Posts

Showing posts from October, 2012

Malas Berblog.

Image
Assalammualaikum..

Tahun 2012 ni merupakan Tahun Malas Berblog. Aku rasa bukan aku sorang je malas nak berblog, ramai lagi blogger kat luar sana yang alami situasi yang sama. Sebab aku tengok ada yang post sebulan ada dua ke tiga entri je. Kalau dulu sehari berentri - entri. Sampai tak terkejar nak membacanya.


Ada ketikanya memang dah semangat nak naikkan entri ni tapi bila dah nak taip, terus close balik. Idea terbang ntah ke mana. Nampak sangat ketika itu idea dan tangan tak mahu bekerjasama! Maka, bersawanglah blog berkurun lama.. (baik punya alasan! padahal malas nak berfikir!)


Tapikan, walaupun malas tahap dewa sekali pun. Aku tetap jenguk jugak blog aku ni. Tengok entri baru kekawan walaupun tak BW sangat :') Cuma itulah tadi, malas bena nak taip entri baru. Idea ada je sebenarnya, tapi MALAS tu je lebih mendominasi.


huargghh! ngantuk dan MALASNYER nak taip entri...


p/s - sumber gambar dari SINI.



Juadah Di Hari Raya Korban.

Image
Assalammualaikum..

Pagi tadi, gigih sungguh aku masak walaupun hanya aku seketul je di rumah ni. Dari Majalah Rasa sampailah ke Google, aku usha resepi. Macam nak bagi makan 100 orang je gayanya. Tapi hakikatnya aku makan sorang je. Tapi tak apalah. Sekali - sekala merenyahkan dapur tu, best jugak. Maka, terhasillah juadah seperti gambar di bawah :)






AdaNasi Hujan Panas (pestime ai masak u ~ menjadik jugak ~ alhamdulillah), Roti Jala, Rendang Tok, Jelatah dan Kari Ayam. Cheese kek tu aku beli. Malas nak buat. Uhuks! Sejak dah nak merangkak ke angka 30 tahun ni, buah - buahan sering saja menjadi tetamu wajib dalam peti sejuk. Coke tu pulak memang kena ada time raya. Kalau tak raya jarang dah minum. *Ye ke jarang? (-.-')


Dan bila dah siap terus rasa kagum pada diri dan terus rasa nak kahwin cepat - cepat sebab nak bagi suami makan. Eceh! Tapikan..masak sedap macam mana pun, tetap tak best bila makan tanpa keluarga. Takde nak berebut dengan anak buah. Takde nak sibuk tanya itu ini de…

SALAM AIDILADHA :)

Image
Assalammualaikum..

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA. Pada yang balik kampung, hati2. Pada yang tak balik kampung, jangan nangis ye sebab aku pun x balik *bertabahlah wahai hati ~ sambil tepuk bahu sendiri..

Buat family di kuching silalah berhenti menghantar SMS yg berbunyi seperti ini “deng, kmk orang polah kuih bahulu, ketupat, kek lapis india, kek belacan,ayam masak merah dan bla-bla-bla...”

Tahukah kalian saya di sini hanya mampu membuat ‘Rendang Tok Kesedihan, ‘Nasi Briyani Jeles Kemain’ dan ‘Kari Ayam Jiwa Kacau’? *ayat PENAIP novel sungguh! Hahaha.

Apa2 pun selamat hari raya aidiladha sekali lagi. Maaf kalau ada salah & silap (^_^)V


p/s - sama je dengan status aku kat FB..malas betul nak berfikir..huhu..




Buku Cerita Pengembaran Di Lembah Terasing (Enid Blyton)

Image
Assalammualaikum..
Dulu masa aku sekolah rendah, aku suka baca buku karya Enid Blyton. Tapi dalam banyak - banyak karya dia, koleksi PENGEMBARAAN yang paling aku suka. Suka yang amat! Sampai sekarang aku boleh ingat sikit - sikit jalan citer dia. Dan sampai sekarang aku cari buku ni tapi tak jumpa - jumpa :'( dulu aku baca yang ada kat library sekolah je. 





Inilah dia buku pertama tentang pengembaran yang aku baca iaitu Pengembaraan di Lembah Terasing. Ya Allah, serius best! Nama watak dorang berempat ni, Philip, Jack, Lucy dan Dinah. Tak lupa juga dengan burung kakak tua yang bernama Kiki!

Dalam siri pengembaraan ni, dia ada 8 tajuk :

1. Pengembaraan Di Pulau
2. Pengembaraan Di Istana
3. Pengembaraan Di Lembah Terasing
4. Pengembaraan Di Lautan
5. Pengembaraan Di Gunung
6. Pengembaraan Di Kapal
7. Pengembaraan Di Sarkas
8. Pengembaraan Menyusuri Sungai

Tajuk asal Bahasa Inggeris pula ialah

1. 1944 The Island of Adventure
2. 1946 The Castle of Adventure
3. 1947 The Valley of Adve…

Resepi Asam Pedas Melaka (step by step)

Image
Assalammualaikum..

