Posts

Showing posts from May, 2013

Jonker Walk, Melaka.

Image
 Assalammualaikum.. Ke Melaka pulak. Kali ni ke Jonker Walk. Siapa yang pernah datang Melaka dia tahulah kut. Yang tak pernah datang mungkin tahu jugak sebab ramai yang updated pasal tempat ni. Dekat tv pun selalu ada. Blog tempatan lagilah ada. Yang terbaru blog ni. Eh - eh - eh ;p  Selamat datang ke Jonker Walk (^_^) Jonker Walk ni tempat wajib aku pergi kalau sampai ke Melaka. Dulu masa study kat sana, rumah sewa kita orang dekat - dekat situ. Jadi jalan kaki jelah nak ke sini. Tapi bak kata orang, dulu lain..sekarang dah lain. Banyak dah berubah.  Kedai makan atau cafe makin banyak.  Barangan yang dijual pun bertambah - tambahlah banyak.  Antara barangan yang kiut yang ada di Jonker. Cantikkan kan? Hand made ni kalau tak silap. Anting - anting. Masa study dulu suka beli anting - anting ni. Tapi sekarang dah tak suka pakai anting - anting. Tak tahu kenapa. Harga barangan kat sini masih reasonable.  Kalau pandai tawar - menawar, lag

Lata Kekabu, Lenggong, Perak.

Image
Assalammualaikum.. Kalau sebelum ni entri aku ke Annah Rais Hot Spring , Padawan, Sarawak tapi entri kali ni kita ke Lata Kekabu di Lenggong, Perak. Jangan tanya bila aku pergi sebab aku lupa -.-' Tapi dalam bulan dua ke tiga macam tulah. Lata Kekabu ni ada air terjun, tapi aku tak pergi tengok pun air terjunnya sebab aku duduk dekat belah bawah je. Dekat air yang tak terjun. Sebut pasal air terjun tiba - tiba aku teringat teka - teki anak buah aku yang berbunyi begini ; "usu, banyak - banyak air, air apa paling berani?" Aku pun jawablah semua adik - beradik air dalam dunia ni tapi semuanya salah. Heh! Bila aku tanya apa jawapannya kat dia, dengan belagak dia cakap ; "air terjunlah sebab dia berani terjun!" sambil ketawa geli hati. Ceh! Berbalik dengan Lata Kekabu ni tadi, kedudukan dia dekat..dekat Lenggong dalam Negeri Perak. #sebenarnya aku tak tahu macam mana nak terangkan kedudukan sebenar tempat ni. Tapi ada s

Annah Rais Hot Spring, Padawan, Sarawak.

Image
Assalammualaikum.. Cuti sekolah datang lagi. Time macam ni memang ramai yang buat kenduri kawen dan ramai jugak yang ambik kesempatan untuk bercuti. Jadi, sepanjang cuti ni kita updated pasal tempat - tempat menarik dalam Malaysia yang penah aku pegi ye.Nak citer pasal oversea tak mampu lagi :'(  dan Malaysia ni pun aku tak habis pusing lagi. Sobs~ Okeylah, tak mau mukadimah panjang - panjang kita terus ke tajuk asal. Eceh!  Masa aku balik Kuching untuk mengundi awal bulan ni, sempat jugaklah adik - beradik aku bawak aku dan keluarga dorang mandi kolam air panas di area Puncak Borneo. Nak ke sini, jauh jugaklah. Dalam sejam lebih dari rumah aku. Ke dua jam macam tu.  Tapi aku suka je jalan - jalan jauh macam ni. Dapat tengok kawasan orangkan? Bayaran masuk dia seperti tertera di atas. Okeylah kan? Lagipun tempat dia bersih. Kiranya terjagalah. Dan aku boleh rekomen inilah antara tempat yang menarik di Sarawak yang korang harus pegi :)

Resepi Sup Oat Dan Sambal Tutok!

Image
Assalammualaikum.. Oat. Sebut saja oat aku dah bayangkan yang dia kena makan dengan susu. Tak pun air panas je. Kalau cara tu memang sampai bila - bila pun aku takkan try! Paling tak pun kene masukkan milo sikit ke. Madu dan buah - buahan ke. Barulah sedapkan?   TAPI ~ tidaklah sesedap SUP OAT buatan aku ni #macamlah sedap sangat Hewhewhew.. Baiklah. Di bawah ni sup oat yang  aku buat.  Sedap okey! Dah rasa macam makan bubur ayam mekdi pulak #okey,tipu!   RESEPI SUP OAT. Bahan - bahannya :) Oat  (aku guna yang instant punya tu. kaler merah peket dia) Cincang bawang putih, halia dan bawang merah.  Kentang dipotong dadu.  Sedikit isi ayam yang dah dipotong kecik-kecik. Sayur bayam Kiub ayam Sedikit garam. Sedikit minyak. Cara membuatnya =) Panaskan sikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah sampai garing. Masukkan air, kiub ayam, kentang dan isi ayam. Biar sampai kentang empuk. Kalau sup ni agak banyak

