Mee Rebus Kaki Ayam ala Sarawak

selamat berhujung minggu semua..kat Seremban ni hujan je dari pagi tadi.. sejuk bangat2..hehehe..tapi bila time sejuk2 ni tiba2 lak aku teringat kat mee rebus simple tahap dewa yang aku ngan mak aku buat masa aku balik kampung baru2 ni..yelah, time sejuk2 macam ni perut asyik lapar je..tu kalau ikut perut aku la..perut orang lain aku tak tau lak..hihihi~~

memandangkan aku tak dapat nak buat mee rebus tu jadi aku share je la resepi mee rebus yang aku ngan mak aku buat dulu..masa tu aku sempat ambik gambar mee tu cuma tak berkesempatan nak masukkan kat sini..tengok bawah ni..heeeee~~ mee rebus kaki ayam!! apa??ada yg x makan kaki ayam ni??xpe2,jangan risau kalau x nak guna kaki ayam korang bolehlah guna mana2 bahagian ayam yang korang suka..



Mee Rebus Kaki Ayam ala Sarawak

Bahan - bahan :

1 mangkuk kecil sup kaki ayam
segenggam mee kuning
5 biji bebola ikan
1 biji telur
sedikit sawi

Cara membuatnya :

Celur mee kuning, bebola ikan dan sawi dan ketepikan. Panaskan lagi sup kaki ayam dan pecahkan telur ke dalamnya tapi jangan sampai kuning telur itu pecah. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan diikuti dengan sup kaki ayam dan telur. Akhir sekali masukkan bebola ikan dan sawi.

p/s - mak saye ckp ni mee rebus ta
pi saye tahu orang
semenanjung cakap ni mee sup kan??sebab mee rebus gune ubi keledek..betul x??tapi xpe, sbb kite org leh panggil ni mee rebus ataupun mee sup..heeeeeeee~~~ selamat mencube ye kwn2 ;)

Comments

strawberry said…
http://hasmeehaslina.blogspot.com

wow , nmpk sedap =.=
kathy said…
memang sedap pun..hehehe~

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.