klik sekali~

Saturday, March 12, 2011

Tompel, Mentol & Montel

Assalammualaikum & Selamat Malam Malaysia..*tiba-tiba bersemangat*

Sebenarnya malam ni aku tak ada story best nak dikongsi bersama..macamlah story sebelum ni best! Hampas kelapa betul lah kan! heeeeee~

Tapi, aku tiba – tiba teringat perbualan aku, mak dan bapak beberapa tahun lepas.. aku tau cerita ni dah basi, dah boleh buang dalam tong sampah pun tapi tak apa, korang anggap je ini recycle punya cerita k..

Perbualannya 90% macam ni :

Aku – mak, anak si Mak Cik Fasha (bukan nama sebenar) tu dah balik kan? Hari tu orang ada nampak dia..

Mak – kalau dah nampak, dah balik lah dia tu..tapi siapa nama dia? lupa pulak mak..

Aku – Tompel..tu pun mak lupa..

Mak – eh, bukanlah..lainlah nama dia..bukan Tompel..

Aku – bukan ke? Tapi bunyi dia lebih kurang macam tu lah mak..

Mak – bukan..

Aku – haa!! Orang dah ingat..nama dia Mentol!!

Bapak – Montel lah bukan Mentol..*bapak tiba – tiba mencelah*..

Mak – haa, betul Montel..lupa pulak!

Aku - errrr…

So, pengajarannya kat sini *peh! Pengajaran*..jangan lupa nama sanak saudara & rakan taulan kita..kalau lupa sekalipun cakap je lah tak ingat tapi jangan nak memandai ubah nama orang..apa – apa pun sori ye awak sebab kureng ingat nama awak..heeee~ ..love ya ~~(^_^)~~

p/s – tapi kalau tengok balik, tiga nama tu lebih kurang sama lah? Kalau aku sebut ashraf muslim ke, baru lah jauh lari bunyi dia kan? Ermm..

2 comments:

Aqilah Nur said...

erkkk.. tba2 asyraf muslim? huhu

Qaseh dalia adelia said...

ade pulak name mentol ..haha kecik aty beliau