Friday, June 27, 2014

Majlis Akad Nikah Kathy Tuah & Mohd. Azfar

Assalamualaikum.. 


Alhamdulillah. 8/6/2014 yang lalu, aku sah jadi isteri kepada encik azfar. Syukur Ya Allah. Walaupun hanya sebuah majlis yang ringkas, tetapi tetap bermakna buat kami. Untuk pengetahuan semua, kami hanya membuat majlis akad nikah. tiada majlis resepsi. pelamin dibuat pun untuk sesi bergambar dan selfie ;p





Gambar perkenalan haruslah gambar pengantin baru. tak gitu? :) baju biru nilah untuk akad nikah. untuk bergambar di pelamin. dan untuk sesi outdoor. jimat banyak di sini. kehkehkeh.



 



baiklah. ini permulaan cerita. majlis akad nikah start pukul 9 lebih macam tu (pagi). pihak lelaki datang tepat pada waktunya. tak lambat tak jugak cepat. rombongan lelaki datang jauh dari semenanjung. sebenarnya, aku tak tahu pun belah lelaki ada buat hantaran sebab dah plan awal-awal memang tak ada buat hantaran. jangan pelik ye sebab kat sarawak ni, kalau yang buat hantaran time akad nikah tu dah kira ikut trend terbaru lah tu. sebab kat sini sejak dulu lagi masa akad nikah memang takde buat hantaran bagai.




 ni, mak cik encik suami. muka nampak serius, tapi sebenarnya dia baik :')



tapi belah lelaki cakap hantaran ni untuk buah tangan daripada pihak mereka. tak perlu nak balas. yelah, macam mana jugak nak balaskan kalau tahu dorang bawak hantaran masa majlis nak mula. hehe.





 



ini antara tetamu yang hadir. majlis dekat kuching ni memang mula awal. dalam pukul 10 pagi. memandangkan majlis aku ada akad nikah, jadi majlis dimulakan awal sedikit. jadi dalam pukul 10 tu dah start sesi makan - makan. 

 



  

Yang duduk atas kerusi tu,  bapak. bapak tak dapat duduk dekat bawah sebab kesihatan tak mengizinkan. 
 





masa bapak mula - mula sakit dulu, dia selalu cakap dekat puan mak yang dia nak tengok aku kawen :'( bukan apa, aku sorang je lagi yang tak kawen. dahlah anak bongsu. perempuan pulak tu~ 




 



Saat hiba bermula. masa ni tok kadi minta izin kat bapak. dan mintak persetujuan daripada aku. memandangkan  bapak sekarang punya kesukaran untuk bercakap, jadi situasi itu menjadi semakin sayu *nangis*








bapak tak dapat tahan kesedihan beliau. aku kat sebelah tak payah cerita. mekap ke apa ke memang tak ingat dah. teresak - esak aku nangis. masa ni tak akad nikah lagi. tapi serius, setiap kali aku pandang gambar ni, aku jadi pilu yang teramat. moga kesihatan bapak semakin baik dan kalau boleh dia dapat lihat cucu dia yang keluar daripada rahim aku pulak.





 



sesi akad nikah pulak berlangsung. tok kadi ni orang kampung aku. jadi sekejap je dia dah sampai. dah satu kampungkan.








wajah yang sukar untuk dimengertikan. nampak macam tak sihat je kan? tapi syukur dengan sekali lafaz kami sah jadi suami isteri :')




 




gugur jugak air mata encik suami. banyak sebab kenapa air mata beliau gugur pada hari tu. tapi biarlah jadi rahsia kami berdua. amboi~ hihi.





  



aku pulak tak payah cakaplah kan. tengok cerita katon Frozen lagi boleh nangis, ini pulak time macam ni. lagipun lama tau kita orang kawan. lama jugak tunggu saat macam ni tiba. bila dah tiba masanya, pasti rasa tak sangka tu akan menjelma. bukan apa, takut tak ada jodohkan? sebab jodoh kan rahsia Allah. dan alhamdulillah, sesungguhnya jodoh aku memang dah tertulis dengan dia.

