Resepi Masalodeh Rangup.

assalammualaikum & hi~ 

tadi aku post picture untuk wordless wednesday. nasib naik Mrs.Eady tegur pasal picture tu *terima kasih* picture tu tak ada masalah sebenarnya tapi yang jadi masalahnya hari ni BUKAN HARI RABU tapi HARI SELASA! adoi! macam mana aku boleh lupa hari dah ni -.-'


jadi untuk menutup malu yang tak terhingga tahap malunya ni, jadi aku nak mulakan entri hari ni dengan resepi masalodeh. aku dapat dari SINI. bila dah cuba try test, jadilah macam kat bawah ni.




resepi dia macam kat bawah ni. buat isya ~ tq sebab share resepi ni ^_^

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris (saya guna cili kering)
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe.. (saya letak tepung gandum, tu yang keras sikit kut)

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

aku buat terkeras sikit tapi sedap sebab rasa dia 'cukup rasa'. tapi nanti nak buat lagi sebab hari tu tak ada tepung ubi so guna tepung gandum. tu yang keras sikit. 


p/s - nak masak apa jugak tengah hari ni ye. ermm.

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???