Posts

Showing posts from 2014

Pregnant!

Assalammualaikum.. 4 bulan lebih dah jadi bini orang. Alhamdulillah. Dah pregnant? Belum lagi. Tengah usaha ni ;p Sebenarnya aku memang nak cepat2 ada anak, tapi soal anak ini Allah yang tentukan--bukannya macam kau nak beli barang. Pergi kedai--bagi duit--barang dapat. Kadang2, barang kau nak tu pun belum tentu ada. Kena cari kedai lain.  Walaupun usia perkahwinan masih baru kata orang, tapi lain orang dah sibuk tanya pasal anak. Apatah lagi kawan teman saudara mara cucu dan anaknya yang baru kahwin, eh2 terus bunting pelamin. Aku pun teringin jugak bunting pelamin tapi dah tak bunting2 nak buat macam manakan? Masa aku balik raya hari tu, di kuching--adalah mak cik ni tanya soal yang sama iaitu, "dah ada isi ke?" "belum."aku jawab sambil sengih2.  "cepat2 sikit ada isi..kau tengok anak mak cik dua orang tu, laju aje mengandung. cepat sikit bagi anak. barulah suami sayang.." "kiranya masa anak mak cik baru kahwin tu suami

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Image
Assalammualaikum.. Sebenarnya kan, aku dengan encik suami bukannya honeymoon sangat pun di Sabah hari tu (bulan 6 punya cerita, bulan 9 baru updated! tepuk tangan sikit! heh!) tapi lebih kepada jalan - jalan dan makan - makan. Yalah, baru kahwin kan, nak jugak habiskan masa bersama. Berdua. Jauh dari hiruk - pikuk kota. Ayat..itu pun tak pasti betul ke tidak ayatnya huhuhu~ Encik suami pergi ambik kunci. Seperti tajuk dan gambar di atas, korang sedia maklumlah kan yang kami menginap di Kiram Village di Mesilau, Kundasang. Selalunya orang honeymoon ambik hotel yang best2 sikit, tapi alahhh itu honeymoon orang. Kita buat honeymoon kitalah kan? Ikut bajet sendiri. Yang penting dapat habiskan masa berdua *senyum* Lepas makan tengah hari di Ladang Teh Sabah, terus bergegas check in kat sini. Encik suami dah booking awal kat sini. Time pergi ni school holiday, jadi penuh aje. Nasib booking awal. Lega.. Masa ni dalam pukul 1 lebih kalau tak silap. Cuaca memang pana

Cerita Raya Di Pagi Raya (2014)

Image
 Assalammualaikum~ Raya tahun ni special sikit. Yalah, raya sebagai isteri orang. Tapi sebenarnya sama je. Kalau pergi rumah orang dapat duit raya ke, dapat tajaan bulan madu ke 'landen' ke, okey jugakkan? Amboi demand! ;D Kalau tahun lepas soalan cepu emas bertakhta perak yang paling popular adalah,  "bila nak kahwin ni?" soalnya dengan nada macam nak makan penampar. TAPI, tahun ini soalan agak advanced sikit. Ia berbunyi begini;  "dah ada isi ke?" ajunya sambil pandang perut buncetku T_T Leklu. Aku baru dua bulan kawen kut? Inai di jari masih ada lagi ni. Kang aku ekspress sangat bagi anak kang ada pulak yang bukak channel atsrokk bawah tanah. Heh!  Tapi tak apalah~ moga - moga pertanyaan itu menjadi satu doa. Aku memang nak dapat anak secepat yang mungkin. Encik suami pun sama. Ehem~ Okey2. Bukak topik lain--baiklah. Kita tengok gambar sepanjang pagi raya.  Seperti tahun - tahun sudah, permulaan pagi dimulakan dengan

Ladang Teh Sabah (Antara Tempat Menarik Di Sabah)

Image
assalammualaikum..  11/6/2014 (rabu) - 14/6/2014 (sabtu) yang lalu2 *banyak lalunya sebab dah lamakan T_T* aku dengan encik suami ke kota kinabalu (kk). honeymoon katanya. tapi sebenarnya lebih kepada jalan - jalan. yelah, kalau honeymoon kenalah masa berdua lebih dalam bilik kan? tettt~ tapi kami tak. berjalan aje kejanya ;) dan entri di kk ni (kk, kundasang & ranau) aku tak letak ikut hari pertama, kedua ke apa, tapi aku ikut tempat yang kami pergi. bukan apa, kalau aku buat part 1, part 2, silap hari bulan akan ada part 1 je -.-' kami sampai airport kk sebelum pukul 8 pagi lagi. flight pukul 6 lebih sikit. sampai aje kete sewa, terus ke kundasang. walaupun aku masuk ni dah 3 kali pergi, tapi aku tetap tak ingat jalan. nasib baik encik suami bawak gps. senang keja *senyum*. memandangkan tak breakfast, kami singgah makan nasik ayam dulu. aku ni memang sentiasa lapar nasik T_T dekat mana? kat sabahlah. *padahal aku tak ingat nama tempat tu* tempat makan tu sebelu