klik sekali~

Friday, March 25, 2011

Emak Terkena Limpasan Polong???

assalammualaikum & hi.

semalam time aku makan malam, tiba - tiba mak kol. dalam fikiran aku mesti mak baru perasan yang miskol daripada aku sebelum tu. lepas memberi salam dan bertanya khabar aku terus bertanya dengan mak kenapa tak angkat phone time aku kol jap tadi. mak pun bagi tau masa aku kol tu dia tengah berubat. sebab dekat buah dada mak ada ketulan sebesar ibu jari dan bernanah. dalam fikiran aku mungkin tanda - tanda breast canser sebab mak pernah buat operation satu masa dulu.

tapi mak bila aku tanya lagi dengan mak sejak bila kena, mak cakap baru semalam dan yang peliknya dikedua - dua belah dadanya punya ketulan macam tu. lepas tu aku tanya dengan mak tempat yang dia berubat tu cakap apa. mak cakap orang tu cakap mak terkena limpasan polong. tapi aku tak terkejut. sebab last aku nampak benda tu pada raya ke - 5 tahun lepas. walaupun jarang nampak tapi dalam setahun mesti ada ahli keluargaku or jiran - jiranku ternampak benda tu. tapi polong yang kita orang maksudkan tu lebih kepada bentuk cahaya berwarna merah.

~picture from google~

tapi aku pesan dengan mak, lepas berubat tu pergi cek kat klinik. dan mak pun cakap memang dia nak pergi klinik jugak. aku sebenarnya kurang percaya dengan perubatan tradisional sebab aku lebih yakin dengan perubatan moden. lagipun kadang - kadang cara mereka ni syirik. tapi aku kena hormat mak aku, yela mak bapak aku tak sekolah. hidup pun kat kampung. jadi amalan - amalan lama tu masih kuat lagi.

tapi aku pun terfikir - fikir mana datang polong tu. kata orang polong tu bertuan. mungkin ada orang kat kampung aku masih 'menyimpan' benda - benda tu. ataupun penduduk kampung lain yang bersebelahan dengan kampung aku. wallahualam.

apa - apa pun aku harap mak cepat - cepat sembuh. amin. korang, doakan sama - sama k.

p/s - makin moden makin menjadi lak benda macam ni~


1 comment:

Ăștivistar said...

lagi moden dunia, lagi banyak n menjadi2 'benda' ni.. Kat tv berlambak2 cerita seram. seolah2 'benda' ni bergerak seiringan dengan globalisasi..haha