kan mahal sikit. Alah, kalau sedap takpelah bayar lebihkan?






Dan Pisang Goreng Cheese ni aku buat sendiri. Susah tahu nak carik pisang goreng kat bazaar ramadhan. Jadi aku beli pisang siap - siap. Pastu goreng sendiri. Tabur cheese! Ya ampunnnn sedapnya Tuhan saja yang tahu, okey! Makin letak banyak cheese makin sedap. Sebelum aku meroyan dengan entri macam ni, baik aku offline dulu. Stress dengan entri sendiri. Sapa suruh letak gambar makanan time puasa macam nikan? Padan muka! Kbai~ 



p/s - petang ni tak tau lagi nak carik kuih apa.


7 comments:

Qhaifa Nur said...

betul tu..kena jujurlah walau bulan posa..kecewa rasa hati kan.kan..
pengajaran tuh..

tang goreng pisang tu paling best ada cheese lah..

Cik Eka said...

waaa sedapnya pisang goreng cheese. rasa nak buat je. adehhh

dah agak dah. tgok pekasam tu garing sgt. kan.

eka suka mak ngan nenek buat pekasam. aduh sedapnyaaaaaaaaaaaaa. Makan ngan nasi panas je. Sedappp

Isabel Diaz said...

Kuih seri muka nyaman..

Nieda ramly said...

kuih hijau tu mmg mengancam

Puan Ezy said...

pisang goreng cheese! nyummy nyummy..
nmpk sedap

Ihsan Arifin said...

kalau cheese tu dalam pisang
lagi sedap yummy

Yumida Huda said...

nyaman eh..mcm mok nangis mek tangga pic ya
telan aek lio jak..gulp!