Alhamdulillah Sebab Dah Beli Langsir Raya Untuk Mak.

Assalammualaikum & Hi.

hujung minggu lepas ada kerja kat seremban so kena balik sana..nasib baik abang sayang pun balik melaka, boleh jugak aku tumpang sekaki dua..heeeeee~. tapi yang tak bestnya tak dapat pergi kenduri kahwin abang dia sebab hujung minggu tu aku kena pergi KL pulak..ermmm..nak buat macam manakan? dah keja..

tapi walaupun busy, isnin lepas sempat jugak pergi nilai 3.. nak cari langsir raya untuk mak..dan akhirnya aku terjumpa yang aku berkenan..mak tak kisah warna apa so aku pilih mana yang aku berkenan :) tapi semua cakap semangat betul aku ni nak beraya..bagi aku sementara duit ada dan masa ada baik aku beli..walaupun langsir tu mak aku yang jahit sendiri tapi tak salah jugak kan aku beli awal - awal..boleh mak aku ambik masa nak jahit..

hari selasanya pulak aku ajak abang sayang pergi jalan TAR..saja nak jalan - jalan sambil usha anak tudung & shawl..heeeeee~~yang bestnya, aku yang beli dan pakai tudung tapi abang sayang lak yang tawar menawar..hahaha..aku ni kureng sikit bab tawar menawar ni..so, sempat jugaklah aku rembat beberapa anak tudung dan shawl..beli yang murah - murah je (^_^)..macam biasa, aku sempat jugak beli tudung jenis lycra untuk mak aku..untuk barang bapak lak aku perlu berfikir lebih kreatif dan inovatif sikit..heee~~ yela, kalau barang perempuan ni aku tau lah..dan seperti sebelum - sebelum ni jugak, abang sayanglah yang akan bagi cadangan nak belikan apa untuk bapak :') *thanks abang*

dan semalam aku balik semula ke ipoh..sungguh penat (-.-') okaylah, aku ada kerja nak buat dah ni..~love ya~

p/s - korang dah beli persiapan untuk raya ke?? heeeee~


Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???