klik sekali~

Wednesday, May 29, 2013

Lata Kekabu, Lenggong, Perak.


Assalammualaikum..




Kalau sebelum ni entri aku ke Annah Rais Hot Spring, Padawan, Sarawak tapi entri kali ni kita ke Lata Kekabu di Lenggong, Perak.
Jangan tanya bila aku pergi sebab aku lupa -.-' Tapi dalam bulan dua ke tiga macam tulah.


Lata Kekabu ni ada air terjun, tapi aku tak pergi tengok pun air terjunnya sebab aku duduk dekat belah bawah je. Dekat air yang tak terjun. Sebut pasal air terjun tiba - tiba aku teringat teka - teki anak buah aku yang berbunyi begini ;

"usu, banyak - banyak air, air apa paling berani?"

Aku pun jawablah semua adik - beradik air dalam dunia ni tapi semuanya salah. Heh!
Bila aku tanya apa jawapannya kat dia, dengan belagak dia cakap ;

"air terjunlah sebab dia berani terjun!" sambil ketawa geli hati.

Ceh!


Berbalik dengan Lata Kekabu ni tadi, kedudukan dia dekat..dekat Lenggong dalam Negeri Perak.
#sebenarnya aku tak tahu macam mana nak terangkan kedudukan sebenar tempat ni.
Tapi ada signboard belah kiri tepi jalan nak ke Lenggong.
Maksudnya kalau kita dari Kuala Kangsar, signboard ni belah kiri.
Lebih kurang macam tulah.






Oh, Hutan Lipur Lata Kekabu nak penuh beliau.
Tapi takde pulak pokok kekabu terjumpa di sini. Ke aku yang tak kenal yang mana satu pokok kekabu? Tettt! 
Dekat sini parking dia banyaklah jugak tapi jalan nak masuk ke dalam ni agak tak berapa okey.








Kalau sudah ke tepi sungai macam ni, haruslah bawak makanan kan?
Sebab aku dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Begitu jugak dengan lemak di badan. MEMANG PAYAH NAK DIPISAHKAN! #siap capslock kau! 







Bila rilek - rilek kat sini tenang dan damai je jiwa dan raga. Deruan air yang menderu,
desiran angin yang menyapa lembut. Amat mengasyikkan! Terbuai - buai rasanya.
#siaplah! ayat novel dah keluar. kata penulis novel kan? haruslah~ lalalala (^_~)






Kawasan sini luas. Cuma macam yang aku taip kat atas tadi yang aku jalan dekat belah - belah bawah je. Dekat dengan tempat masuk.
Kalau naik atas lagi adalah jumpa air terjun. Mini jambatan gantung (kalau tak silaplah)





Kawasannya redup sebab dipayungi pokok - pokok nan rendang. Wah, gittew~
Wakaf untuk berteduh ada. Tandas ada. Surau pun ada.
Dan kawasannya amatlah bersih!
#masa aku pegilah. masa korang pegi nanti aku tak sure(lah) ye.







Ini namanya jambatan. Kalau tak kenal pegi masuk tadika semula. Tetiba jekan? Huhu~
Mesti korang tertanya - tanya kenapa tempat ni macam takde orang je?
Sunyi je?
Mari lihat gambar terakhir ini~






Haaa..itulah antara pengunjung yang datang. Tempat ni besar. Jadi orang berterabur ke tempat - tempat lain. Ada yang duduk dekat wakaf.
Ada yang lepak bawah pokok. Ada yang mandi. Begitulah keadaan sebenarnya.
Lagipun takkan nak ambik gambar orang jekan?
Nanti dorang fikir apa pulak~


Lata Kekabu memang antara tempat yang menarik yang ada di Perak. Jadi silalah datang. Masuk adalah PERCUMA! 


p/s - entri akan datang masih lagi berkisar dengan tempat menarik yang mungkin boleh korang lawati :)


3 comments:

ejulz said...

perghh.. nang bjalan jak la keja.. haha

Isabel Diaz said...

Hahah, sempat gik main teka teki..

moizate said...

dekat negeri mane eh