al-kisah

salam ramadhan semua.. lama dah tak ada entri baru.. yelah sejak 2 menjak ni aku malas sangat nak on9.. kalau on9 pun jz cek email.. ermm, berbalik dengan entri kali ni aku nak share sikit apa yang berlaku sejak aku x on9 akhir2 ni.. balik jer dari seremban aku terus ambik tempat mak aku buat kuih, mee dan nasi lemak.. mak aku kena g krusus.. yang x tahan nya mak aku boleh suruh aku buat plan pemasaran untuk group diaorang.. mentang2 aku ambik kos marketing.. sampai pukul 3 pagi aku siapkan assignment mak aku 2.. pagi nya plak makcik aku yg 1 group mak aku datang ambik assignment diaorang..kul 6 pagi lak 2 dia dtg umah..alahai~~~

bila mak dah habis krusus aku ambik alih tugas masak memasak, kemas umah, semua yang berkaitan dengan rumah tangga lah.. hahahaha.. padan muka aku kan? yelah orang lain sibuk keja aku sibuk duk umah.. tapi nak buat macam mana aku ada final test hujung bulan 12 nie.. mana lah tau dapat jadi SHO berjaya.. chewah ^^ tapi jeles jugak tgk membe2 semua dah keja.. aku jer yang terkontang kanting macam nie.. so sad ;( aku tahu ada suara2 mengatakan aku memilih kerja, dan ada jugak yang mengatakan aku bodoh kerana tidak mahu meminta pertolongan abg aku untuk mendapatkan keja..huh!

aku tahu dah masuk 1 year aku menganggur tapi jangan lupa aku ada ambik krusus SHO 6 bulan dan sekurang2nya aku tak totally menganggur. tapi minggu lepas aku mendapat 1 berita yang agak gembira.. mayb after raya aku dah boleh keja.. keja apa? biarlah rahsia dulu.. bukan apa takut tak jadi lak.. tapi doa2kan lah jadi ye.. mak pun restu keja tu.. insyaAllah semuanya akan jadi lebih baik dengan adanya restu mak.. amin ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.