klik sekali~

Monday, May 27, 2013

Annah Rais Hot Spring, Padawan, Sarawak.

Assalammualaikum..


Cuti sekolah datang lagi. Time macam ni memang ramai yang buat kenduri kawen dan ramai jugak yang ambik kesempatan untuk bercuti.
Jadi, sepanjang cuti ni kita updated pasal tempat - tempat menarik dalam Malaysia yang penah aku pegi ye.Nak citer pasal oversea tak mampu lagi :'(  dan Malaysia ni pun aku tak habis pusing lagi. Sobs~


Okeylah, tak mau mukadimah panjang - panjang kita terus ke tajuk asal. Eceh! 
Masa aku balik Kuching untuk mengundi awal bulan ni, sempat jugaklah adik - beradik aku bawak aku dan keluarga dorang mandi kolam air panas di area Puncak Borneo.




Nak ke sini, jauh jugaklah. Dalam sejam lebih dari rumah aku. Ke dua jam macam tu. 
Tapi aku suka je jalan - jalan jauh macam ni.
Dapat tengok kawasan orangkan?






Bayaran masuk dia seperti tertera di atas. Okeylah kan?
Lagipun tempat dia bersih.
Kiranya terjagalah. Dan aku boleh rekomen inilah antara tempat yang menarik di Sarawak yang korang harus pegi :)






Masuk je kita terus dihidangkan dengan kehijauan pokok - pokok.
Masa ni awal lagi. Dalam pukul 10 lebih kalau tak silap.
Orang pun dua tiga ketul je.





Macam nilah rupa sungai tu.
Mana kolam air panasnya? tunggu ~ 
Air sungai ni cetek je. Sape yang pandai berenang tu memang rasa tak mencabar langsunglah sungai ni ;p







Haaa~ nampak tak kolam tengah - tengah sungai tu??
Itulah dia kolam air panas.
Ada lagi kolam yang lagi satu. Tapi aku rasa yang nilah paling panas.
Langsung aku tak mampu nak masukkan kaki dalam tu.
Panas kemain lagi! 


Kolam yang lagi satu tu boleh siap masuk dalam tu lagi. Tapi aku lupa nak ambik gambar.






 Bila dah mandi - mandi macam ni haruslah ada makanan.
Bila dah berendam lama dalam air tu, perut pun akan mengada - ngada lapar.
Apa lagi, naik atas terus laju - laju ambik nasi lemak buatan kakak ipar.
3 orang kakak ipar aku pegi, jadi macam - macamlah makanan yang ada.
Aku pulak tukang makan. Hehe~







Antara anak - anak buah yang kelaparan. Sebahagian daripada dorang tengah mandi. Abang - abang aku dan abang ipar aku sibuk bakar ayam dengan sosej. 
Memang pegi tu bukan untuk beriadah je tapi untuk makan jugak ;-D




Dalam aku tengah kusyuk makan, aku tak sedar rupa - rupanya kolam air panas tu dah penuh dengan orang. Yelah, 1 May. Orang cuti.
Oh ye, pada yang datang nak mandi tu jangan susah hati sebab ada tempat untuk tukar pakaian. 
Masa aku pergi tu memang bersih.
Tak tahulah kalau masa akan datangkan?



So, sapa yang tengah mencari - cari tempat bercuti kali ni bolehlah try datang sini :)



p/s - semalam kenduri di penang dan sempat singgah makan mee udang kat pulau sayak!




6 comments:

ejulz said...

mcm pernah pegi tp x ingat.. hehe

Yumida Huda said...

ok ka jeraya pg kat sia?
org madah jerayanya x bagus
n berbukit bukau
mun makei keta rasa x dpt..mun makei bas jak dpt..bena kah?
kmk org baruk jak beli umah are pedawan sia..ya la tek planning nak ke kolam panas ya..kan kira x jauh..tp org madah jeraya x bagus...

mun jeraya ok..tringin juak mok pg sia...mandi manda

Kathy Tuah said...

@Yumida Huda - kmk pegi riya tek ok jak jeraya.. dah nak sampei kolam aik panas ya baruk ada jalan bebatu ckit..tp xdalah panjang jeraya bebatu ya..ckit jak.. kmk org pegi riya suma pakei keta jak.. try ktk pegi.. insya-Allah ok :)

Isabel Diaz said...

Penah dengar tapi sik penah pergi (^_^)

moizate said...

padawan????? x penah dgr pun tmpt tu.. NAK PERGI~~~

law fung yee said...

Hi, I'm fy, A master student from Unimas in Kuching. Now I am doing a study in Bario, Kampung Annah Rais and Kampung Mongkos in Kuching. I found that you ever been to Kampung Annah Rais before. Therefore, I would like to invite you to fill a survey regards service quality in Kampung Annah Rais and yours satisfaction and destination revisit intention to serve my thesis’s purpose. I would be very appreciating that if you can give a hand to help. You can fill the questionnaire using the link as shown as below. Thanks.

https://docs.google.com/forms/d/1nHABHeO0Ff9ZeYeQpDzEMMJ8l3guRS-VM7uSOyshIgw/viewform