Resepi Sambal Udang Petai.

assalammualaikum & hi~ 


 

semakin nak puasa makin semangat nak post pasal makanan -.-' tapi okay jugak kan mana tau ada sapa2 teringin nak cuba try test resepi aku yang ntah apa - apa ni :')  tapi hari ni nak citer pasal resepi sambal udang petai pulak. ye aku tau ramai yang dah tau, tapi bagi yang tak tau macam mana nak tau kalau tak ada sape yang nak bagi tau? err..faham kan?

memandangkan masakan sambal menyambal ni popular kat semenanjung jadi resepi ni aku dapat dari si dia. ehem ^^ dia suka makan sambal udang petai jadi kene lah belajar. nanti kahwin senang nak jaga perut dia. eh, tak ada kaitan! abaikan~ okaylah tak mo mukadimah panjang berjela lagi, mari kita tengok resepinya.



Bahan – bahan :

300gm Udang
Petai (kalau tak nak letak tak yah letak)
2 biji Bawang besar*
2 ulas Bawang putih*
Cili kering  secukupnya*                   
2 biji Bawang merah*
½ inci Halia*
sedikit belacan* (tak nak letak pun tak pe) 
1 keping Asam keping
Gula secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis.

(kisar bahan yang bertanda *)

Cara membuatnya: 

Panaskan minyak. Tumis bahan2 dikisar. Pastikan minyak masak lebih sedikit supaya bahan tumisan itu betul2 masak. Masukkan asam keping, garam dan gula. Biarkan seketika. Masukan petai. Lepas itu baru masukkan udang dan biar sehingga masak. Siap sudahhhh!!!!!!


p/s – kalau masak udang jangan dibiarkan terlalu lama.
p/s lagi – bahan2 tu aku agak2 je. So pandai2 la korang adjust ye ^_^




Comments

ainnoraini said…
sedap tu...makan dgn nasik panas2kannn..mmg bertambah2 la jawapnye...
Cik Ezy said…
wahhh sedap!
terliur2..
Kathy Tuah said…
tahan air liur tu ye.. hee~
cik springs said…
leleh aik liur,aik mata juak nanga resipi tok..mst sodappp
Kathy Tuah said…
biasa2 jak rasanya..hehehe..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.