Dim Sum Halal Di Ipoh, Perak

Image
 Assalammualaikum.. Entri kali ni fresh dari ladang. Sebab perkara yang nak diceritakan ni baru je berlaku tengah hari tadi.  Selalunya entri dah basi jekan? Tapi tidak untuk hari ni #sambil tersenyum bangga Kehkehkeh! Begini. Aku suka sangat makan dim sum. Tapi korang tau jelah, nak dapat dim sum yang halal kemain payah lagi. Biasalahkan dim sum ni kan makanan orang cina. Jadi, dengan penuh kegigihan, aku pun cari info di Google. #gigihlah sangat -.-' Dan akhirnya terjumpa Greentown Dimsum Cafe! Di mana? Tak tengok title entri aku tu? Di Ipohlah. (jawab dalam hati)  Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak. Tel/Fax: 05-255 2010. Berdepan dengan 7E dan PTPTN dan sederet dengan Chatime. Semangat aku bagi alamat dulu ye. Heh!   Baiklah. Kita ke restorannya pulak ye. Di muka pintu tu dah terpampang tanda Halal. Jadi usah risau usah bimbang. Ramai kaum adam dan hawa beragama Islam menjamu selera

Klebang Original Coconut Shake.

Image
 Assalammualaikum..  Masih cerita pasal Melaka. Tapi kali ni cerita pasal Klebang Original Coconut Shake (KOCS) Sebelum tu kita tengok gambar ni dulu ^_^     Yeah! Inilah dia the best coconut shake di Melaka. Time panas - panas macam ni memang layanlah kan kalau pekena coconut shake ni.  Rasa air kelapa dan isinya dicampur pulak dengan kemanisan ais krim vanilla. Di tambah pulak dengan ais. Pergh! Boleh pengsan kesedapan tahu! #okey,over sudah!    Masa aku pergi orang tak ramai sangat beratur. Aku take away je sebab anak buah aku tidur masa tu. Ambiklah coconut shake special punya. Harga RM 2.50. Okeylah kan? Lagipun bukan selalu datang Melaka ni.  Inilah mangsa - mangsa penangan KOCS. Sape yang beli special, laju aje siap. Tapi yang beli biasa tu, kene tunggu lah pulak. Bila aku tengok signage ni, baru aku perasan yang tepi jalan ni untuk yang take away je. Sebab dulu masa aku pergi, makan deng

Muzium Kapal Selam, Melaka.

Image
Assalammualaikum.. Aku ke Melaka lagi. Tapi kali ni pergi dengan family abang aku.  Sebenarnya dorang datang awal. Dah jalan dekat Ipoh dan Cameron Highland. Masa nak ke Melaka, kita orang singgah dulu ke Port Dickson. Nantilah aku cerita pasal tempat - tempat tu ye :) Aku sebenarnya first time jugak masuk ke muzium ni Hehe. Dulu masa datang ke Melaka malas nak pergi. Tapi kali ni kene pergi jugak sebab abang aku nak sangat tengok kapal selam ni. Gambar atas ni, dari pandangan depan kapal selam. Atas ni pulak gambar dari pandangan belakang. Besar jugaklah kapal selam ni.  Patut pun siap masuk Majalah Tiga masa dorang bawak kapal ni ke Melaka. Ini pulak bahagian dalam. Sana - sini mesin. Laluan dia kecik je. Tempat tidur krew pun muat - muat badan aje. Kalau yang tidur buas tu ntah macam manalah kan? ;p Dalam ni sejuk. Ada air cooler fan #betul ke nama binatang tu -.-' Ruang makan dalam kapal sel

Luahan Hati Sebelum Membuang Undi.

Assalammualaikum.. Esok proses buang undi. Insya - Allah esok jugak kita akan tahu siapa yang menjadi pucuk pimpinan. Walaupun tempoh berkempen tak lama mana tapi kesan berkempen kali ini beri jugak efek kat aku. Efek apa? Efek BOSAN #siap caps lock bagi jelas! Serius, okey. Aku bosan. Bosan bila on radio lagu kempen. On tv berita kempen. Surat khabar, kempen. Fb? Kempen.  Aku tak kisahlah orang nak berkempen segala, tapi kalau dah sampai hampir semua saluran tv, radio, fb siarkan perkara yang sama mahunya tak muak! Dan yang paling aku tak suka, bila aku dapat SMS raih undi daripada pihak - pihak tertentu.  Dapat tengah - tengah malam pulak tu! Adoi.. Siang - siang tak boleh SMS ke? -.-' Aku bukan tak suka kerajaan mahu pun pakatan rakyat (eh, macam atas pagar aje? hikhik) tapi aku kurang berkenan pada yang penyokong tegar mereka tu. #lagi-lagi si penghantar SMS!  Kadang - kadang aku tengok mereka ni terlalu taksub pun ada.   Cer rilek si

Be happy!

Image
Assalammualaikum.. Ada sesetengah orang di sekeliling kita tak suka melihat kita happy. Manusia spesis ni suka kita tak happy. Kita tak bahagia dan kita berduka cita :'( Jangan cakap manusia seperti ni tidak wujud, okey!  Kadang - kadang kau tak kacau dia pun dia boleh tak suka dengan kehidupan kau.  #dunia~ Buat orang macam ni, please be happy. Kalau kau happy, kau akan makin happy bila orang lain happy.Atau kau makin - makin happy bila orang lain tak happy???  Kalau dah macam tu, Allah pun tak happy, tahu! #tengok~betapa banyak perkataan happy di situ T_T  p/s - kadang - kadang lebih senang nak happy(kan) hati orang daripada hati sendiri. pic daripada SINI.