Mitos Tentang Selaput Dara.

Assalammualaikum & Hi.

Kelmarin aku baru je tengok cerita “Aku Masih Dara” ..ala cerita yang dilakonkan oleh Raja Farah, Yana Samsudin, Diana Amir, Ashraf Muslim dan Farid Kamil tu..aku tau cerita tu dah lama dah tapi aku bukan nak buat entri pasal cerita tu okay! Aku cuma nak kaitkan dengan artikel yang aku baca iaitu tentang MITOS SELAPUT DARA. Jom semak 3 mitos tentang dara.

Mitos : Setiap wanita dilahirkan dengan selaput dara.

Fakta : Mitos itu tidak benar sebab tidak semua wanita dilahirkan mempunyai selaput dara pada vaginanya. Penelitian tersebut menunjukkan beberapa orang bayi perempuan tidak mempunyai selaput dara.

Mitos : Selaput dara adalah tipis dan tidak berlubang dan ia adalah sama bagi setiap wanita.

Fakta : Itu tidak benar. Wajah kita kan berbeza dengan orang lain begitu jugak dengan selaput dara. Sebenarnya selaput dara mempunyai lubang atau pori yang bentuknya bervariasi. Untuk pengetahuan korang jugak, lubang pada selaput dara ni akan bertambah lebar setelah wanita itu mengalami menstruasi pertama kali.

Mitos : Rawatan pemulihan selaput dara amat diperlukan bagi wanita yang hendak berkahwin tetapi selaput daranya sudah hilang.

Fakta : Rawatan selaput dara ni selalu menimbulkan pro & kontra nya. Tapi bagi semua yang sudah memilik pemahaman tentang selaput dara seperti di atas, pembedahan tidak perlu dilakukan sama sekali.

Keperawanan seseorang wanita itu tidak dapat ditentukan dengan adanya pendarahan pada malam pengantin. Sesiapa sahaja boleh membuat pembedahan selaput dara untuk kembali perawan tapi ini sudah tentu menjadi satu penipuan pada lelaki yang menjadi suaminya.

Erm, itulah sikit sebanyak info yang aku nak share kat korang. jadi jangan terus tuduh melulu status seseorang wanita itu. aku pun penah dengar ada para atlit wanita yang mengalami kecederaan pada bahagian selaput dara ketika menjalani latihan.

Lepas tu ada jugak mitos yang mengatakan jika seseorang wanita itu jalan kengkang, maksudnya dia sudah tidak dara lagi..macam mana pulak kalau dia memang dilahirkan jalan begitu?? Okaylah, aku nak teruskan usaha mencari topic yang menarik untuk kita kongsi bersama. Yelah, nak tukar angin sikit dalam berblog ni kan..tak kan nak dengar cerita pasal aku je..heee~~ love ya~

p/s – nak tengok cerita “Aku Masih Bujang”..ada ke?? Kalau tak ada buatkan lah k..

sumber – Wanita & Seks (Majalah HARMONI – Edisi 30 November 2009)

Comments

aizatjohar said…
bukan cerita aku masih bujag lah..aku masih teruna..lalala
kathy said…
o ye ke??okay2 kita tukar ke "aku masih teruna"..heee~
alongizhamhadi said…
hmmmm...yg pnting kesucian diri yg di utamakan..kn..kn..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.