Pulanglah..

assalammualaikum & hi~ 


~miss google~


aku tak pasti dah berapa lama dia tak balik rumah. tapi yang aku tahu dia memang dah lama tak balik. keluarga dia call dia tak angkat. mak dia risau. adik beradik dia risau. walaupun aku tak ada kaitan dengan keluarga dia tapi aku turut risau. 


sebab, aku kenal dia. aku kenal keluarga dia. dahlah dia perempuan. tapi keluarga dia tak tahu dia tinggal kat mana, kerja mana, ada duit tak. aku kesian kat mak dia. sebab mak dia risaukan dia. semalam adik dia baru je lepas buat pembedahan akibat apendik, tapi aku tak pasti dia tau ke tak.

buat dia ~~ pulanglah.. jangan ditambah lagi kerisauan dihati keluarga awak tu. kalau awak marah sekalipun sebab teguran mak & adik beradik awak, janganlah itu dijadikan alasan untuk awak terus diamkan diri sehingga hilang jejak. teguran mereka bersebab. awak cantik, pandai pulak tu. jadi mereka nak yang terbaik untuk awak. tambahan pulak bulan ramadhan dah nak tiba.. jadi pulanglah~ 


p/s - tiba - tiba aku rasa sayu sangat bila taip entri ni. tak tau kenapa.

Comments

Elih Japahar said…
Sedih baca..marah dr keluarga ni tandanya sayang,bukan dgn cara larikan diri penyelesaiannya..!
fa said…
kita doa sama2 supaya hati dia tergerak utk pulang.. :)
iffah imani said…
moga si dia buka hati untuk balik ke pangkuan keluarga..
Kathy Tuah said…
elih japahar - tu la, semoga hati dia terbuka untuk balik..

fa - amin.. tq awk!

iffah imani - amin.. harap2 macam tu la..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.