Posts

Showing posts from April, 2013

PRU13

Image
Assalammualaikum.. Minggu depan nak mengundi.  Aku pulak, kalau takde apa akan mengundi di sekolah cina tak jauh dari rumah aku. Macam dalam gambar kat atas tu. Dan inilah kali pertama aku 'membuang undi' Hihihi. Semangat je dah ni. Ewah~ So, korang mengundi tak?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013)

Image
Assalammualaikum.. Esok 26/4/2013. Maka, esok bermula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dan telah hampir setahun jugak novel CAHAYA QASEH di pasaran :') Walaupun di pesta buku kali ini aku tak ada novel baru, tapi aku tetap nak bagitau novel - novel terbaru KARYASENI & PENULISAN2U yang perlu korang beli Hihihi. Sila tengok senari novel bawah ni. Oh ye, yang best sekali bila beberapa buah novel telah diangkat menjadi drama & filem ^_^ Tahniah buat sume penulis. (tepuk tangan) Ini pulak jadual penulis KARYASENI & PENULISAN2U. Tapi try tengok betul - betul dalam senarai nama tu.Ada terselit nama Adi Putra, Nora Danish & Izzue Islam kan? Haaa! Ni maksudnya ketiga - tiga artis ni ada sekali.  Paling penting, DISKAUN sebanyak RM5 bagi setiap buku , tahu?! Jadi, pada yang kaki membaca, inilah masanya korang shopping buku! PBAKL 2013 kali ni masih diadakan di PWTC. Start esok sampai 5/

GEMUK!

Image
Assalammualaikum. Tahun 2013 ni berat badan makin naik walaupun telah berazam nak turunkan berat badan. *sigh* Usaha takde. Semangat takde. Yang ada cuma nafsu makan je Hehehe.  Dan yang terbaru, baju kurung kegemaran ketat dah. Eh, bukan baju tu jadi ketat tapi lemak di badan ni punca baju yang longgar jadi ketat -.-' Dua tiga minggu ni aku start jaga makan. #ehem Buat senaman sampai keluar peluh sikit. #chewah :p Tapi sekali timbang...makin naik tau! Mencik! Kalau nak diet tanpa ilmu macam tulah jadinya kan? Maka, perlulah banyak buat research ni. Tak nak asyik try & error je memanjang. ni gambar hujung bulan 2 hari tu. Saje pegang ulat tu supaya tak nampak kegemukan di badan Huhu~ #gambar header tu jelas sikit kegemukan T_T Err..sape ada tips kurus? Cer kongsi sikit. p/s - jeles giler tengok orang yang makan macam - macam tapi badan tak naik-naik!

Shampoo Anti Kelemumur.

Image
Assalammualaikum.. Aku ni suka jugak beli barang dekat Bodyshop. Tapi takdelah selalu. Bila ada promotion tu, berbaloi jugaklah beli. Yang terbaru aku beli adalah seperti dalam gambar kat bawah. Cuma kali ni nak fokus pada GINGER SCALP CARE (shampoo)  Aku ni memang ada masalah dengan dandruff/kelemumur. Dah try macam - macam shampoo dalam tv tu tapi kelemumur tetap ada.  (-.-') Yang dalam botol besar tu adalah shampoo yang terbaik itu Hihi. Tapi, sejak guna GINGER SCALP CARE ni, alhamdulillah. Kelemumur dah takde ^_^ Rambut aku ni tebal & berminyak. Jadi aku shampoo rambut hari-hari. (kadang - kadang selang sehari) Lagi - lagi bila bertudungkan? Mudah kulit kepala berpeluh.   Sape yang ada masalah yang sama, bolehlah try shampoo ni. Mana tau berkesan.  Harga dia RM39.90 (250ml) p/s - bila rambut berkelemumur memang tak selesa.

Singgah Di Lata Iskandar.

Image
 Assalammualaikum.. Line internet (Celcom) agak mencabar dua tiga hari ni. Asyik problem je!  Selalu takde lama macam ni. Tapi malam ni, alhamdulillah. Line dah okey sikit. Jadi, bolehlah buat entri pasal Lata Iskandar ^^      Tadaaa~ dah sampai Lata Iskandar! Takde mukadimah apa dah terpacak muka aku ye. Hehe. Dah blog aku kan?  Haruslah ada muka aku. Eh-eh-eh -.-'   Memandangkan kita orang pergi weekday, maka takdelah ramai orang. Senanglah nak bergambar sakan Hewhewhew~   Oh ye. Lata Iskandar ni dekat jalan nak naik Cameron Highland yang bengkang - bengkok tu. Kalau korang naik CH ikut Tapah memang berjumpalah dengan Lata Iskandar ni. Kalau tak jumpa pasti ada something wrong tu.  Jeng-jeng-jeng!   Ini kali kedua aku singgah sini. Selalu naik ikut Simpang Pulai. Dan turun pun ikut Simpang Pulai. Jadi takdelah selalu lalu sini. Bagi aku tempat ni memang best. Air dia sejuk (~_~)

BE Pertama Dapat 4 Sekali.

