klik sekali~

Sunday, January 30, 2011

Mee Rebus Kaki Ayam ala Sarawak

selamat berhujung minggu semua..kat Seremban ni hujan je dari pagi tadi.. sejuk bangat2..hehehe..tapi bila time sejuk2 ni tiba2 lak aku teringat kat mee rebus simple tahap dewa yang aku ngan mak aku buat masa aku balik kampung baru2 ni..yelah, time sejuk2 macam ni perut asyik lapar je..tu kalau ikut perut aku la..perut orang lain aku tak tau lak..hihihi~~

memandangkan aku tak dapat nak buat mee rebus tu jadi aku share je la resepi mee rebus yang aku ngan mak aku buat dulu..masa tu aku sempat ambik gambar mee tu cuma tak berkesempatan nak masukkan kat sini..tengok bawah ni..heeeee~~ mee rebus kaki ayam!! apa??ada yg x makan kaki ayam ni??xpe2,jangan risau kalau x nak guna kaki ayam korang bolehlah guna mana2 bahagian ayam yang korang suka..



Mee Rebus Kaki Ayam ala Sarawak

Bahan - bahan :

1 mangkuk kecil sup kaki ayam
segenggam mee kuning
5 biji bebola ikan
1 biji telur
sedikit sawi

Cara membuatnya :

Celur mee kuning, bebola ikan dan sawi dan ketepikan. Panaskan lagi sup kaki ayam dan pecahkan telur ke dalamnya tapi jangan sampai kuning telur itu pecah. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan diikuti dengan sup kaki ayam dan telur. Akhir sekali masukkan bebola ikan dan sawi.

p/s - mak saye ckp ni mee rebus ta
pi saye tahu orang
semenanjung cakap ni mee sup kan??sebab mee rebus gune ubi keledek..betul x??tapi xpe, sbb kite org leh panggil ni mee rebus ataupun mee sup..heeeeeeee~~~ selamat mencube ye kwn2 ;)

Friday, January 28, 2011

TerFOLLOW Blog Sendiri.

salam jumaat semua.. hujan membasahi Seremban sejak pagi tadi..sejuk (*.*)..

hari ni nak masukkan entri yang pelik sikit..pasal blog ni..
masa aku tengah fokus tahap dewa baca blog2 org kan..tiba2 aku tertarik dengan satu blog ni.. aku pun tekan punya tekan kiranya nk jadi follower dia lah kan tapi yang peliknya aku boleh jadi follower aku sendiri..adoi!! macam manalah boleh jadi macam ni??

aku bukan apa, nanti takut ada lak yang cakap aku nk saje2 jadi follower diri sendiri supaya dapat meramaikan follower aku yang tak ramai tu..tapi SUMPAH..aku tak tahu entah macam mana aku buat sampai jadi macam ni..sampai bersumpah lah pulak kan? huhuhu.. tapi terpulanglah korang percaya ke tak..ermmm..

tapi aku still tak puas hati ni!! eish!!


Monday, January 24, 2011

Nasi Ayam Epal Hijau Ala Sarawak.




tada!! inilah resepi yg aku cedok dari Majalah Rasa, keluaran Febuari 2011.. tapi aku ubah ckit lah, ikut stail resepi mak aku.. so nasi epal hijau ni ala2 Sarawak la ye.. hehehe..

Nasi Ayam Epal Hijau

Bahan - bahan:

beras (di cuci dan di toskan)
empat sekawan (bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah sapu laga)
bawang putih

bawang merah

minyak masak (kalau ada mentega guna mentega)

ayam rebus di potong kecil (ayam yg direbus utk mdapatkan air rebusan ayam)

air rebusan ayam

garam

sedikit perasa

sedikit epal hijau di potong dadu

Cara membuatnya :

panaskan minyak dalam periuk (guna periuk elektik pun xpe). lepas tu masukkan empat sekawan dan diikuti dgn bawang putih dan merah. biar sehingga sedikit garing. masukkan ayam rebus dan lepas itu masukkan beras dan diikuti dgn air rebusan ayam. masukkan sekali garam dan perasa. masak seperti biasa. bila nasi sudah hampir masak, masukkan epal hijau tadi. dah biar sehingga nasi masak. selamat mencuba ye..


p/s - kuantiti bahan2 tu korang agak2 lah ye =)




