Resepi Sup Oat Dan Sambal Tutok!

Assalammualaikum..


Oat. Sebut saja oat aku dah bayangkan yang dia kena makan dengan susu. Tak pun air panas je.
Kalau cara tu memang sampai bila - bila pun aku takkan try!
Paling tak pun kene masukkan milo sikit ke. Madu dan buah - buahan ke. Barulah sedapkan?
 

TAPI ~ tidaklah sesedap SUP OAT buatan aku ni #macamlah sedap sangat Hewhewhew..
Baiklah. Di bawah ni sup oat yang  aku buat. 
Sedap okey! Dah rasa macam makan bubur ayam mekdi pulak #okey,tipu!
 




RESEPI SUP OAT.

Bahan - bahannya :)

Oat 
(aku guna yang instant punya tu. kaler merah peket dia)
Cincang bawang putih, halia dan bawang merah. 
Kentang dipotong dadu.
 Sedikit isi ayam yang dah dipotong kecik-kecik.
Sayur bayam
Kiub ayam
Sedikit garam.
Sedikit minyak.


Cara membuatnya =)

Panaskan sikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah sampai garing.
Masukkan air, kiub ayam, kentang dan isi ayam. Biar sampai kentang empuk.

Kalau sup ni agak banyak, korang ambik periuk lain dan masukkan beberapa banyak sup yang korang nak guna untuk makan dengan oat tu. 
Macam aku, aku makan satu mangkuk ni aje jadi aku ambik dalam 3 senduk sup dan masukkan dalam periuk lain. Baki sup tadi simpan, untuk makan tengah hari ke. Malam ke.

 
Sup di dalam periuk lain tu, korang on kan lagi api dan masukkan bayam. Biar seketika.
Bila bayam mula layu (mula layu ye, bukannya sudah layu) masukkan oat. 
Aku letak dalam 4 sudu makan je. Dan kacau agar mereka sebati.
Dan siap! 


Untuk mendapat tahap kesadapan yang maksimum, korang buatlah SAMBAL TUTOK! 
Macam dalam gambar. Ada orang suka makan dengan sambal tumis, tapi bila dapat orang malas macam aku, jadi sambal tutuk sudah cukup memadai :')






RESEPI SAMBAL TUTOK


Goreng ikan bilis hingga garing. Lepas itu tumbuk ikan bilis yang telah digoreng bersama cili padi.
Kalau nak letak garam sikit, letaklah. Tapi ikan bilis yang aku beli ni dah cukup masinnya.
Jadi, siaplah sambal tutok kita!






Rasanya menu ni sesuai untuk orang tengah berdiet ^_^
Apa - apa pun selamat mencuba! 


p/s - kuantiti bahan - bahan tu agak-agaklah ye ~





Comments

Ann Ishak said…
best jugak ek, saya biasa buat campur dengan ayam or udang sotong.
ctmz said…
nyaman na rupa lok.. bah, pastok mok try.. =)
follow mek ctok k :
http://the-red-heart.blogspot.com/
Trish Natasha said…
hello :) kmk dahfollow ktk. hope ktk follow balit sbb kmk pagging for sarawak bloggers :) ktk dah dlm bloglist sarawak kmk :)
Cik Yatt said…
yatt tak minat oat..hehe
ejulz said…
kmk xpandei mkn oat.. hehe
labulabi said…
adeh adeh lapar indah perut nangga.pegi sapan lok.hahaha

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.