 


 



selesai akad nikah, encik suami solat sunat dalam bilik tetamu. masa beliau solat sempatlah aku touch up sikit mekap yang dah luntur. huhu. rimas tau pakai mekap - mekap ni. rasa macam dah tak 'ori' je muka aku time tu T_T




 



dah encik suami solat, barulah sesi sarung cincin dan salam - salam berlaku. dan lepas tu, sekali lagi sesi air mata berlaku. menangis aje kerja aku masa ni. heh!







kalau korang tengok dalam gambar tu muka bapak aku dah sebegini sedih, apatah lagi kalau korang tengok betul - betul depan mata. masa ni takde dah istilah malu nangis depan khalayak ramai. muka - muka kaum keluarga yang ada dekat situ lagi syahdu kan? apatah lagi aku dengan bapak yang merasainya :'( sayang bapak sampei syurga~







ini dengan emak pulak. sempat emak bisikan nasihat di telinga aku masa ni. emak nangis. bapak nangis. aku dah sah - sah nangis! 28 tahun jadi anak perempuan mereka yang merangkap anak bongsu mereka, pasti bila tiba hari bersejarah ini akan memberi kesan yang mendalam dalam hati kami semua.




 



dah sudah settle semua, barulah sesi bergambar bermula. aku dengan encik suami sempat berbual atas pelamin -.-' nampakkan betapa tak senonohnya pengantin perempuan T_T masa ni tetamu takde sangat depan pelamin tu yalah time makan kan? itu yang boleh buat macam - macam atas pelamin. kehkehkeh.




 



 ini effa. orang yang tolong inaikan jari aku. yang teman aku pegi mekap pagi - pagi buta. dan teman pegi bergambar outdoor. hihi.




 



ini kakak aku dengan anak dia. masa ni sapa - sapa je boleh datang bergambar. takde protokol bagai. aku dengan encik suami pun tak perlu jadi patung cendana atas pelamin tu ;D masa baca doa jelah kami duduk elok - elok. lepas tu sesi merenjis air mawar. ada yang gelak - gelak. gurau - gurau. tapi part abang - abang aku, semua mereka nangis. aku ada 4 orang abang, jadi empat - empat nangis. sobsobsob~





 


 ini sepupu aku. mereka dua adik - beradik. yang baju coklat tu sama umur aku. sama sekolah dulu. yang tudung merah tu pulak adik dia. adik dia ni study dekat maktab perguruan di ipoh. jadi dia dah kenallah dengan encik suami. sebab kita orang dah pernah pergi cameron, kedah dan perlis sama - sama. pergi kl pun penah sama - sama.





 



ini antara gadis - gadis cantik dan manis yang turut hadir. aku ni dahlah rabun, lens memang aku tak berani pakai jadi masa majlis tu aku tak nampak sangat orang -.-' main senyummmm je. hahaha. sori ye pada yang tak terpandang dan tertegur tu ;)










dah sudah bergambar kat pelamin, ada sesi 'makan nasik temuan'. masa ni happening sikit. makan nasik temuan ni, seseorang akan bukak bekas berisi nasi, lepas tu pasangan pengantin akan berebut - rebut masuk dalam mulut sendiri. tiga kali kut. kali ketiga tu kena suap dalam mulut pasangan masing - masing. sapa cepat dialah menang. hehe. masa ni aku main tipu. aku tahan tangan encik suami. kehkehkeh. pada pendapat aku, sesi makan nasik temuan ni lagi best daripada sesi potong kek ;D







dan, dah sudah itu terus pergi cari port untuk sesi gambar di luar pulak. jurugambar wan & fahmi photography :) suka berkerjasama dengan mereka berdua. masih ada lagi gambar. nanti letak yang lain di entri yang lain pulak ye. rasanya itu jelah nak cerita. ada masa nanti aku buat entri aktiviti sebelum majlis bermula. bukan apa, untuk buat kenangan di hari tua nanti. hehe. 


p/s - doakan kami kekal bahagia sampai ke syurga :') 



7 comments:

Ezy Loy said...

tahniahhhhhh!
slmt pengantin baru!

kite yg bace ni pon sebak..
syahdu sgt..

juls julie said...

Assalam..

Tahniah.. semoga kekal ke akhir hayat.

Sebabk juak nangga pic tok...sbb masa kmk nikah dekat 8thn yg lps bapak dah sikda.. terpaksa wali hakim berwakilkan abg.. :'(

Cik Yatt said...

tahniah! sama lah kite bongsu..he

Nieda ramly said...

tahniah Kathy . semoga jodoh berkekalan

Nieda ramly said...

tahniah Kathy . semoga jodoh berkekalan

labulabi said...

tahniah oii kitak.selamat pengantin baru.semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa.selamat menyambut bulan ramadhan juak.

Aniz Wonderland said...

Tahniah dear, moga berkekalan hingga ke Jannah dan di permudahkan segala urusan setelah berumah tgga..serius baca entry nih sedih sangat, mengalir air mata nih nasib sempat cover coz baca kat ofis risau orang nampak saya nangis heran pulak. Tahniah seklai lagi.