Tuesday, January 18, 2011

Ikan Lampam Kukus ala Sarawak




ha! ada nampak x ikan yg tengah baring atas ni?? ni lah ikan lampam.. beli kat mane??? kalau aku masih d Kampung Sandong ni, semestinya ikan ni dari sungai belakang umah aku ni.. ikan ni lah antara penghuni dalam Sungai Sarawak yg airnya nampak tenang je.. x caye air nye tenang?? xpe, meh aku tunjukkan picture sungai belakang umah aku ni..



ni lah sungai yg aku maksudkan tadi..tenang kan??tp yg penting sungai ni bersih dan bebas dr pencemaran.. he3.. kat sungai ni la pakcik aku dapat ikan lampam ni.. memandangkan aku ni kejap kt semenanjung n kejap kat miri so dia bagi jela kat aku, x yah beli.. memandangkan kita org selalu buat ikan bakar so kali ni ubah lak selera dgn buat ikan kukus.. mcm ne nak buat?? ni aku bagi resepi dia..simple tp sedap ;)

Ikan Lampam Kukus ala Sarawak.

Bahan - bahan :

1 ekor ikan lampam
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
setengah inci halia (ditumbuk)
3 sudu air asam jawa
garam (secukup rasa)
sedikit serbuk perasa

Cara membuatnya :

Ikan yang telah di siang direndam seketika dengan air asam. Selepas itu, perapkan ikan dengan semua bahan - bahan di atas. Tapi jangan di perap terlalu lama. Lepas itu kukus sehingga ikan masak.

Sunday, January 16, 2011

Bila Pokok Ari Udah Petang

hai kitak orang suma, apa juak di polah ya?? udah mandik tek kah? aku tok, gago jak nanyak orang tapi ku pun lum mandik gik..adoi! kasam! hahaha.. tapi sik apalah owh, bukannya aku tido ngan sapa2 pun.. sik kisah lah kasam kah sik!.kwang3..


apa juak nak ku susei' tok owh, ermm.. oklah, aku nak bersusei' pasal ari duak tiga aritok nak alah2 jak ujan..selalu jak pokok ari itam.. minggu lepas tek, lalu sik turun sekolah anak2 buah ku..aik kat jeraya umah kamek orang tok dah acap.. apa gik sidak anak buah ku bila madah sik sekolah lalu bersalin baju..aku pikir tek nak ke sine2, paduhal nak berkaol mandik aik kat jeraya depan ya..riso juak ati ku tek takut apa2 hal jak sidaknya tapi mak aku madah ada kak ina sidaknya sekali pegi nangga sidak ya mandik..


tapi sik juak ku mei'do koh, zaman aku dolok kedak ya juak.. hahaha.. aku agik antap, mandik aik banjir nun ke dibah kampong nun..bukan nya apa, sidak geng ku banyak diam di bah kampung bah.. hahaha.. tapi nektok, turn anak buah ku gik.. bukan aku nak madah yang aku tok rindok mun banjir, sik lah sampei macam ya.. aku tok sekadar nak bekenang bah, zaman musim ujan time dolok marek..ya jak..


tok jak lah nak ku susei' ku tek..pastok kelak aku bersusei' hal nak lain lagik k..bye3 : )

Saturday, January 15, 2011

Lupa daratan ke aku???

assalamualaikum n good morning sume.. hari ni, tiba2 je aku terfikir tentang blog aku ni.. yela, nama blog bukan main lagi gadisarawakcorner tapi xde pun guna Bahasa Melayu Sarawak.. ermm.. nape erk? aku lupa daratan ke? sampai dah x nak guna bahasa ibunda lagi??


sebenarnya aku ada alasan sendiri kenapa aku x guna Bahasa Melayu Sarawak.. kawan2 aku terdiri orang semenanjung, Sabah dan Sarawak. so, untuk memudahkan sume faham aku guna lah bahasa macam ni.. nak guna Bahasa English lagi lah aku takut sume x faham nanti.. yela, English aku ni bukannya ok sgt.. hu3.. lagipun sasaran follower aku ni jz org Malaysia je.. ada lak mcm tu kan?? he3..



tapi xpe, pasni aku akan buat gak satu label khas untuk Bahasa Melayu Sarawak (^^,)..

