Filem Aku Terima Nikahnya - Best Ke Tak?


Assalammualaikum..


Kalau semalam citer pasal beger samurai mekdi dan zinger double down kepsi, tapi hari ni pasal filem Aku Terima Nikahnya pulak ye. Rasanya suma sedia maklum yang citer ni dah release 11 October lepas. 





Inilah dia peneraju utama filem ni, Nora Danish dan Adi Putra. Aku terpengaruh dengan iklan dia, jadi sebab itulah aku sibuk nak pegi tengok. Tapi biasalah kan, bab promotion mestilah kene buat terbaek dari ladang punya. Alah, nak tarik perhatian penonton untuk tengok. Biasalah tu. 


Tapi bila dah tengok sendiri dengan mata yang berkaca mata ni, akhirnya aku terpaksa menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi - Indah Khabar Dari Rupa! Kenapa? Tak best ke?


Nak kata tak best sangat taklah. Tapi jalan citer dia slow. Aku menguap dua tiga kali. Baru suku cerita dia aku dah bosan. Bila masuk setengah citer dia, aku dah tak sabar - sabar nak citer ni habis. Ke aku yang takde perasaan langsung masa tengok citer ni? Cis!
 

Ok, aku bagitaulah macam mana citer dia. Kisah ni pasal suami - isteri yang baru kahwin. Dalam keadaan mood bulan madu tu si suami pulak accident. Terus hilang ingatan. Tapi dia ingat perkara yang terjadi sebelum dia kahwin je. Perkara yang dia kenal bini dia langsung dia tak ingat. Haa..kau bayangkan macam mana si isteri dia nak handle suami dia? Oh ye. Nama Nora dalam citer ni Alisa dan Adi Putra sebagai Johan (aku pun tak berapa ingatlah..hesy!)


Konflik dia bila Johan rapat dengan kawan baik Alisa. Alisa jeles. Terus mintak cerai. Memandangkan citer ni hepi ending jadi korang pun tau lah kan sama ada dorang cerai ke tak. Hehe. Malas betul aku nak review lebih - lebih ni.



 



Tapi siyeslah, aku tak dapat nak terima sangat citer ni. Nasib baik latar tempat dia cantik. Dan Nora dan Adi nampak sepadan. Sekurang - kurangnya boleh jugak menyelamat mood aku dari terus letak citer ni di paras takde bintang langsung! Gambar kat atas ni antara scene romantik dorang. Eh, citer ni banyak jugak scene laga - laga hidung ke pipi. Erk! 



Jadi, kesimpulannya kat sini, citer ni takdelah best sangat pun. Bolehlah takat suam - suam kuku. TAPI.. Lain orang lain pandangannya. Mungkin dari pandangan aku citer ni tak best, mana tau daripada pandangan korang citer ni best. Siapa tau kan? So, kalau nak tau best ke tak, pegilah tengok. Sekadar menyokong filem tempatan pun dah kira okey apa? Tetiba je eh. Okeylah, bye!



p/s - harap - harap mood menaikkan entri berterusan :')



 (picture dari gugel)


Comments

Jane. P said…
paduhal camya jalan crita nya.. ariya dak kwn kmek beria-ria ngajak nangga wayang cta tuk . tp x pergi hehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.