Resepi Kuih Bingka Timun.

assalammualaikum & hi~ 


..kuih ni tak dipotong lagi ye. yang hitam2 tu abaikan jela. anggap masalah teknikal :')

penah makan kuih bingka timun tak?? penah? kalau penah bagus. kalau tak penah meh sini kita tengok macam ne nak buat kuih yang sedap tahap gaban ni. serius sedap. 


Bahan – bahan:

2 biji timun (dikisar)
Sebiji kelapa (ambik santan)
3 gelas tepung gandum
1 ½ gula
2 sudu planta
1 biji telur
Pewarna hijau secukupnya. (korang tak nak letak pewarna pun tak pe)

Cara membuatnya :

Kisar timun (guna blender) lepas tu masukkan gula, telur & planta dan perwarna hijau (aku masukkan sekali dalam blender tu. huhuhu) lepas tu blend sampai sebati. 

Keluarkan bahan2 kisar tadi dan masukkan dalam bekas lain dan masukkan santan dan tepung. Masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Lepas itu bakar sampai masak. 

p/s - kalau korang nak bakar guna oven pun boleh tapi aku guna acuan yang boleh bakar kat dapur gas tu. ntah apa ntah nama acuan sepsis tu -.-'

Comments

Princess Feyqa said…
erkk, sedap ke guna timun? huhu
Kathy Tuah said…
sedap! awk try la nnti ^^,

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.