Buah Jering??Aku Tak Makan ,Takut Air Kencing Berbau!
Aku tau, tajuk entri ni tidak akan menarik ramai orang untuk membaca sebab aku tau tak ramai yang makan buah jering , kan? Alasan – nanti air kencing berbau tapi aku rasa air kencing berbau lebih baik daripada kencing manis..betul tak? Dan setahu aku kalau dah namanya air kencing tu, dah sah – sah berbau cuma kalau makan jering dan petai bau dia lebih “kaw” (@.@)
Okay, tapi hari ni aku nak buat pengakuan sikit yang aku ni merupakan hantu jering dan petai..*dan tengah hari tadi aku dah melantak sepiring jering* sejak dulu lagi aku memang suka makan dua buah yang kureng digemari ramai ini..tapi korang jangan lupa, walaupun kedua – dua buah ni tidak sesedap ulam – ulaman yang lain, tapi khasiatnya tetap ada..
Fyi, jering ada kandungan protein yang tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus dan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi (sumber - KHASIAT SAYURAN DAN ULAMAN)..dan bapak aku dulu pun penah cakap, jering ni boleh mengelakkan kita terkena kencing manis..*haa! Tengok! bapak aku pun tau walaupun bapak aku tak sekolah*..lagipun yang aku penah dengar jering jugak boleh buatkan kita awet muda..so kira berbaloilah kan walaupun ia berbau sekali pun??
Jadi, pada siapa –siapa yang tak makan tu, janganlah pandang semacam je kalau seseorang tu makan jering..aku cakap macam ni bukan apa, ada sesetengah orang tu bila aku tanya “makan buah jering tak?” “jering??dahlah tak sedap, berbau lak tu..eeeww!kenapa? ko makan ke?” bila aku cakap aku makan mulalah buat muka tak percaya dia tu..kenapa? salah ke aku makan jering?? Kalau dah tak makan tu cakap je tak makan..tak payah nak cakap berbau ke apa..sebab, kalau ko tak cakap pun aku memang dah tau jering ni berbau..tambahan aku memang peminat buah tu so aku lebih arif..
Tapi, apa – apa pun itu hak masing – masinglah kan..nak makan ke tak, terpulang..lagipun kalau tak silap aku makruh makan buah jering..tapi kalau salah aku mintak maaf lah ye..tapi pada sesiapa peminat buah jering dan petai, welcome to my club! Love ya ~~(^.^)~~
p/s – masa makan petai tadi teringat dengan mak & bapak kat kuching..kat sana belum ada musim lagi..erm, macam nak pos je kat diaorang..*betul kata orang – jauh di mata dekat di hati*..
Comments