Tak Semestinya Cerita Terbaru Saja!

Assalammualaikum..


Hari - hari aku jenguk blog ni tapi langsung tak ada 'selera' nak updated -.-'
Nak kata takde cerita, aku rasa tahun nilah sebenarnya banyak cerita nak dikongsi kat sini. 
Tapi itulah tahap kemalasan makin menjadi - jadi. Bagai isi dengan kuku yang tak dapat dipisahkan lagi #ayat. hurm.


Dan bila seseorang tanya kenapa aku tak updated blog ni lagi.
Aku cakap malas dan takde idea.
Pastu dia cakap apa?


"eh, gambar yang kau simpan banyak - banyak tu bukankah boleh dijadikan entri blog ni?"


Aku jawablah gambar - gambar tu dah basi. Citer zaman batu. Mana orang nak baca!
 Dan korang tahu dia balas apa?


"kau ni nak berblog memang nak orang baca je ke? bukan ke dulu kau kata buat blog ni saja suka - suka? kalau orang baca, oklah. kalau tak baca pun no hal. lagipun blog ni nanti boleh jadi tatapan anak cucu  kau. anak buah kau. kawan - kawan kau. pasal gambar tu kau tak dapat nak ikut sangat masa yang kau ada. tak semestinya gambar hari ni kena buat entri hari ni jugak. gambar tahun - tahun lepas pun ok apa? sekurang - kurangnya kau dapat flashback memory kau pada gambar tu."


Kemain panjang lagi hujah dia ni tau! Tapi betul jugak kata dia. Yelah selalunya blogger ni nak updated citer yang latest aje. #akulah tu. hikhik~
 Jadi, dengan keazaman yang ada (azamlah sangat. heh!), aku akan try aktifkan semula blog ini (sambil mata menyala penuh semangat!).
Dan aku akan sajikan korang citer zaman apa tah nanti. Alah, yang penting adakan? (^^,)V
Tak dapat updated setiap hari, sebulan sekali pun jadilah kan? Hahaha~
Apa - apa pun CHAIYOK KATHY!!!


 sumber picture dari Miss Google!



Comments

labulabi said…
crita jgan sik crita. :)
bena kta ktk ya. ktk cerita jak apa2. hihi. kmk sudi baca. ok?
Isabel Diaz said…
Cerita jark. Zaman batu ka, Zaman P. Ramlee ka. Asal nya best mest owg suka maca..
semoga terus sentiasa aktif berblogging dan semoga dapat banyak idea untuk terus menaip di blog..:)
Namee Roslan said…
tak kisah pun kisah zaman bila...asalkan ada cerita !! namee nak baca ! hehe. :)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.