Thursday, January 13, 2011

"Payak" Goreng ala Sarawak


masa aku baru balik dr Miri, mak aku terus cakap dalam peti ais banyak "payak".. "payak" tu pe?? ha, nie la nk bagi tau.. "payak" tu udang kecik2 yg kulit dia keras ckit tu.. kalau kat cni slalu org guna tuk buat cucur udang.. tau kan?? imagine la ckit.. he3..

so, aku pun terus plan nak buat payak goreng.. terus terang ckplah kan yg resepi nie aku belasah je buat.. ha3.. kalau selera aku mmg sedap la.. kalau dgr pendapat anak buah aku pun mcm tu.. he3.. walaupun aku tau korang lebih tau masakan yang lebih advanced lagi dari nie tp aku nak share gak resepi dia.. lagi2 pada sape2 yg baru nak belajar masak macam aku nie..ahaks :D

"Payak" Goreng Ala Sawarak

Bahan - Bahan :

Payak / udang
cili kering kisar

sos tiram
serbuk kunyit
p/s = kuantitinya korang agak2 lah yer..dan ;agi satu, aku memang x letak garam sebab sos tiram tu dah cukup rasa kan ;)

Cara membuatnya :


Gaul sume bahan2 tadi dan perap seketika sebelum di goreng..



Tuesday, January 11, 2011

Flight Airasia Tergelincir


Masa syok2 aku layan fb tiba2 aku dapat link tentang flight Airasia tergelincir kat Kuching Airport.. alhamdulillah sebab sumenya ok..cuma kalau x silap 4 org je yg cedera tapi dah d hantar kat hospital..

mcm2 je komen org lain ttg hal ini.. yela, ada yg ckp pilot Airasia x profesional lah, ada yang ckp d sebabkan cuaca buruk la dan mcm2 lagi.. tapi bagi aku, benda mcm ni sukar kita nk jangka.. aku ni dah berpuluh kali naik Airasia, tapi alhamdulillah sumenya ok.. dan aku harap lepas ni pun Airasia akan sentiasa ok jugak.. amin..


p/s - picture ni aku ambik kat kwn2 d fb yg post picture ni.. harap tuan punya sebenar picture x marah lah ye.. kita hanya sekadar berkongsi cerita..

Monday, January 10, 2011

Terung Goreng ala Sarawak


bahan - bahan :

2 biji terung ( di belah dan di potong )
sedikit ikan bilis
sebiji bawang besar di mayang
sedikit sos tiram

Cara membuatnya :

Goreng terung sehingga masak dan ketepikan . goreng ikan bilis juga sehingga masak dan ketepikan.

guna sedikit minyak yg telah digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi dan tumiskan bawang besar bersama dengan sos tiram. bila sudah masak masukkan terung dan ikan bilis. siap untuk dihidangkan..

p/s - time masak ni mls nk buang kepala ikan bilis..he3.. pada sape2 yang nak buat leh tambah cili kisar / cili besar yg dipotong2.. resepi ni aku masak untuk lunch bersama mak aku n bapak aku.. bapak x boleh mkn pedas2 so sbb tu aku x letak cili ;)

Sunday, January 9, 2011

Singgang Ikan Sardin ala Sarawak


Ermm, sebenarnya kalau kat Sarawak masakan singgang ikan ni kita orang panggil "masak pindang ikan". tu yang aku tau dari mak aku la. resepi ni totally aku reka sendiri. Tapi memang sedap, sebab kene sangat dengan selera aku..he3..yang bagus masakan ni, dia x berminyak cz rebus je.. so, aku saje lah nak share resepi aku ni kat korang..kalau x sedap tu sori la ye..hu3..

Bahan - bahan :

2 ekor ikan sardin
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
halia (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
sedikit asam keping
air (ermm, air ni agak2 jela ye)

Cara membuatnya :

Panasakan air dalam periuk. Masukkan sekali semua bahan - bahan di atas. lepas itu masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.

Saturday, January 1, 2011

selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011

alhamdulillah.. sekali lagi kita di beri kesempatan untuk melangkah ke tahun baru.. tahun 2010 terlalu banyak cerita yang telah tercipta.. tapi biarlah ia tinggal kenangan.. yang penting masa depan yang perlu lebih terancang.. tapi harapan yang sama untuk 2011.. harapan yang penah dirancang pada 2010 masih ada yang tidak tercapai.. ya Allah, kau permudahkan segalanya.. amin..