Kenapa Lelaki Suka Tunjuk Organ Intim? Part 1.

Assalammualaikum & hi.

Tiba – tiba je aku nak buat entri pasal ni. Bukan apa, aku penah jumpa lelaki yang macam ni. Korang penah jumpa tak? Harap – harap tak akan berjumpa dengan orang yang ntah apa – apa ni kan? Tapi terfikir jugak kenapalah lelaki jenis ni suka tunjuk organ intim mereka??Ermm, apa – apa pun entri part 1 ni aku nak cerita pengalaman aku tu dulu k.

Dulu masa aku study kat Melaka, aku duk kat rumah sewa area Hang Tuah Mall. Betul – betul atas BSN kat area tu. Rumah kedai je tapi dekat dengan kampus aku jadi kira oklah kan walaupun sewanya agak mahal..huhuhu~ tapi tak apalah sebab kita orang duk situ dalam 4 orang *di semester 4* jadi taklah terasa sangat.

~tempat aku menuntut ilmu sambil berusaha menghabiskan duit PTPTN dengan jayanya~

Pada suatu hari tu, *bukan main skema lagi ayat* kawan aku dok kecoh cakap ada lelaki gila yang tunjuk ‘anu’ dia kat belakang rumah kami. Memandangkan rumah kami kat tingkat atas jadi lelaki tu bersandar kat belakang sebuah rumah perumahan yang berhadapan dengan rumah kami tapi mata dia menghala kat rumah kami ditingkat atas.

Kebetulan pulak, atas rumah kedai tempat aku menyewa tu memang ramai student pempuan yang duduk. Jadi makin seronok lah dia. Tapi masa tu aku cuma dengar je dan tak pernah nampak sendiri dan berharap tak akan terjumpa atau ternampak lelaki yang kita orang panggil gila itu!

TAPI, masa aku dok sibuk basuh pinggan kat singki tiba – tiba aku TERnampak ulang sekali lagi ye TERnampak orang gila tu kat bawah melalui tingkap dapur rumah aku tu. Aku apa lagi lari dan panggil sume housemate aku. Masa tu memang aku takut sangat – sangat. Housemate aku sume pergi tinjau kat bawah untuk kepastian. Dan sah orang gila tu ada sambil pegang ‘anu’ dia. Kita orang apa lagi terus tutup tingkap dan pintu dapur *dan duk diam – diam*.

Lepas tu aku msg kawan aku sebab nak cite tapi yang tak tahannya dia boleh tanya lak “wei, besar tak dia punya?” hampas kelapa betul punya kawan! Nasib baik aku ni rabun dan tak suka pakai glasses *kontek lens lagilah tak penah pakai* jadi masa kejadian tu aku hanya nampak warna pakaian dia. Muka dia tak jelas apatah lagi ‘anu’ dia! Sungguh aku tak berapa nampak sangat.

Bila aku pindah kampus kat Kuching dalam semester 5, aku dapat berita dari x-housemate aku yang orang gila tu dah kena tahan dak polis. Alhamdulillah. Harap – harap lepas ni tak ada lagilah aku jumpa orang gila macam tu. Amin.

Eh! Bukan men panjang lagi entri aku ni.*baru perasan* Sekali sekala kan?*aku rasa setiap kali entri panjang je*. Apa – apalah kan. Jadi pengajaran dari cerita ni, SENTIASA BERWASPADA TAK KIRA DI MANA KITA BERADA!

Okaylah, jumpa di part 2 nanti. Kita selongkar siapa lelaki jenis ni sebenarnya.

p/s – rindu dengan x-housemate masa kat BSN (~.~) –dak deb, dak hen, dak suzan, dak dila, dak alit, dak sofi-

Comments

~emmie~ said…
as salam adeng..(nama sama cam adik kamek)..:)

penah nemu juak org laki cam ya... dalam kampus UTM skudai.. 2 kali..org yang sama..eee.. rasa nak tembak jak orang laki ya... bergegar lutut kmk time ya...nasib bukan sorang2 time ya.. huhu
kathy said…
ntah apa2 jak org mcm yela owh? gelik nyawa kita ngga nya..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.