Posts

Showing posts from March, 2011

Esok Balik Kuching.

assalammualaikum & hi.

dah lunch? aku lunch nasi lemak je walaupun dak ujang cakap tak berapa elok kan *memang tak elok pun* tapi tak apa sebab aku jarang makan nasi lemak :)

jap tadi bau pas singgah kat blog abang ben. betul cakap dia kalau nak sihat & cantik kena bersenam dan jaga permakanan. kalau korang nak tau lebih lanjut, singgah kat SINI. tapi bila cerita pasal kesihatan ni terus teringat kat mak yang sedang terlantar di hospital :'(

sebenarnya aku dah boking tiket balik Sarawak 16/4 ni macam yang aku cite kat SINI. tapi dua hari lepas mak masuk hospital. kakak cakap mak kena appendik dan perlu operate. lepas tu doktor pun dah ambik jugak mak punya sample daging kat breast mak. macam yang aku citer kat SINI dulu.

bila dengar berita macam ni terus aku discuss dengan abang aku yang kat miri untuk balik esok. yela time ni aku kat ipoh. jadi semalam terus boking tiket balik kuching untuk flight esok. abang aku lak dari Miri jadi dia balik hari ni.

semoga mak cepat sembuh. …

Perempuan Tak Suka Bila Lelaki....

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

Image
assalammualaikum & hi.


abang ben kita buat segmen lagi. aku nak join ni, pada sape2 nak join meh klik SINI.

p/s - komen jangan tak komen tapi komenlah secara berhemah..heeee~

Roti Tisu Tinggi Punya!!

Image
assalammualaikum & selamat malam.

aku baru je lepas makan durian! malam2 pun aku bantai jela sebab lama sangat tak makan. lagipun kat perak ni musim buah durian jadi sebelum aku balik kuching, baik aku makan puas2 dulu.

tapi bila dah makan durian tiba2 je aku teringin nak makan roti telur. lagipun masa duk ipoh ni asyik makan nasi kandar je tapi nasi kandar kat pekan lama..memang sedap! heee~ kalau kat seremban lak selalu jugak aku ni lepak kedai mamak. bukan apa tumpang on9. lagi2 bila brdband kene block! *kantoi tak bayar bil*

tapi yang bestnya kat kedai mamak ni, dia ada roti tisu! tinggi punya!! tak caye?? meh tengok gambar aku kat bawah ni..



~ hah kau! aku yang tinggi 164cm ni pun dah nampak pendek semacam je -.-'walaupun aku tau si roti tisu ni tinggi disebabkan oleh bantuan si meja~

so, appa amma ada percaya ka?? tapi yang kat atas ni bukan aku yang order okay. aku tumpang kejap, nak ambik gambar! jakun kan? tak kisah, yang penting benda ni memang tak pernah aku jumpa. hihih…

Semuanya Tentang Mak & Bapak.

Image
assalammualaikum & hi.

hari ni mood aku asyik nak buat entri pasal family aku je. sape rasa tak nak baca, abaikan jelah ye.


erm, biar aku mula dengan bapak.

umur bapak dah nak cecah 70 tahun. bapak aku tak sekolah. tapi bapak boleh baca sikit2 tulisan rumi. tapi kalau baca al-quran dan tulisan jawi memang bapak pandai sekali. bapak keja biasa2 je. masa aku kecik bapak keje ambik kayu 'pancang'. lebih kurang macam kayu api. lepas tu bapak keje guard kat kilang kat kampung aku. dalam 10 tahun. tapi bila abang - abang aku dah keje, diaorang sume tak bagi bapak keje lagi. kiranya masa aku kat U sume adik beradik aku yang paling banyak support.

walaupun aku tak rapat sangat dengan bapak, tapi bagi aku bapak seorang yang penyayang. dia tak pernah pukul kita orang, apatah lagi nak marah2. biarpun bapak tak sekolah, tapi bapak memang bersikap terbuka dengan kita orang adik beradik. dan bapak selalu lebihkan aku kalau benda berkaitan dengan makanan. aku bangga sebab punya bapak macam E…

YA ALLAH, sesungguhnya aku bermohon kepadaMU.

Image
assalammualaikum & hi.

malam semalam langsung tak on9. mood hilang, hati terbang entah mana perginya. yang aku tau aku dah tak sabar nak balik kuching. tapi 16/4 macam terlalu lama lagi. aku rindu dengan mak. aku rindu dengan bapak. rindu adik - beradikku & anak - anak2 buah ku. lagi - lagi mak tak berapa sihat sejak kebelakangan ini.


