Kfc Zinger Double Down & Mcd Samurai Beef Burger - Sedap Ke Tak?

Assalammualaikum..


Aku tak tahulah kenapa sekarang ni aku malas sangat nak updated blog. Dulu ye - ye je cakap nak updated blog setiap hari tapi sekarang? Sebulan dua tiga kali pun susah. Kadang - kadang aku dah semangat nak taip entri baru ni, tapi bila dah buka new post segala, terus tak jadi menaip. Draf kemain banyak lagi tapi post nya tidak. Yalah nak post macam mana kalau separuh entri pun tak siap :'( 


Tapi kan draf yang ada tu semua berkaitan dengan MAKANAN! Aku rasa aku nak tukar blog ni kepada blog makanan jelah. Sebab entri ni pun pasal makanan :-D Baca tajuk je dah tahu aku nak citer pasal apa kan?


Ok, minggu lepas aku try Zinger Doubel Down (rujuk gambar di bawah <---- dah macam dalam buku text pulak) kat kepsi. Mestilah kat kepsi takkan kat kedai mapley pulak kan? Rasa dia sedap jugak. Tapi cheese dengan meat dia tu tak rasa sangat. Mungkin rasa dia dah ditenggelami oleh kepingan ayam tu kut? Harga dia dalam berapa tah. Lupa pulak. Tapi bawah sepuluh inggit macam tulah.





Dan minggu lepas jugak aku try Samurai Beef Burger. Yang ni kat mekdi pulak. Bajet macam korang tak tau je kan? Haha. Burger ni pun okey. Cuma aku rasa prosperity burger sedap lagilah. Yang tak sedapnya Sakura McFizz tu (air dia tu). Siyes aku memang tak suka! Tak sedap! Selalunya kalau makan kat mekdi cenggini aku memang akan tukar air gas tu kepada milo. Entah kenapa malam tu aku mengada sangat nak try sakura mcfizz tu dan akhirnya aku habiskan dengan rungutan berpanjangan. Dahlah order yang Large punya! Oh ye, walaupun aku cakap tak sedap, tapi aku tetap usaha untuk habiskan airnya. Tak elok membazir -.-'







Itu jelah untuk review makanan kita hari ni. Eh, dandan kau buat review ye kathy? Apa - apa jelah kan. So, sape yang belum try dua jenis makanan ni, pegilah try. Bagi yang dah try tu, apa yang korang rasa? Sedap tak? Kalau tengok apa yang aku tulis tu macam average je rasa dia kan?Macam tak membantu langsung! Haha. 


Korang rasa dan nilai sendiri je k? Baru korang tau sedap ke tak. Oklah, bye :)



p/s - ayam kepsi hot & spicy menu yang paling aku suka + cheezy wedges. kat mekdi lak double cheese burger. ni antara menu yang aku suka sangat - sangat!


(sumber gambar dari gugel)




Comments

Fazlinil Irma said…
tak suke zinger burger tu.. MASIN sgt.. jenuh nak perabis makan..

yg samurai tu ok lg.. wpun sos dia manis sket..

Qhaifa Nur said…
sedapnya....
semua dah makan, kita je belum lagi hik..hik..
Namee Roslan said…
namee belum try lagi.nanti nak try. tapi kalau pedas sangat takmauu lah tak tahan pedas.hehe. :)) tapi yang samurai tu memang ramai gila orang yang order.. :D
ieda said…
tinaaa
akak punn lom sempat makan layie dikk huhuh

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.