Saya Hanya Benci Rokok Tapi Bukan Perokok (^^,)V


assalammualaikum dan hi.

aku tau mesti ada yang macam pelik dengan title entri aku pada hari ni. sebenarnya aku join segmen Abang Ben. kalau nak tau lebih lanjut klik SINI. pastu join ramai - ramai ye (^_~)

sebelum aku jawab soalan Abang Ben tu, aku nak mintak maaf awal - awal sebab mungkin title entri aku ni macam kurang sesuai tapi aku punya alasan sendiri. sebenarnya aku di kelilingi oleh golongan perokok. siapa? 3 dari 4 abang - abang ku merokok, abang ipar aku pun merokok, pakcik - pakcik aku semua merokok dan 'abang sayang' aku pun merokok jadi aku tak dapat nak benci perokok - perokok ni sebab mereka insan terpenting dalam hidup aku cuma aku tak suka dengan kewujudan rokok.*walaupun aku tau itu satu yang mustahil*..erm,baiklah aku nak jawab soalan Abang Ben :)

Kenapa aku Benci Rokok??

sebab rokoklah orang - orang terpenting dalam hidup aku ni ketagih dengan benda yang entah apa - apa tu. lagipun sudah jelas dan nyata rokok tu tak baik untuk kesihatan tapi mereka ni masih gak dok hisap. kalau rokok ni tak wujud kan bagus. dahlah harga rokok bukan main mahal lagi. sape yang kurang mampu tu lak sanggup beli rokok yang ntah apa - apa brand tu. lagi satu, kalau mereka ni merokok, kita yang dekat dengan mereka pun kena tempias asap rokok tu. dan korang pun tau kan asap rokok tu lebih bahaya. tapi macam yang aku cakap tadi, aku memang dikelilingi perokok - perokok tegar so aku cuma berusaha mengelak daripada asap - asap rokok diaorang je la.

pesanan buat yang merokok dan bakal merokok.

pada mereka yang merokok ni (terutama mereka yang disayangi) KURANGKANLAH MEROKOK. sebenarnya orang yang merokok ni kita tak boleh suruh dia orang berhenti secara mendadak. kena step by step. jadi langkah yang paling baik kurangkan kuantiti batang rokok yang dihisap tu. lepas tu, jangan merokok lepas makan. biar 2 -3 jam barulah merokok sebab ia akan membantu mempercepatkan proses untuk berhenti dari merokok.

pada yang bakal merokok tu, hentikan niat korang. sebab sekali korang dah terjebak aku pasti sukar untuk korang berhenti. percayalah cakap aku ni.

pendapat aku tentang mereka yang merokok?

erm, mereka sebenarnya tahu tentang bahaya rokok tapi mereka buat tak tau je malah mereka dah punya alasan sendiri untuk membidas balik kalau kita cakap tentang bahayanya rokok. contoh :

aku - "ramai yang sakit sebab merokok ni, dan ramai jugak yang mati."
mereka - "si polan tu tak merokok dan sihat walafiat tapi tup - tup mati mengejut."
-"lagipun mati tu pasti, merokok ke tak kita akan mati jugak."

jadi, bagi yang tak merokok macam kita ni tapi punya suami, keluarga atau kawan - kawan yang merokok, kita kena pastikan diri kita bebas dari asap rokok. kalau dapat dinasihat tu nasihatlah tapi bagi yang tak dapat tu sama - sama lah kita berdoa supaya mereka ni berhenti daripada merokok. amin~

okaylah, tu je pendapat aku ..(^_^)..

p/s - alhamdulillah sebab bapak dah berhenti merokok~

Comments

Fizalinolie said…
Bukan senang eh ty maok berenti merokok. Kita sik dpt nak paksa dak nya on the spot berenti. Sakit ya nak berenti... Sikhal step by step.. Lamak2 dapat juak bah :)
Lulu caldina said…
Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK
SiS NaD said…
SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V
kathy said…
fiza - nang bena, payah nak suh cdaknya berenti..mcm2 jak alasan d berik cdak..huhuhu~

lulu caldina - tau xpe, kita yg tgk pun dah naik takut..

sis nad - jom (^^,)V

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.