Muzium Kapal Selam, Melaka.

Assalammualaikum..


Aku ke Melaka lagi. Tapi kali ni pergi dengan family abang aku. 
Sebenarnya dorang datang awal.
Dah jalan dekat Ipoh dan Cameron Highland. Masa nak ke Melaka, kita orang singgah dulu ke Port Dickson.
Nantilah aku cerita pasal tempat - tempat tu ye :)





Aku sebenarnya first time jugak masuk ke muzium ni Hehe. Dulu masa datang ke Melaka malas nak pergi. Tapi kali ni kene pergi jugak sebab abang aku nak sangat tengok kapal selam ni.
Gambar atas ni, dari pandangan depan kapal selam.





Atas ni pulak gambar dari pandangan belakang. Besar jugaklah kapal selam ni. 
Patut pun siap masuk Majalah Tiga masa dorang bawak kapal ni ke Melaka.





Ini pulak bahagian dalam. Sana - sini mesin.
Laluan dia kecik je.





Tempat tidur krew pun muat - muat badan aje. Kalau yang tidur buas tu ntah macam manalah kan? ;p





Dalam ni sejuk.
Ada air cooler fan #betul ke nama binatang tu -.-'





Ruang makan dalam kapal selam kemain ohsem lagi you! 
Siap ada bunga segala Hikhikhik.





Bilik kawalan krew. Anak buah aku takut betul dengan patung ni.
Kalau tengok sekali imbas, memang nampak macam orang betul. Tapi kalau tengok dua kali memang taklah kan :D





Ini pulak masa beroperasi muzium ni.
Pada yang nak datang ke Melaka, jemputlah ke muzium ni ye.
Tempatnya dekat dengan Klebang.




Bayaran masuk pulak seperti tertera di atas.
Murahkan??
Tak mahal pun nak masuk sini.
Rasanya inilah antara tempat yang menarik yang perlu korang lawat bila datang di Melaka.




Eh, pemandu pelancong pun nak bergambar jugak. Klah. Bai :p




Comments

Isabel Diaz said…
Bestnya dapat jalan-jalan
:: Cik Viva :: said…
muzium kapal selam ni kat mana..area yang ada kapal besar yang kat dataran pahlawan tu ye...
Kathy Tuah said…
@:: Cik Viva :: - dekat area Klebang..yg dekat dataran pahlawan tu kapal samudera :)
mafizah said…
Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.