Posts

Showing posts from June, 2014

Majlis Akad Nikah Kathy Tuah & Mohd. Azfar

Image
Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah. 8/6/2014 yang lalu, aku sah jadi isteri kepada encik azfar. Syukur Ya Allah. Walaupun hanya sebuah majlis yang ringkas, tetapi tetap bermakna buat kami. Untuk pengetahuan semua, kami hanya membuat majlis akad nikah. tiada majlis resepsi. pelamin dibuat pun untuk sesi bergambar dan selfie ;p




Gambar perkenalan haruslah gambar pengantin baru. tak gitu? :) baju biru nilah untuk akad nikah. untuk bergambar di pelamin. dan untuk sesi outdoor. jimat banyak di sini. kehkehkeh.





baiklah. ini permulaan cerita. majlis akad nikah start pukul 9 lebih macam tu (pagi). pihak lelaki datang tepat pada waktunya. tak lambat tak jugak cepat. rombongan lelaki datang jauh dari semenanjung. sebenarnya, aku tak tahu pun belah lelaki ada buat hantaran sebab dah plan awal-awal memang tak ada buat hantaran. jangan pelik ye sebab kat sarawak ni, kalau yang buat hantaran time akad nikah tu dah kira ikut trend terbaru lah tu. sebab kat sini sejak dulu lagi masa akad nikah memang…

WALIMATUL URUS KATHY TUAH & MOHD.AZFAR ABU HASSAN

Assalamu'alaikum W.B.T. & Salam Sejahtera

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati untuk menjemput Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/Cik ke majlis perkahwinan kami, KATHY BINTI TUAH dengan MOHD. AZFAR BIN ABU HASSAN.

Pada : 8 JUN 2014 bersamaan 9 SYAABAN 1435H (AHAD)
Lokasi : No. 74, Lorong Sandong 2, Kampung Sandong, Jalan Datuk Stephen Yong, 93250, Kuching, Sarawak.
Koordinat : N 01’29.023 E 110’17.062

ATURCARA MAJLIS :
0930 pagi : Majlis Akad Nikah
1000 pagi - 1 petang : Jamuan Makan

Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi, berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri, mendoakan mempelai diberkati Ilahi.. 

p/s : sib…