klik sekali~

Monday, April 15, 2013

Cameron Lavender, Cameron Highland.

Assalammualaikum..


Hari tu naik lagi Cameron Highland (CH).
Entah kali berapa aku naik CH pun aku dah tak ingat.
Lagipun ada beberapa site kat sana, jadilah kalau testing ke apa boss selalu jugak ajak naik.
Tapi memandangkan my bff datang sini, jadi haruslah bawak naik CH kan?
Ipoh - Cameron bukannya jauh mana pun. 
Apatah lagi ikut Simpang Pulai.
Memang dekatlah~


Memandangkan kita orang nak ke Melaka terus, jadi kita orang hanya sekejap je kat CH.
Singgah tempat wajib pastu turun ikut Tapah sebelum masuk highway.
Untuk entri kali ni, kita singgah dulu dekat CAMERON LAVENDER! (CL)
 Masa kita orang naik bulan hujung bulan 2 hari tu, CL ni macam baru bukak tau.
Sebab masih jelas 'baru' dalam setiap pelosok tempat ni.
Oh ye, lupa nak cakap. Masuk bayar Rm5 seorang.





Serius, cantik sangat - sangat!. 
Walaupun namanya Cameron Lavender tapi banyak jugak bunga - bunga lain di tanam dekat sini.
Warna - warni :')






Yang kiri tu bff aku, Shila. 
Sebenarnya lama dah plan nak jalan - jalan kat semenanjung ni sama - sama.
Dan tahun ni baru menjadi.
Cuma sorang lagi bff kita orang, Emi ~ tak dapat join. 
Tapi takpe, bulan 5 ni kalau takde apa Emi pulak datang sini. Yehaaa~!





Berposing bersama teman adalah satu perkara kewajipan. Gitu ;p





Cantikkan?? #subhanallah





Dekat belah atas ada tempat strawberry.
Tapi kita orang tak masuk pun ladang strawberry dia.





Kereta ni comel sangat, macam nak bawak balik je!




Dan begitulah entri di CL.
Sape yang nak naik CH tu, aku cadangkan singgahlah ke sini.
Insya-Allah, ia tidak akan mengecewakan ^^



p/s - bulan 5 ni Insya-Allah akan naik CH lagi. tapi kali ni dengan family my bro pulak :)




2 comments:

Namee Roslan said...

seronoknya !! kathy...alaaa namee teringin nak pergi cameron tapi kalau nak naik tu kena ikut jalan pusing2 tu kan ?? alaaa pening. :/

Nazayiena Ayiena said...

Bestnya,kmk pegi ch sik sempat nak metik buah strawberry.....