YA ALLAH, sesungguhnya aku bermohon kepadaMU. KAU sembuhkanlah mak aku. KAU kurangkanlah penderitaannya YA ALLAH. amin.

p/s - mak, tunggu kepulangan anakmu ini.





Blogger Lama Tak Semestinya Ada Apa Yang Blogger Baru Ada.

Bila Hati Bersuara.
Kadang – kadang hati tertanya – tanya,Kenapa aku tak seperti dia?Kenapa aku tak seperti mereka?
Namun hati kecil pantas bersuara,Kenapa nak jadi macam dia?Kenapa nak jadi macam mereka?Sedangkan mereka tiada apa yang kau ada,Dan mungkin ada di antara mereka inginkan apa yang kau ada..
Jadi bersyukurlah dengan anugerahNya..
p/s - lebih kurang macam tu lah dunia berblog ni. tipulah kalau ada yang cakap tak nak jadi macam blogger2 yang dah makin menyerlah. lagi2 blogger baru macam aku. tapi jangan lupa, blogger2 yang dah menyerlah tu lum tentu ada apa yang kita ada. *lagi2 cara penulisan & idea*. so, kita adalah kita. apa yang baik yang diaorang (blogger yg menyerlah) kongsi kita ambiklah sebagai rujukan. apa2 pun teruskan berblog tak kisah baru ke lama. yeeehaaa!! *kenapa aku rasa bahasa aku ni tunggang langgang?? -.-'

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Image
assalammualaikum & hi.

kejap tadi join segmen abg ben, ni nak join segmen en.hasrul lak. heee~ sape2 nak join meh klik SINI.



soalan nampak senang tapi susah jugak nak jawab ni. huhuhu~ kenapa blog saya perlu trafik ye?? okaylah, ni jawapan yang jujur dari saya. erm, sebenarnya sape2 dah ada blog pasti nak ada pengunjung. sekurang2nya ada jugak yang sudi singgah membaca hasil tulisan kita. lagi2 yang sudi memberi komen. jadi bila ada pengunjung makin semangat nak berblog. lagi2 blogger baru macam saya.ermm~

memandangkan saya orang sarawak jadi banyak benda saya nak share kat semua. bukan tak ada blogger sarawak yang lain tapi blog ini dari sudut pandangan saya pulak. dan kat blog saya ada RESEPI MASAKAN SARAWAK, TIPS DAN INFO, dan BELAJAR BAHASA SARAWAK. yang lain tu biasalah penuh dengan cerita2 sendiri. heeeee~

tapi apa2 pun, saya pun punya target supaya trafik kat blog saya cecah 10k dalam masa 5 tahun lagi. agak2 leh tercapai tak??heeee~ bukan apa target kenelah realistik kan?

okay…

GEGAR BLOGGER BARU (Bila Abg Ben Berpayung Pink) Hahaha!!

Image
assalammualaikum & hi.

x mo cakap banyak sebab aku nak join segmen abang ben kita ni. sapa nak join meh klik SINI.
*aku nak gelak dulu sebelum komen pasal gambar2 ni..hahaha!!* maaf ye abang ben! heee~


alala comey ^^,



errr..ganas lah pulak!!

okay abang ben, ni gambar yang saya pilih dan di ambik kat entri Chess..aku kene ngorat siot ngan jantan!

sebab saya pilih gambar ni?? bukan apa masa tengok gambar ni memang nak gelak je! hahaha.. sebab tu ambik 2 gambar, nak tengok perbezaan! tak sangka abang ben pandai buat muka comey! walaupun muka macam ganas semacam je..hahaha! *gelak lagi!* adoi! apa2 pun gambar ni paling best!!

okay, ni soalan yang serius sikit pasal kenapa nak jadi blogger. erm, sebenarnya buat blog ni sebab lecturer yang suruh. hee~ kalau nak cakap saya ni ikut tren masa kini rasanya tak kut. yela ada orang ni bila cakap pasal fb sibuk buat fb bila cakap pasal twitter sibuk buat twitter tapi saya lebih suka buat benda yang saya rasa sesuai dengan diri saya. sebab itu saya …

Isteri Yang Dibohongi.

Isteri Yang Dibohongi.