klik sekali~

Monday, July 18, 2011

Sayang Sarawak Sungainya Sempit.

assalammualaikum & hi~ 

pagi tadi mak ajak pegi kebun pisang kat seberang sungai. kene naik sampan. last aku pegi dua bulan lepas kut. memandangkan kene naik sampan jadi aku tak ada lah nak bawak camera ke apa. kang jatuh dalam sungai menangis tak berair mata. walaupun camera bukan  berspesis dslr tapi aku tetap sayang kat camera aku tu :')

 
tapi, aku tetap ada simpan gambar masa aku kebun ni dulu. snap guna handphone abang aku. hihi~ jadi gambar kat atas ni tempat simpan perahu. rumah aku atas sikit dari bukit tu.  kadang - kadang ada kaki pancing yang sewa perahu. kalau tak pun diaorang pancing kat bawah pokok tu je.

 


sayang sarawak sungainya sempit~~lalalala.. penah tak dengar lirik lagu tu? tapi cuba tengok sungai ni? sempit ke tak??  luas kan? dulu best mandi sungai tapi sejak kes sepupu kene gigit buaya terus tak berani mandi sungai dah T_T tapi yang bestnya sungai ni bersih.. kalau ada sampah pun masa air 'bah' je.


jadi kalau nak ke kebun pisang tu kene lah seberang sungai ni dulu. kalau tak nak naik sampan pi lah berenang bersama buaya. eh, jangan. bahaya tu. okaylah bye~ 


p/s - sama - samalah kita menjaga sungai kita. 
 

2 comments:

WuMing said...

Wahhh syok lah rumah dekat sungai...

Kathy Tuah said...

tau xpe ^^,