Klebang Original Coconut Shake.

 Assalammualaikum..


 Masih cerita pasal Melaka. Tapi kali ni cerita pasal Klebang Original Coconut Shake (KOCS)
Sebelum tu kita tengok gambar ni dulu ^_^
 


 



Yeah! Inilah dia the best coconut shake di Melaka. Time panas - panas macam ni memang layanlah kan kalau pekena coconut shake ni. 
Rasa air kelapa dan isinya dicampur pulak dengan kemanisan ais krim vanilla. Di tambah pulak dengan ais. Pergh! Boleh pengsan kesedapan tahu! #okey,over sudah! 



 



Masa aku pergi orang tak ramai sangat beratur. Aku take away je sebab anak buah aku tidur masa tu.
Ambiklah coconut shake special punya. Harga RM 2.50. Okeylah kan?
Lagipun bukan selalu datang Melaka ni. 






Inilah mangsa - mangsa penangan KOCS. Sape yang beli special, laju aje siap.
Tapi yang beli biasa tu, kene tunggu lah pulak.





Bila aku tengok signage ni, baru aku perasan yang tepi jalan ni untuk yang take away je.
Sebab dulu masa aku pergi, makan dengan take away masih kat gerai tepi jalan ni.
Aku ingat lagi masa tu siap boleh refill air kelapa. 
Sekarang ni tak tahulah boleh ke tak.


Pada yang nak ke Melaka tu, singgahlah ke KOCS ni ye. Gerai dia betul - betul tepi jalan dekat Klebang tu :) 


p/s - Melaka makin lama makin panas aku rasa. Oh ye, ini cerita minggu lepas Hikhik~






Comments

Isabel Diaz said…
Sik pernah gik mewk makan natang nama coconut shake
Qhaifa Nur said…
ramai yang beratur...
kalau pergi melaka harus singgah sini..
Eza Boom Boom said…
ntah bila gik kamek mok sampei melaka oww. best jak rupa coconut shake yaa :)
:: Cik Viva :: said…
Baru kuar tv td pasal cocunut shake klebang ni...mmg awsome....dapdap

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.