Sampai Bila Harus Kutunggu

~miss google~


Sampai bila harus kutunggu.

Aku tahu,

Terlalu sukar untukmu memilih waktu,

Bukan mudah kata putus ditentu,

Tapi sampai bila harus kutunggu?


Aku tahu,

Dirimu amat diperlu,

Keluarga dan aku sama – sama menunggu,

Tapi keluargamu yang berhak dulu.


Aku juga tahu,

Hatimu utuh padaku,

Janjimu kupegang sejak dulu,

Tapi sampai sekarang janjimu berkubu di situ.


Atau?

Atau aku yang tidak tahu,

Apa yang kau mahu,

Apa tersirat difikiranmu,

Sehingga aku harus menunggu dan terus menunggu??


(Ingatlah, waktu itu sudah lama berlalu sedangkan aku masih setia menunggu. Cuma aku bimbang setiaku pudar bersama pantasnya masa berlalu)


p/s – lama tak berkarya *berkarya ke ni?*. masa sekolah dulu rajin pulak menulis puisi ngan cerpen. *masa tu tengah berjiwa remaja*.heeeee~

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.