Tuesday, July 1, 2014

Ladang Teh Sabah (Antara Tempat Menarik Di Sabah)

assalammualaikum.. 


11/6/2014 (rabu) - 14/6/2014 (sabtu) yang lalu2 *banyak lalunya sebab dah lamakan T_T* aku dengan encik suami ke kota kinabalu (kk). honeymoon katanya. tapi sebenarnya lebih kepada jalan - jalan. yelah, kalau honeymoon kenalah masa berdua lebih dalam bilik kan? tettt~ tapi kami tak. berjalan aje kejanya ;) dan entri di kk ni (kk, kundasang & ranau) aku tak letak ikut hari pertama, kedua ke apa, tapi aku ikut tempat yang kami pergi. bukan apa, kalau aku buat part 1, part 2, silap hari bulan akan ada part 1 je -.-'


kami sampai airport kk sebelum pukul 8 pagi lagi. flight pukul 6 lebih sikit. sampai aje kete sewa, terus ke kundasang. walaupun aku masuk ni dah 3 kali pergi, tapi aku tetap tak ingat jalan. nasib baik encik suami bawak gps. senang keja *senyum*. memandangkan tak breakfast, kami singgah makan nasik ayam dulu. aku ni memang sentiasa lapar nasik T_T dekat mana? kat sabahlah. *padahal aku tak ingat nama tempat tu* tempat makan tu sebelum naik ke kundasanglah hehe.






setelah ke kiram village untuk confirm'kan booking kami, kami terus ke sabah tea. memandangkan plan kami dua malam di kundasang, jadi takdelah nak rushing sangat ke tempat itu ke tempat ini. baik, jom kita lihat apa yang menarik di sini :)







jalan masuk sini tak ber'tar. tahukan tar tu apa? kiranya tak berturap. gambar atas ni masa kami dah nak balik. masa ni jugak mereka sedang baiki jalan. nasib baik jalan masuk dalam ni tak macam masuk ladang teh di cameron yang pusing sana, curam sini. dan tak jauh sangat daripada jalan besar. oh ye, masuk adalah free~













ladang teh di sini biasa - biasa je. tak secantik di cameron. macam tak terjaga sangat pokok teh dia pun ada jugak. tapi, walaupun tempatnya biasa - biasa je, aku tetap nak ke sini lagi nanti. insyaAllah next year. dengan family adik - beradik aku pulak. 








kami jalan dekat - dekat dengan tea house dia je. sambil jalan, sambil bergambar. bila dah pegi berdua aje, monopod perlu ada. itu yang sana - sini aku bawak benda tu ;D








masa tengok tea house ni memang dah plan dah nak makan. masa ni dah tengah hari. dalam pukul 12 lebih kut. 







ini clayport chicken with rice. pilihan encik suami. nampak macam biasa2 aje kan? tapi harga dia RM15 tau. nasib baik sedap. *memandangkan bulan puasa, jadi bertabahlah wahai umat sekalian*









ini pulak pilihan aku. beef mushroom with white rice. ni murah sikit. RM12. dan sedap jugak. ke kami berdua memang lapar sampai yang tak berapa sedap pun jadi sedap? hurm~ 









air pulak aku ambik ice lemon tea yang harganya RM5 dan encik suami ambik tenom black coffee yang harganya  RM4.50. total semua makan dan minum kat sini RM 36.50 + RM3.65 (service tax) = RM 40.15. Kemain detail lagi aku bagi harga dia. yelah, resit ada simpan lagi hehe.








encik suami dah tersenyum kenyang. dah kahwin ni memang banyaklah wajah beliau dalam blog ni ;p oh ye, walaupun makanan agak mahal, tapi berbaloilah sebab service dia laju. walaupun masa tu agak ramai jugak yang makan kat situ. bersih jugak. dan yang paling best, dapat tengok kehijauan alam. sunyi je kawasan ni. tenanggggg jiwa dan raga :)








sini jugak ada kedai jual teh sabah. handicraft. dalam restorant ni jugak. jadi singgahlah kejap. beli teh sabah untuk buah tangan. dan aku beli teh sabah perisa pandan. serius sedap! menyesal pulak beli sikit :'(








model tak berbayar. mestilah ada di merata2 -.-' 






walaupun pokok tehnya tak sehebat cameron highland tapi kalau dah nama pun ciptaan Tuhan, tetap ada keistimewaannya :') sape yang nak holiday ke kundasang, singgahlah sini.






dan inilah view yang kami lihat sambil makan2, sembang2 dan gurau2. hikhikhik. okeyla, nanti jumpa di next entri. mungkin entri pasal sabah lagi. mungkin jugak pasal entri lain.


alamat : 

SABAH TEA RESORT SDN. BHD. 
Km 18 Kg, Nalapak Ranau,
Locked Bag 2, 89309 Ranau, Sabah. 

tel : 088 - 879220, 440882 (KK) fax : 088 - 879220 


p/s - selamat berpuasa pada semua :)



3 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer !!

Jazz Lover said...

Best eh dapat jalan2..

ejulz said...

nyaman juak rupa beef mushroom ya.. hhehe


Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih