klik sekali~

Monday, March 21, 2011

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api

assalammualaikum & hi.

jam tepat menunjukkan pukul 12:10 tengah hari *ni ikut jam aku*.. perut pun mula menyanyikan lagu kategori rock! kalau kategori irama Malaysia boleh tahan lagi kan? so, aku pun mula memikirkan menu untuk makan tengah hari kejap lagi..tiba - tiba aku terbayang Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api..huh! memang layan kalau dapat makan masak lemak tengah hari macam ni..

dan tanpa aku sedari tanganku mula "mengelik" sana sini untuk mencari gambar ikan keli masak lemak, dan akhirnya aku terjumpa gambar ni..mak ai!! terliur terus tengok gambar ni..tak caye?? tengok kat bawah ni!!


gambar ni abang aku ambik masa kita orang makan kat warung tepi jalan area Mantin, Negeri Sembilan . warung ni betul - betul tepi BSN. korang pun tau kat Negeri Sembilan kan trademark makanan diaorang masak lemak cili api. dan bila dah sampai sana kenalah rasa..tapi serius, memang sedap! *sambil menahan air liur..*

okaylah, malas nak taip panjang lebar. aku nak pergi makan ni nak cari lauk masak lemak. nak ikut? jom!

p/s - balik seremban bulan 4 ni kena pegi makan kat Mantin lagi ni..

4 comments:

Izatie said...

Wahhh! Ikan keli! My favouriteeeeee! :O

kathy said...

sama lah kita..hehehe~

Dea said...

nyaman eyh... huhu

kathy said...

nang nyaman Dea ;)