klik sekali~

Monday, January 24, 2011

Nasi Ayam Epal Hijau Ala Sarawak.




tada!! inilah resepi yg aku cedok dari Majalah Rasa, keluaran Febuari 2011.. tapi aku ubah ckit lah, ikut stail resepi mak aku.. so nasi epal hijau ni ala2 Sarawak la ye.. hehehe..

Nasi Ayam Epal Hijau

Bahan - bahan:

beras (di cuci dan di toskan)
empat sekawan (bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah sapu laga)
bawang putih

bawang merah

minyak masak (kalau ada mentega guna mentega)

ayam rebus di potong kecil (ayam yg direbus utk mdapatkan air rebusan ayam)

air rebusan ayam

garam

sedikit perasa

sedikit epal hijau di potong dadu

Cara membuatnya :

panaskan minyak dalam periuk (guna periuk elektik pun xpe). lepas tu masukkan empat sekawan dan diikuti dgn bawang putih dan merah. biar sehingga sedikit garing. masukkan ayam rebus dan lepas itu masukkan beras dan diikuti dgn air rebusan ayam. masukkan sekali garam dan perasa. masak seperti biasa. bila nasi sudah hampir masak, masukkan epal hijau tadi. dah biar sehingga nasi masak. selamat mencuba ye..


p/s - kuantiti bahan2 tu korang agak2 lah ye =)




No comments: