Posts

Showing posts from July, 2011

Segmen : BEN ASHAARI dan BLOGGER ..

Image
assalammualaikum & hi~ lama tak join segmen abg ben. jadi pe kata hari ni kita join reramai dengan klik SINI laju - laju.  okay, gambar yang aku pilih adalah CHEESE BAKED MEATBALL - pizza hut. memandangkan nak puasa kan jadi aku pun pilihlah gambar berunsur makanan. hehehe. tapi kalau nak ikutkan gambar yang terbaik memang tak adalah sebab aku ni mana pandai ambik gambar cecantik. kamera pun yang biasa - biasa je -.-'  peristiwa gambar ni pulak? ala, aku baru je makan cheese baked meatball ni minggu lepas. bila dah makan ni, terus pizza aku abaikan. sedap pulak meatball dia. ke yang kat IKEA tu sedap lagi? aku tak penah pun pegi IKEA jadi tak penahlah rasa meatball kat sana. orang jauh katakan. sobsobsob~  p/s - selamat menyambut bulan Ramadhan!!

Buah Kepayang Atau Buah Keluak (Part 1)

Image
assalammualaikum & hi~        hari ni aku nak share pasal buah kepayang atau ada yang panggil buak keluak. penah dengar tak pantun macam ni 'sayang - sayang buah kepayang, di makan mabuk di buang sayang'. penah kan? tapi sebenarnya kalau betul cara pemprosesannya korang tak akan mabuk. serius! dah 25 tahun umur aku ni tak pernah lagi mabuk makan buah kepayang ni.        nampak tak bulatan kaler merah dalam gambar tu? tu la buah kepayang yang masih tergantung atas pokok. nak cari pokok ni kena masuk hutan beb! bukannya main petik macam kau nak makan buah jambu batu belakang rumah tu. jauh sekali okay~ korang kena la tunggu buah nya jatuh ke bumi milik Allah ini :') kat atas ni hasil kutipan aku dengan mak. aku selalu kutip yang masih sempurna macam ni tapi mak suka kutip yang bijinya yang terkeluar dari badan -.-' tengok, betapa gigihnya mak cari bijinya yang dah terkeluar dari badan buah tu. aku malas nak kutip biji dia sebab kecik - kecik. kalau kau tak

Dasar Binatang!

Image
assalammualaikum & hi~ hari ni mood berblog turun ke tahap negatif. tak tau kenapa. mungkin disebabkan pertukaran hormon? atau sebab si dia lambat reply mesej? adeh, dah nama pempuan kan? suka je nak jadikan isu lambat tu, untuk tarik muka empatbelasperpuluhanlima. eh, tak sume pempuan macam tu. aku sorang je kut -.-' tapi sebenarnya, sume mukadimah tu tak ada kaitan dengan entri kali ni. aku nak share pasal kucing kesayangan mak aku ni *sila rujuk gambar kat atas* adoi!! kemain kau tidur berbantalkan betik, berpelukkan pisang?? ceh! dasar binatang! jadi, kesimpulannya kat sini. jangan suruh kucing korang ikut aksi di atas. sekian!  p/s - kucing ni mata dia juling. serius!

Maaf, GCB Burger Bukan Pilihan Saya!

Image
assalammualaikum & hi~ aku pasti ramai penggemar gcb burger kan? tapi kenapalah deria rasa aku ni tak boleh terima gcb tu. adeh! memilih lah pulak kan? dah lah dapat free T_T  nasib baik insan yang bagi free tu boleh aku demand mintak double cheese burger. hahaha. dah dapat free, demand pulak. huhuhu. alang - alang orang dah bagi kan, jadi alang - alang tu aku demand lah sekali. tapi serius, gcb aku tak suka. ke, dia orang kat sini tak pandai buat. teeeettt!!! jadi kesimpulannya yang kat dalam gambar kat atas tu merupakan gcb *burger yang tak ada baju tu* , double cheese dengan kentang. aku layan double cheese je -.-' p/s - lepas ni nak demand ayam mcd pulak ^_^

Resepi Kuih Bingka Timun.

Image
assalammualaikum & hi~  ..kuih ni tak dipotong lagi ye. yang hitam2 tu abaikan jela. anggap masalah teknikal :') penah makan kuih bingka timun tak?? penah? kalau penah bagus. kalau tak penah meh sini kita tengok macam ne nak buat kuih yang sedap tahap gaban ni. serius sedap.  Bahan – bahan: 2 biji timun (dikisar) Sebiji kelapa (ambik santan) 3 gelas tepung gandum 1 ½ gula 2 sudu planta 1 biji telur Pewarna hijau secukupnya. (korang tak nak letak pewarna pun tak pe) Cara membuatnya : Kisar timun (guna blender) lepas tu masukkan gula, telur & planta dan perwarna hijau (aku masukkan sekali dalam blender tu. huhuhu) lepas tu blend sampai sebati.  Keluarkan bahan2 kisar tadi dan masukkan dalam bekas lain dan masukkan santan dan tepung. Masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Lepas itu bakar sampai masak.  p/s - kalau korang nak bakar guna oven pun boleh tapi aku guna acuan yang boleh bakar kat dapur gas tu. ntah apa ntah nama acuan sepsis tu -

Jagung.