Sebelum aku teruskan entri ni aku nak mintak maaf dekat orang Melaka kalau resepi yang aku bagi ni salah ke, terkurang bahan ke apa. Sebab aku belajar pun dari mulut ke mulut. Lepas tu aku buat ikut citarasa aku sendiri. Jadi rasa dia takdelah sampai 100% sama dengan asam pedas pure Melaka tu ye :) harap maklum. Perasan tak tajuk dia kemain lagi step by step. Ceh!

Okey, bahan - bahan dia :
Cili kering direbus dan buang airnya. Bawang merah besar kunyit hidup sedikit belacan ikan (sukatilah nak guna ikan apa pun) terung tomato minyak masak air asam jawa
garam & gula secukup rasa (aku guna perasa)

Cara membuatnya :



Mula - mula, blend cili kering, bawang, kunyit dan belacan dengan menggunakan sedikit air. Berapa kuantiti bahan2 ni? Err..kau agak2 jelah. Yang aku buat dia jadi banyak tu. Buat asam pedas memang kena banyak bahan kisar dia..(ceh, bajet terer sangat masak asam pedas..kehkehkeh)


Lepas blend, kita panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar tad…

Filem Aku Terima Nikahnya - Best Ke Tak?

Image
Assalammualaikum..

Kalau semalam citer pasal beger samurai mekdi dan zinger double down kepsi, tapi hari ni pasal filem Aku Terima Nikahnya pulak ye. Rasanya suma sedia maklum yang citer ni dah release 11 October lepas. 




Inilah dia peneraju utama filem ni, Nora Danish dan Adi Putra. Aku terpengaruh dengan iklan dia, jadi sebab itulah aku sibuk nak pegi tengok. Tapi biasalah kan, bab promotion mestilah kene buat terbaek dari ladang punya. Alah, nak tarik perhatian penonton untuk tengok. Biasalah tu. 

Tapi bila dah tengok sendiri dengan mata yang berkaca mata ni, akhirnya aku terpaksa menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi - Indah Khabar Dari Rupa! Kenapa? Tak best ke?

Nak kata tak best sangat taklah. Tapi jalan citer dia slow. Aku menguap dua tiga kali. Baru suku cerita dia aku dah bosan. Bila masuk setengah citer dia, aku dah tak sabar - sabar nak citer ni habis. Ke aku yang takde perasaan langsung masa tengok citer ni? Cis!
Ok, aku bagitaulah macam mana citer dia. Kisah ni pasal …

Kfc Zinger Double Down & Mcd Samurai Beef Burger - Sedap Ke Tak?

Image
Assalammualaikum..

Aku tak tahulah kenapa sekarang ni aku malas sangat nak updated blog. Dulu ye - ye je cakap nak updated blog setiap hari tapi sekarang? Sebulan dua tiga kali pun susah. Kadang - kadang aku dah semangat nak taip entri baru ni, tapi bila dah buka new post segala, terus tak jadi menaip. Draf kemain banyak lagi tapi post nya tidak. Yalah nak post macam mana kalau separuh entri pun tak siap :'( 

Tapi kan draf yang ada tu semua berkaitan dengan MAKANAN! Aku rasa aku nak tukar blog ni kepada blog makanan jelah. Sebab entri ni pun pasal makanan :-D Baca tajuk je dah tahu aku nak citer pasal apa kan?

Ok, minggu lepas aku try Zinger Doubel Down(rujuk gambar di bawah <---- dah macam dalam buku text pulak) kat kepsi. Mestilah kat kepsi takkan kat kedai mapley pulak kan? Rasa dia sedap jugak. Tapi cheese dengan meat dia tu tak rasa sangat. Mungkin rasa dia dah ditenggelami oleh kepingan ayam tu kut? Harga dia dalam berapa tah. Lupa pulak. Tapi bawah sepuluh inggit macam…

Ketam Lembut di Restoran Terapung

Image
Assalammualaikum..

Rasanya dah lama tak updated tempat makan. Jadi hari ni kita bersiaran tertunda di Restoran Terapung! Kat mana? Kat Kuala Gula, Taiping, Perak :-)




Masa aku sampai sini dalam sekitar pukul lima petang macam tu. Hujan renyai - renyai jadi jambatan dia ni agak licin.Hati - hati ye.


Nilah pandangan restoran terapung tu dari atas jambatan. Masa duduk tu ada pulak boat lalu. Terus terumbang - ambing restoran tu -.-' tapi jangan risau, keselamatan agak terjamin..insyaAllah :')




Suasana di atas restoran terapung. Memandangkan awal lagi jadi orang takdelah ramai sangat walaupun masa ni hujung minggu. Dengar citer malam - malam sini happening. Itu aku tak pasti.



Nampak tak macam kawasan berpetak - petak tu? Kat situlah tempat ikan dan ketam di letakkan. Kiranya fresh lah ikan dan ketam kat sini.





Oh ye, restoran ni bersebelahan dengan chalet seperti gambar di atas. Siapa rasa nak bercuti dengan family, mungkin sini salah satu tempat menarik kut. Kenapa ada kut? Sebab …