klik sekali~

Monday, July 25, 2011

Resepi Kuih Bunga Pudak.

assalammualaikum & hi~ 


 
 
penah dengar kuih bunga pudak tak? serius, dah 25 tahun umur aku ni la baru pertama kali aku dengar. masa tu aku dengan mak tengok tv pasal apa tah tak ingat pulak tapi tetiba ada lah makcik ni demo cara nak buat kuih ni. 

lepas tengok dia buat bukan main senang lagi. tambahan bahan - bahan nak buat pun memang ada kat rumah jadi aku terpaksa juga search kat Google nak cari resepi dia. dah akhirnya jumpa resepi kat SINI. tapi tak apa, kat bawah ni pun aku ada letak kan resepi dia.

Bahan – bahan :

Intinya:
1 biji kelapa parut yg putih
1 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit perasa ros
pewarna merah/kuning/hijau

Bahan utk kulitnya
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

 
Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana.
Kacau sehinga kering.

2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam.

3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas.Ambil secamca adunan tepung
masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam
kuali.Ayak merata tepung dlm bentuk bulat.

4. Masukkan inti di tengahnya dan kemudian lipat menjadi empat segi.

5. Biakan seketika,kemudian diangkat .Ulangi membuatnya sehingga habis.

6. Sesuai dimakan utk minuman petang dan kuih ini boleh disimpan dlam bekas
kedap udara dan tahan lama.


masa buat kuih ni memang mencabar. lagi - lagi yang baru pertama kali buat macam aku. mak aku pun baru tau pasal kuih ni, tu yang kami berdua semangat nak cuba try test. yelah, kuih ni kalau tak silap asalnya belah - belah utara. sebab tu tak pernah dengar kut~ apa - apa pun semalat mencuba! 

p/s - nak sarapan dengan kadar segera sebab perut separa slim dah merengek - rengek kelaparan T_T



15 comments:

Zurina said...

mmg ringkas...bole cuba ni...;) nti nk cuba try test jugak la...eheh

Asyifa Mustaffa said...

1st time dengar dan tgk...walaupun sy dtng dri belah utara...x tau la kalau my mom tau kuih nie.....

Jay said...

kuih ni asal kat kedah nun....kakak ipar Jay orang kedah..hehehe..tapi xpenah rasa lagi kuih ni...

Finaz Jaafar said...

huiiii mcm sdp ! mmg tak pernah dgr pn kuih ni

cik springs said...

pernah cuba buat ka??looks nice..tp takut dh buat x menjadi..fobia p suka kalu part memasakkk and buat resepi baru..lg lg dh nak bulan puasa kan kan kan...

nur adilah said...

macam sedap je , yummy ^__^

mizzkechique said...

wahhh..dh lama xmkn kuih ni... mekaseh share resepi.. =)

Kathy Tuah said...

zurina - mmg ringkas tp mencabar jugak nak buat. huhu..

asyifa - sy pun 1st time dgr.. hee..

jay - mmg dr kedah klu tak x silap.. nnti mntk kak ipar buatkan ^_^V

cik springs - penah polah, gambar kat atas ya hasil nak di polah :)

nur adilah - mmg sedap =)

mizzkechique - sama2.. nnti ada masa try lah ye ^^,

Ali Kanchan aka Pirate said...

sedap x? nk rs sket hehe

SoLy SoLicious said...

waahh..xpenah makan kuih ni~ emm..mcm mn ek rasenye~

Kathy Tuah said...

ali kanchan - sedap! klu nak meh cni ^_^

soly solicous - awk try lah buat :')

Shah said...

nak tau rupa pokok pudak tengok kat link ini http://www.scientific-web.com/en/Biology/Plants/Magnoliophyta/images/PandanusTectorius.jpg

Lala Hihi said...

Kuih ni asal Thailand la...

Zahyrah Nizam said...

Salam kak. Sy dah try buat tapi kulit dia still melekit2 la. Kenapa ya?

Zahyrah Nizam said...

Salam kak. Sy dah try buat tp kulit dia still melekat2 la. Kenapa ya?