Image
assalammualaikum & hi~  pagi - pagi dah makan jagung. tapi spesis jagung tak cukup umur -.-' tapi aku lebih suka makan jagung macam ni daripada jagung yang isi dia penuh tu. jagung ni bagus untuk menguatkan tulang, gigi, rambut & hati. lepas tu boleh turunkan tekanan darah. sape yang on diet ni bagus makan jagung sebab sifatnya bebas lemak & rendah kalori. untuk info lanjut tentang jagung klik SINI laju - laju ^_^  tapi, memandangkan jagung yang aku makan ni tak cukup umur pasti kandungan segala kebaikan dalam jagung tu pun tak matang lagi T_T  p/s - jangan skip sarapan tau!

Sukarnya Memohon Kemaafan.

Image
assalammualaikum & hi~    sumber gambar SINI. ..terlalu lama kutunggu saat ini untuk meluahkan maaf yang tersembunyi.. dalam masa tiga tahun, hari ni baru aku berani minta maaf dekat seseorang tu. rasa macam ringan je beban kat bahu ni dah. dan aku akui bukan senang nak memohon kemaafan. tambahan pula bila kita yang buat silap. sebab kita bukan mudah jugak nak mengakui kesilapan diri kan? eh, bukan kita. tapi aku -.-' alhamdulillah dia dah maafkan. tu yang aku rasalah, dalam hati dia, aku tak tau. cuma buat masa ni aku bersyukur sangat sebab masih diberi peluang untuk memohon kemaafan dari dia. lepas ni aku harap hubungan aku dengan dia akan baik semula. insyaAllah.  buat seseorang tu ~ terima kasih dan maaf atas segalanya. saya dah lama nak mintak maaf kat awak tapi saya tak berani. sebab dalam hal kita memang saya yang salah. cuma saya harap hubungan kita akan bertambah baik. amin..  p/s - bila dekat - dekat nak puasa & raya ni, entri lebih terjurus ke arah it

Wordless Wednesday # 6

Image

Bila Si Comey Sakit Lagi.

Image
assalammualaikum & hi~ kejap tadi abang aku call mak cakap si comey kat gambar atas ni terpaksa dimasukkan ke hospital lagi. kali terakhir dia masuk hospital pada 19/5 yang lepas. baca kat SINI sebab aku ada citer pasal ni kat situ.semoga dania cepat sembuh. amin~  p/s -  cuaca panas je sekarang ni kan. jadi jaga kesihatan diri & anak2~

Resepi Sambal Udang Petai.

Image
assalammualaikum & hi~      semakin nak puasa makin semangat nak post pasal makanan -.-' tapi okay jugak kan mana tau ada sapa2 teringin nak cuba try test resepi aku yang ntah apa - apa ni :')  tapi hari ni nak citer pasal resepi sambal udang petai pulak. ye aku tau ramai yang dah tau, tapi bagi yang tak tau macam mana nak tau kalau tak ada sape yang nak bagi tau? err..faham kan? memandangkan masakan sambal menyambal ni popular kat semenanjung jadi resepi ni aku dapat dari si dia. ehem ^^ dia suka makan sambal udang petai jadi kene lah belajar. nanti kahwin senang nak jaga perut dia. eh, tak ada kaitan! abaikan~ okaylah tak mo mukadimah panjang berjela lagi, mari kita tengok resepinya. Bahan – bahan : 300gm Udang Petai (kalau tak nak letak tak yah letak) 2 biji Bawang besar* 2 ulas Bawang putih* Cili kering   secukupnya *                    2 biji Bawang merah* ½ inci Halia* sedikit belacan* (t

Resepi Kuih Bunga Pudak.

Image
assalammualaikum & hi~        penah dengar kuih bunga pudak tak? serius, dah 25 tahun umur aku ni la baru pertama kali aku dengar. masa tu aku dengan mak tengok tv pasal apa tah tak ingat pulak tapi tetiba ada lah makcik ni demo cara nak buat kuih ni.  lepas tengok dia buat bukan main senang lagi. tambahan bahan - bahan nak buat pun memang ada kat rumah jadi aku terpaksa juga search kat Google nak cari resepi dia. dah akhirnya jumpa resepi kat SINI. tapi tak apa, kat bawah ni pun aku ada letak kan resepi dia. Bahan – bahan : Intinya: 1 biji kelapa parut yg putih 1 cawan gula pasir sedikit garam sedikit perasa ros pewarna merah/kuning/hijau Bahan utk kulitnya 1 bungkus tepung pulut 1 cawan air 1 camca garam halus   Cara membuatnya: 1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana. Kacau sehinga kering. 2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam. 3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas.Ambil secamca adunan tepung