Buah Kepayang Atau Buah Keluak (Part 1)

assalammualaikum & hi~ 
 
 
 
hari ni aku nak share pasal buah kepayang atau ada yang panggil buak keluak. penah dengar tak pantun macam ni 'sayang - sayang buah kepayang, di makan mabuk di buang sayang'. penah kan? tapi sebenarnya kalau betul cara pemprosesannya korang tak akan mabuk. serius! dah 25 tahun umur aku ni tak pernah lagi mabuk makan buah kepayang ni. 
 
 
 


nampak tak bulatan kaler merah dalam gambar tu? tu la buah kepayang yang masih tergantung atas pokok. nak cari pokok ni kena masuk hutan beb! bukannya main petik macam kau nak makan buah jambu batu belakang rumah tu. jauh sekali okay~ korang kena la tunggu buah nya jatuh ke bumi milik Allah ini :')




kat atas ni hasil kutipan aku dengan mak. aku selalu kutip yang masih sempurna macam ni tapi mak suka kutip yang bijinya yang terkeluar dari badan -.-'




tengok, betapa gigihnya mak cari bijinya yang dah terkeluar dari badan buah tu. aku malas nak kutip biji dia sebab kecik - kecik. kalau kau tak reti pilih biji dia kau akan dapat bijinya yang tak boleh dimakan. kan buat penat je nak pilih - pilih lagi *alasan*





tadaaaa! inilah biji - biji yang dah keluar dari badan buah kepayang tu. yang ni lah mak kutip. aku tak ada nya nak kutip. huhuhu. aku suka ambik yang masih elok dipandang. tapi kalau kau ambik yang biji - biji macam ni boleh terus rebus. tak payang nak tunggu lama macam yang masih elok dibalut kulit kaler ceklat tu. adeh, ntah faham ke tak korang erk?





lepas tu mak akan buang kan dulu kulit kaler ceklat buah kepayang tu untuk meminimumkan beratnya. so bawak balik yang dah 'bogel' macam gambar kat atas tu. ala yang dah tukar kaler kuning tu. tapi jangan ingat pengembaraan kita berakhir di sini. belum lagi. nanti aku buat part 2 pulak ye. sebab aku nak korang faham betul - betul pemprosesan buah kepayang ni. *ceh! ayat nak hebat je* okaylah bye~ 


p/s - aku bangga jadi budak kampung sebab tak semua dapat rasa apa yang aku rasa. contoh macam kat atas ni. ada ke yang penah duk kutip buah kepayang ni? ce citer~












Comments

mawarseri said…
cam tu rupanya bentuk buah kepayang...hihihi..tq for e info
[sutera kasih] said…
sy pun budak kampung hehe
Anonymous said…
@Kathy Tuah salam...saya pelajar tahun akhir di sbuah ipta sedang mencari buah kepayang utk final projek saya..boleh saya dptkan buah kepayang ni...?tq any feedback leh la sent emel kat saya: food_226@yahoo.com tq
Cik Muda Sae said…
menarik...hmmm....seronoknye jadik budak kampung kan.....teringin nak merasa jadi budak kampung...~
Shah said…
Assalamualaikum. terima kasih diatas info. Tak sabar menunggu part yang ke 2
Ahock said…
Masih ada Part 2 tak?
agurlleo said…
sy pernah makan..teringin pulak..kat mane ade jual ye..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.