Image
Assalammualaikum.. Wah, tajuk je dah tunjuk unsur-unsur riak di situ. Astaghfirullahaladzim.. Tapikan ~ hampir empat tahun aku berblog, dan akhirnya aku berjaya juga dapat BE.  Alhamdulillah #nanges! Mula - mula berblog dulu memang aku tak faham langsung Nuffnang ni apa. Orang letak. Aku letak. Tapi bila orang dah sibuk cakap dapat BE, aku pun nak jugak dapat. Tipulah kalau yang letak Nuffnang dekat blog tapi tak nak dapat BE. Kalau ada pun sorang dua je.  Kan?? Cuma itulah, nak dapat BE ni kemain payah tau! Nasib baik aku ni jenis yang setia dengan Nuffnang dan akhirnya kesetianku dibalas dengan 4 BE sekaligus! #nanges lagi. BE aku datangnya daripada Hotlink Prepaid Blackberry , Project Breeze Pop pop & Q2 Maxis RM1 Je. Kenapa Q2 Maxis RM1 Je ada dua sekali? Sebab aku ada dua blog. Tengok nama blog tu. Blog Kathy Tuah adalah blog ni (personal blog) tapi blog Karya Kathy Tuah tu untuk karya - karya penulisan aku :') Bila dah da

Kedai Makan Terbaik Di Melaka.

Image
 Assalammualaikum. Kalau dah ke Melaka, pasti terbayang asam pedasnya. Antara yang femes asam pedas, sudah semestinya Asam Pedas Claypot Kota Laksamana & Asam Pedas Hajah Mona.  Tapi.. kali ini kita ke kedai lain pulak. Kalau kedua - dua kedai asam pedas tu femes di waktu malam, tapi kedai makan yang aku 'entrikan' ini hanya beroperasi pada siang hari dan TUTUP HARI AHAD.     Nampak tak gambar kat atas ni.  Tu ikan parang dengan telurnya sekali. Kuahnya pulak aku ambik kuah asam pedas. Kedai ni memang sentiasa ada asam pedas. Dan yang paling penting kuahnya pekat!  Sebab apa pekat? Sebab dorang buat dalam kuantiti yang sedikit.  Jadi kepekatan kuahnya tu...serius takde tandingan!    See?? Licin dah! Mahu je aku mintak tambah, tapi takut tak larat pulak nak jalan pusing bandar Melaka. Kedai ni lauk - pauk dia takdelah banyak pilihan sangat, tapi yang nyata dan pasti setiap lauk dia memang sedap!  Trylah samba

Cameron Lavender, Cameron Highland.

Image
Assalammualaikum.. Hari tu naik lagi Cameron Highland (CH). Entah kali berapa aku naik CH pun aku dah tak ingat. Lagipun ada beberapa site kat sana, jadilah kalau testing ke apa boss selalu jugak ajak naik. Tapi memandangkan my bff datang sini, jadi haruslah bawak naik CH kan? Ipoh - Cameron bukannya jauh mana pun.  Apatah lagi ikut Simpang Pulai. Memang dekatlah~ Memandangkan kita orang nak ke Melaka terus, jadi kita orang hanya sekejap je kat CH. Singgah tempat wajib pastu turun ikut Tapah sebelum masuk highway. Untuk entri kali ni, kita singgah dulu dekat CAMERON LAVENDER! (CL)  Masa kita orang naik bulan hujung bulan 2 hari tu, CL ni macam baru bukak tau. Sebab masih jelas 'baru' dalam setiap pelosok tempat ni. Oh ye, lupa nak cakap. Masuk bayar Rm5 seorang. Serius, cantik sangat - sangat!.  Walaupun namanya Cameron Lavender tapi banyak jugak bunga - bunga lain di tanam dekat sini. Warna - warni :') Yang k

Kek Pisang Berbadam

Image
Assalammualaikum.. Semalam aku buat kek pisang.  First time buat okey. jadi hasilnya kuranglah memuaskan. Tapi rasanya sedap jugak.  #ecececeh ;p Inilah rupa kek pisang berbadam tu. Sebenarnya, resepi tu takde letak badam pun. Aku je memandai letak Hewhewhew~ Aku ikut resepi kat SINI. Cuma before nak bakar tu aku campak badam. Tapi serius, sedap. Dah tu senang pulak nak membuatnya. Buat kak umie terima kasih atas perkongsian resepi yang maha sedap ini ^_^ p/s - sape yang teringin nak makan kek pisang tu bolehlah cuba ye :)

Tak Semestinya Cerita Terbaru Saja!

Image
Assalammualaikum.. Hari - hari aku jenguk blog ni tapi langsung tak ada 'selera' nak updated -.-' Nak kata takde cerita, aku rasa tahun nilah sebenarnya banyak cerita nak dikongsi kat sini.  Tapi itulah tahap kemalasan makin menjadi - jadi. Bagai isi dengan kuku yang tak dapat dipisahkan lagi #ayat. hurm. Dan bila seseorang tanya kenapa aku tak updated blog ni lagi. Aku cakap malas dan takde idea. Pastu dia cakap apa? "eh, gambar yang kau simpan banyak - banyak tu bukankah boleh dijadikan entri blog ni?" Aku jawablah gambar - gambar tu dah basi. Citer zaman batu. Mana orang nak baca!  Dan korang tahu dia balas apa? "kau ni nak berblog memang nak orang baca je ke? bukan ke dulu kau kata buat blog ni saja suka - suka? kalau orang baca, oklah. kalau tak baca pun no hal. lagipun blog ni nanti boleh jadi tatapan anak cucu  kau. anak buah kau. kawan - kawan kau. pasal gambar tu kau tak dapat nak ikut sangat masa yang kau ada