klik sekali~

Wednesday, October 17, 2012

Resepi Asam Pedas Melaka (step by step)

Assalammualaikum..


Sebelum aku teruskan entri ni aku nak mintak maaf dekat orang Melaka kalau resepi yang aku bagi ni salah ke, terkurang bahan ke apa. Sebab aku belajar pun dari mulut ke mulut. Lepas tu aku buat ikut citarasa aku sendiri. Jadi rasa dia takdelah sampai 100% sama dengan asam pedas pure Melaka tu ye :) harap maklum. Perasan tak tajuk dia kemain lagi step by step. Ceh!


Okey, bahan - bahan dia :

Cili kering direbus dan buang airnya.
Bawang merah besar
kunyit hidup
sedikit belacan
ikan (sukatilah nak guna ikan apa pun)
terung
tomato
minyak masak
air asam jawa
garam & gula secukup rasa (aku guna perasa)


Cara membuatnya :




Mula - mula, blend cili kering, bawang, kunyit dan belacan dengan menggunakan sedikit air. Berapa kuantiti bahan2 ni? Err..kau agak2 jelah. Yang aku buat dia jadi banyak tu. Buat asam pedas memang kena banyak bahan kisar dia..(ceh, bajet terer sangat masak asam pedas..kehkehkeh)



Lepas blend, kita panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar tadi. Oh ya, minyak pun kene banyak sebab kita nak bagi bahan kisar tu betul - betul masak.






Pekat giler bahan kisar aku ni. Kalau korang nak buat cair sikit pun takpe. Tapi aku suka masa blend tu letak air sikit je. Nanti cepat sikit bahan kisar ni garing.







Tumis bahan kisar ni hingga dia betul - betul garing. Aku ni kalau rajin memang aku tunggu sampai dia garing, kalau malas aku datang kejap je aku tumis bahan kisar ni -.-'







Okey, bila bahan kisar dah garing, kita masukkan air asam jawa.Masa ni campak terus garam & perasa.







Dah tu kau campak ikan. Biar dia berenang dalam tu. Aku lupalah apa nama ikan yang aku guna ni. Tapi yang selalu orang guna ikan tenggiri, kembung dan pari.





Kalau aku, lepas je aku humban ikan tu aku akan terus masukkan terung. Biar dia masak serentak dengan ikan. Kemain konfiden je aku yang dorang masak serentak. Heh!






Bila ikan dan terung agak 'mesra' dengan kuah dia. Barulah masukkan tomato. Mesra di sini maksudnya ikan dan terung dah hampir masak :')






Inilah dia rupa asam pedas Melaka aku masa dalam kuali. Kalau ada kacang bendi, daun kesum atau daun limau purut, kau masukkan jugak. Lagi sedap!






Akhirnya..inilah dia hasil asam pedas Melaka versi orang Sarawak. Nampak oily kan? Tapi bila makan yang ber'oily inilah sedap. Aku suka buat kuah dia pekat - pekat. Baru terangkat bila makan. Macamlah sedap aku masak sampai nak terangkat segala. Haha. Okeylah, selamat mencuba pada yang nak mencuba. Sape yang tak try tu boleh klik pangkah. Tapi entri dah nak habis pun :D



Okeylah, kalau salah bahan ke, step ke, ada yang tertinggal ke aku minta maaf zahir dan batin. Aku ni main belasah jugak masak. So far cara asam pedas aku ni kenalah dengan selera anak tekak cucu cicit aku. Apa - apa pun selamat mencuba! Bye - bye.



p/s - kalau dekat rumah sewa bolehlah aku tangkap gambar macam ni. Huhu.




4 comments:

Roz said...

suka gak mkn asam pedas...tp xtau nak masak...hihihi

Ezy Chiaki said...

terliur je tgok..
dh la tgh lapo ni..
huhu

Norliza Nordin said...

lain orng lain carenye kan.. hehhe

cara sy disini..http://sinarcintaku.blogspot.com/2012/06/resepi-asam-pedas-ibunda.html ^^

Fazlinil Irma said...

ya ampun.. my feveret dish.. kalau sepupu akak yg msak. akak boleh hirup kuah dia.. makan bertambah2..

slurrrppp.. telan liur..!! :)