klik sekali~

Thursday, October 18, 2012

Buku Cerita Pengembaran Di Lembah Terasing (Enid Blyton)

Assalammualaikum..

Dulu masa aku sekolah rendah, aku suka baca buku karya Enid Blyton. Tapi dalam banyak - banyak karya dia, koleksi PENGEMBARAAN yang paling aku suka. Suka yang amat! Sampai sekarang aku boleh ingat sikit - sikit jalan citer dia. Dan sampai sekarang aku cari buku ni tapi tak jumpa - jumpa :'( dulu aku baca yang ada kat library sekolah je. 






Inilah dia buku pertama tentang pengembaran yang aku baca iaitu Pengembaraan di Lembah Terasing. Ya Allah, serius best! Nama watak dorang berempat ni, Philip, Jack, Lucy dan Dinah. Tak lupa juga dengan burung kakak tua yang bernama Kiki!


Dalam siri pengembaraan ni, dia ada 8 tajuk :


1. Pengembaraan Di Pulau
2. Pengembaraan Di Istana
3. Pengembaraan Di Lembah Terasing
4. Pengembaraan Di Lautan
5. Pengembaraan Di Gunung
6. Pengembaraan Di Kapal
7. Pengembaraan Di Sarkas
8. Pengembaraan Menyusuri Sungai

Tajuk asal Bahasa Inggeris pula ialah

1. 1944 The Island of Adventure
2. 1946 The Castle of Adventure
3. 1947 The Valley of Adventure
4. 1948 The Sea of Adventure
5. 1949 The Mountain of Adventure
6. 1950 The Ship of Adventure
7. 1952 The Circus of Adventure
8. 1955 The River of Adventure
 

Yang aku dah baca Pengembaran Di Lembah Terasing, Pengembaran Di Sarkas, Pengembaraan Di Lautan dan Pengembaraan Di Gunung.  Jadi, ada empat tajuk lagi aku tak baca. Nafsu nak memiliki kesemua citer ni tak pernah pudar. Sejak dulu hingga kini walaupun usiaku sudah mencecah 26 tahun. Ehem :)



Buku ni buku lama jadi agak payah nak cari sekarang kut. Tapi sungguh! Aku nak buku - buku ni. Sebab bila aku baca buku ni aku rasa memang aku berada dalam citer tu. Latar tempat yang aku bayangkan masa kecik ketika baca buku ni sampai sekarang masih ada dalam kepala otak aku ni. Aku pernah suruh anak buah aku cari dekat library sekolah dorang tapi dia cakap takde. Hurm.


Err..korang pernah tak baca karya Enid Blyton ni? Aku rasa karya dia ni memang popular jadi mesti ramai yang tahu tentang karya - karya diakan? Pernah tak baca siri pengembaraan ni?



p/s - cerita macam ni nampak ringan tapi sarat dengan nilai - nilai murni dalam hubungan adik - beradik & persahabatan :')



(sumber gambar dan senarai tajuk buku dari SINI. tuan punya blog ni dah umur 30an pun still suka baca citer ni tau..hihi)

9 comments:

Nieda said...

memula baca buku cerita masa umur 8-9 th. dpt buku byk dr makcik yg kerja cikgu KEMAS. dia dpt stok , bagi akak pinjam dulu.
mcm kita sama dlm dunia fantasi tu juga. mcm citer alice and wonderland, cinderella...dan yg seangkatan dgn nya.best sungguh.

ieda said...

hurmm x pernah pula baca buku macam nie .. ;)

Namee Roslan said...

enyd blyton dulu rajin gak namee baca. tapi english punya. cerita dia best ! btw, terima kasih kathy sebab doakan kesihatan saya :)

ejulz said...

hehe.. cam best jak buku ya.. hehe

Mohd Erwan kamaludin said...

Betul ape yg admin ckp..ms tu sy sekolah di teluk sengat kota tinggi johor tahun 93-95 kot darjah 1-3 ..sanggup x makan ms rehat semata2 nk baca buku ni..bila waktu rehat habis sorok buku bawah rak sambung baca esoknya..rase mcm ikut diorang mengembara sekali.

Mohd Erwan kamaludin said...

Mmg btl tu admin rase mcm ada dlm sebahagian buku 2.hr ni br sy dpt ingt n jumpa tajuk buku ni..dulu masa sekolah rendah waktu rehat sanggup x makan nk baca buku ni dlm library... siap sorok bawah rak buku nk smbung baca sampai habis.

Mohd Erwan kamaludin said...

Betul ape yg admin ckp..ms tu sy sekolah di teluk sengat kota tinggi johor tahun 93-95 kot darjah 1-3 ..sanggup x makan ms rehat semata2 nk baca buku ni..bila waktu rehat habis sorok buku bawah rak sambung baca esoknya..rase mcm ikut diorang mengembara sekali.

mek marang said...

Saya pom antara penggemar enid blyton..sampai skang cr buku ni...tp xjumpa...

Patrick Honn said...

aku ada set lengkap koleksi ini..