BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI (Fatin Liyana)


Assalammulaikum dan Salam Tengah Malam.

Sebelum tidur ni, aku nak join lah segmen Abang Ben ni..heeee~ kalau nak join leh klik SINI.

Okay, biar aku berterus terang kat korang..sebenarnya aku kagum dengan blog FATIN LIYANA. Aku pasti korang pun tau sapa gerangan gadis ni kan? Jadi dengan berbesar hati aku jawab dengan tekun soalan Abang Ben ni..*macam jawab killer paper masa kat U dulu*

1. Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !!

Kenapa aku suka Blog dia? sebab blog dia bersahaja, banyak info terutamanya mengenai perempuan..dia jugak seorang yang bijak , comel dan nampak macam mesra alam..heeee~ *agak2 je sebab belum penah jumpa* ..walaupun entri dia lebih kepada pasal diri dia sendiri tapi cara penulisan dia menarik sehinggakan kita nak baca sehingga ke’ending entrinya itu. *jap! Ada ke perkataan ke’ending??*

2. Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut ! Jeng jeng jeng !!

Perlu bukti ke? Bukti ni mungkin tak nampak sangat lah ye tapi aku hari2 jenguk blog dia..kadang2 ada jugak bagi komen..dan aku sanggup pusing - pusing kat kawasan perumahan dia sebab mana tau terjumpa mak & bapak dia ke? nak jumpa dia mustahil lah kan sebab kan dia kat bandung..*kebetulan lalu kat kawasan Sikamat tu..heee~*..Cuma sekarang ni dia busy dengan exam so entri dia pun x update sangat..*apa2 pun all the best fatin*

3. Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut ??

Baru-baru ni je..sebab aku pun baru aktif berblog..*tak sampai 2 bulan kut*

4. Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

Okay, dia sekarang study kat Bandung..ambik medic..ada 4 orang adik beradik dan dia sorang je pempuan..duk kat Taman England Seremban (kalau tak silap tu lah nama taman kawasan rumah dia) dan peminat si Zaquan Adha..heeee~..dan kalau berkaitan dengan blog dia memang ada aura tersendiri..walaupun dia tak BW tapi blogger lain suka BW kat blog dia..ermmm~

5. Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya ?

Tak..hehehe..*bagi jawapan macam kenal sangat dengan fatin ni..huhuhu*

6. Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..

- Pernah singgah blog saya ni tak? *aku dah tau apa jawapannya tapi saja nak tanya..*

- Blog mana lak yang fatin kagumi?

- Apa pesanan Fatin pada blogger - blogger baru macam saya ni? heeeee~

- Bila nak holiday kat Kuching? kalau dah penah pergi,bila nak pergi lagi? ( aku nak jadi tourist guide tapi dak fatin yg drive sebab aku tak ada lesen..teeeet!!) - soalan lain lah pulak, tak kan asyik pasal blog je kan?

- Bila nak kawin ni??heeeee~ (saja nak busy body sikit..kihkihkih)

Okaylah, tu blog pilihan aku dan jawapan nya sekali..jom tido~


Comments

solomolo said…
0whhh...
dah tau dah blog yang paling disayang...
mas saari said…
singgah n follow sini
salam perkenalan

nak risik2 blogger mana menjadi pujaan hati anda
wahhh terharu :) macehhhhh sgt2!

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???