Sememangnya Dengan Airasia "EVERYONE CAN FLY"

assalammualaikum..

malam ni hati berbunga - bunga riang..kejap - kejap senyum..kejap - kejap tersengih..sekali pandang dah macam orang tak betul tapi kalau dua kali pandang konfom ada yang pengsan tengok reaksi aku ni..sebenarnya aku happy sesangat..sebabnya aku baru pas booked tiket balik Kuching!! *bertepuk tangan sambil melompat - lompat penuh kegembiraan*

kalau korang tengok title entri aku kali ni mesti korang dah boleh agak yang aku balik sana naik Airasia kan? erm, aku tak sangka korang ni memang terer! aku tabik spring potato kat korang..hehehe~

tapi apa - apa pun aku memang nak berterima kasih dengan Airasia ni..bukan apa sejak aku study kat Melaka dulu, Airasia lah yang menjadi pilihan utama aku kalau nak balik kampung..lagipun tiket dia murah walaupun tak provide makanan masa fly tu..kalau dah balik kampung perut lapar pun leh kenyang tau! so, makanan tu semua tak penting sangat..*walaupun dalam flight terliur tengok orang sebelah makan*..heee~

tapi bila dah habis study, Airasia masih jugak jadi pilihan aku..sebab sepanjang aku naik Airasia banyak kali gak aku dapat tiket pergi balik (Kuching-KL) dalam RM100..bagi aku dah kira murah lah tu..tu belum kira "free seat" yang kadang - kadang diaorang ni buat..

cuma, sekarang ni Airasia dah tetapkan tempat duduk..tak macam dulu, kita leh duduk mana - mana kita suka..dah nama pun murah kan, so faham - faham jelah..dah kira baik diaorang bagi tempat duduk..kalau diaorang suruh berdiri??kan naya!!

apa - apa pun pada siapa - siapa nak melancong ke apa, senang dengan adanya Airasia..bak kata tagline nya" NOW EVERYONE CAN FLY".. wah! siap promote lagi tu..

sebenarnya aku ni baru sekali naik MAS *hahahaha - gelakkan diri sendiri sebab tak mampu naik selalu*..dah berkali - kali naik Airasia..tapi next time nak try Firefly pulak! apa - apa pun pilihan anda, pastikan anda balik kampung ye..jumpe keluarga tersayang yang sentiasa merindui anda..*pesanan penaja dari my mum*..okay, jumpa d next entri..love ya ~~(^_^)~~


p/s : sambung senyum - senyum dan sengih - sengih sambil tengok picture kampung hamalan..

Comments

MamaEma said…
hari-hari pergi site air asia..nak tgg price murah..tp still lai tinggi..huhuhu
kathy said…
erm, slalu sy bukak ikut promotion yg dia org buat..pastu clik 1 day ke 1 day..insyaAllah, akan jumpa yg murah ;)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.