klik sekali~

Thursday, March 17, 2011

T-shirt vs Personaliti Diri.

Assalammualaikum & Hi.

Hari ni keja tak ada sangat jadi aku berkesempatan lah mencuri pandang majalah – majalah lama yang ada. Dan tiba – tiba kerajinan untuk menaip balik apa yang ada kat majalah ni berkobar – kobar, lalu dengan gaya penulisan tersendiri ku olah semula story dekat majalah dan menjadilah entri pasal T-shirt VS Personality Diri. Sungguh rajinkan aku ni?? Hahaha.. dah tak ada kejalah ni..apa – apa pun ‘Do Something Better Than Do Nothing’. Betul ke tu? betul kan ajelah ye..

T-shirt gambar tempat dan unik.

Pada sapa – sapa yang pakai t-shirt yang ada terlakar Menara KL ke, Hard Rock Café ke atau yang sama waktu dengannya, korang ni digambarkan seorang yang adventure! Korang jugak suka ambik risiko dan tidak takut bersendirian..*wah! Beraninya*..korang jugak dikatakan tidak bergantung dengan orang lain, tegas, sangat berdikari, dan seorang yang aktif..bila dah aktif korang dan automatic menjadi seorang dah tak boleh duduk diam macam mulut korang jugak..heeee~~ kiranya korang yang pakai t-shirt macam ni jenis orang yang amat peramah..

T-shirt gambar personality atau individu.

Bagi yang ada simpan koleksi baju yang terpampang muka Dato’ Siti ke, atau band – band pujaan korang maka korang boleh dikatakan seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain..ermm..korang jugak seorang yang degil dan tidak mahu menurut kata orang lain..*sungguh degil kamu ye..hehehe..* korang jugak tidak takut apa orang lain nak cakap apa pun tentang korang..tapi korang jugak ada sikap pemurah dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan walaupun dari segi kewangan..*bolehlah pinjam duit pasni*..

T-shirt logo atau lambang.

Pasti kaum adam yang suka pakai t-shirt yang ada logo macam adidas, MU, Liverpool tu kan? Korang yang suka pakai t-shirt berlogo macam ni digambarkan seseorang yang mementingkan status. Korang jugak cerewet dalam berkawan..dan akan dikatakan sombong bagi yang tidak kenal dengan korang sepenuhnya. Tapi, korang jugak amat bersopan santun dan berbudi bahasa..*kiranya budi bahasa budaya kita lah ni..bagus3*..

T-shirt lambang sekolah, IPTA atau IPTS.

korang ni memang bangga dan menghargai tempat di mana korang belajar..korang jugak bijak dan suka pada kedamaian..yang paling penting korang tidak pandai berbohong dan tidak suka suasana bising. Semangat setia kawan pun amat menebal. Tapi jangan panggil korang nerd! Kenapa?? Sebab korang matang berfikir dan tidak mementingkan diri sendiri. Korang jugak rajin tapi adakalanya boleh menjadi amat malas apabila berkaitan perkara yang korang tidak minat. *dah nama pun student kan, sikit sebanyak ada jugak sikap malasnya tu..*

T-shirt gambar abstrak atau corak.

Sapa yang pakai t-shirt macam ni dikatakan seorang yang amat mementingkan sikap kekeluargaan..*bagus2..kekalkan*..korang jugak berjiwa seni dan punya bakat semulajadi. Ramai yang suka berkawan dengan korang tapi angin korang ni je yang sukar dijangka. Korang jugak cepat bosan, banyak idea dan punya citarasa yang hebat tapi korang ni jenis yang tidak pandai simpan rahsia.*nakal ye*

T-shirt berwarna neon.

Macam mana t-shirt berwarna neon?? Ala t-shirt yang ada lukis gambar lampu neon tu lah..ops! sori, bukan macam itu okay! Contoh t-shirt ni macam shocking pink, electric blue dan kuning jagung bakar. So, bagi penggemar t-shirt ni ternyata dan sah korang ni jenis yang suka menjadi tumpuan dan tak suka hidup bersendirian. Korang jugak suka dikelilingi oleh teman – teman sehingga korang dah tak pandai nak berdikari sendiri sebab nak bergantung dengan orang lain je. Tapi yang bestnya korang ni jenis yang periang, suka berkawan dan yang penting popular gitu! Tapi awas, jangan biarkan orang lain ambik kesempatan ke atas sikap baik hati korang tu..

T-shirt gambar iklan.

haa! Korang ni bagus lah sebab jadi papan iklan bergerak. Sapa yang pakai t-shirt macam ni dikatakan cepat mesra *sambil buat gaya macam Bob AF* dan sangat cerewet. Cukup berhati – hati dalam soal kewangan dan dengan kata yang kurang enaknya korang ni kedekut. Korang jugak jenis yang simple dan tidak banyak ragam *ni macam aku..ahaks*..korang jugak boleh masuk dengan bermacam ragam manusia tapi yang bagusnya korang tak busy body! Tapi, jangan main – main korang ni cepat naik angin! *takotnyer*

T-shirt gambar kartun atau watak.

open minded! Haa..itu perkataan pertama sekali untuk korang yang suka pakai t-shirt macam ni. Lepas tu korang mudah diajak berbincang,bersembang dan gemar berjenaka. So, bila dah macam ni ramailah kawan – kawan yang mendampingi korang. Korang jugak mudah terima pendapat orang lain dan amat pemurah. Korang jugak tak suka nak ngajuk – ngajuk. Dan seorang pencinta yang setia! *so sweet* tapi kadang – kadang korang ni nakal sikit dan mulut agak celupar..ops! so mulut tu jaga sikit tau!

T-shirt yang ketat.

Kalau korang suka pakai t-shirt sebegini korang digambarkan seorang yang sukakan pujian. Korang jugak suka tersenyum, outgoing dan happy go lucky. Tapi keje korang sering je tertangguh sebab sikap sambil lewa korang tu. korang jugak bijak, tidak mudah mempercayai orang lain, sukar untuk dipengaruhi dan tidak boleh bertengkar. Tapi jangan main – main korang ni seorang yang serius..*wow*

T-shirt kosong (aku suka pakai jenis ni :)

sapa yang pakai t-shirt ni dia dikatakan seorang yang berjiwa lembut. *Yes! Sememangnya macam aku*.. korang jugak penuh dengan imaginasi dan cukup kreatif... korang jugak tidak suka orang yang hipokrit dan PANTANG DITIPU! *betul2 aku memang pantang bab – bab macam ni!* korang jugak seorang yang perahsia dan suka bersendiri..kadang – kadang terlalu emosioanal dan tidak mahu mengalah..*sudah semestinya*.. korang jugak mudah melafazkan cinta *blushing* tapi suka buat keputusan tanpa berfikir!

Eh, janganlah percaya sangat okay! Ni hanya untuk suka - suka..aku dapat ni pun dari Majalah REMAJA edisi 15 Oktober 2010 pada bahagian Shhhh!..saja nak kongsi pada siapa – siapa yang tak baca kat majalah tu kan..heeee~ apa – apa pun love ya~~

p/s – aku hanya olah sedikit sahaja dari apa yang ada di dalam majalah REMAJA tersebut terutama yang ada symbol *. Tu nyata dan terang aku yang tambah. Heee~


2 comments:

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

hehe..kalo dress lak camane?? hehee!! kureng bab bertshirt ni dear!! tp gud info..nice!!

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

nora said...

sipi sipi ar huhuhu

ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah