klik sekali~

Sunday, March 27, 2011

Bila Pliers Kukatakan Spana!

assalammualaikum & hi.

semalam langsung tak ada entri baru kat blog sebab aku busy temankan 'abang sayang' beli barang kerja dia kat hardware. siap tolak troli lagi tu. kalau kat tesco ke, jusco ke atau kedai runcit sekali pun aku reti lah nak pilih apa yang patut tapi ni kat hardware! sampaikan pliers aku katakan spana. huh! aku memang buta bab tools macam ni. -.-'

yang tak tahannya bukan main mahal lagi benda - benda tu. tu pun tak cukup lagi tools yang dia nak sebab apa yang ada kat kedai tu tak ada berkenan kat hati dia. *kalau aku mesti main rembat aje*.

masa tu bosan pun ada jugak sebab barang - barang sume out of my list!! heeee~ tapi demi yang tersayang, aku sangguplah jugak temankan dia. sebab sebelum ni asyik dia je temankan aku beli barang dapur. huhuhu~ kiranya sekarang turn aku pulak temankan dia.

tapi bila difikirkan balik ok jugak ikut dia pergi tempat macam tu, sekurang - kurangnya aku tau dah sedikit sebanyak tentang tools tu. yela, last aku main dengan benda - benda ni masa aku form 2 dulu. masa tu ada kelas ekonomi rumah tangga or kemahiran hidup. antara dua tu lah tapi tak ingat yang mana satu.heeee~

okaylah, aku nak makan ni. lapar pulak! korang jangan lupa makan tau.

~love ya~

p/s - kepala sakit - sakit je ni -.-'




No comments: