Ikan Lampam Kukus ala Sarawak




ha! ada nampak x ikan yg tengah baring atas ni?? ni lah ikan lampam.. beli kat mane??? kalau aku masih d Kampung Sandong ni, semestinya ikan ni dari sungai belakang umah aku ni.. ikan ni lah antara penghuni dalam Sungai Sarawak yg airnya nampak tenang je.. x caye air nye tenang?? xpe, meh aku tunjukkan picture sungai belakang umah aku ni..



ni lah sungai yg aku maksudkan tadi..tenang kan??tp yg penting sungai ni bersih dan bebas dr pencemaran.. he3.. kat sungai ni la pakcik aku dapat ikan lampam ni.. memandangkan aku ni kejap kt semenanjung n kejap kat miri so dia bagi jela kat aku, x yah beli.. memandangkan kita org selalu buat ikan bakar so kali ni ubah lak selera dgn buat ikan kukus.. mcm ne nak buat?? ni aku bagi resepi dia..simple tp sedap ;)

Ikan Lampam Kukus ala Sarawak.

Bahan - bahan :

1 ekor ikan lampam
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
setengah inci halia (ditumbuk)
3 sudu air asam jawa
garam (secukup rasa)
sedikit serbuk perasa

Cara membuatnya :

Ikan yang telah di siang direndam seketika dengan air asam. Selepas itu, perapkan ikan dengan semua bahan - bahan di atas. Tapi jangan di perap terlalu lama. Lepas itu kukus sehingga ikan masak.

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.